Aku Pada Usia 29 Tahun
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Semalam adalah hari bersejarah untuk saya memandangkan usia mula masuk 29 tahun. Lagi setahun sebelum masuk 30
(no paling tak seronok nak sebut tahun depan). Terima kasih pada kawan-kawan yang wish saya di Facebook dan SMS. Tetapi sebenarnya umur adalah satu perjalanan yang menakutkan untuk ditempuh sebenarnya.
Saya tanyakan pada anda, ada apa dengan umur anda? Apa jawapan anda? Namun bagi saya umur adalah sesuatu. Umur adalah emas pada diri anda. Umur 18 tidak akan datang untuk kali kedua. Maka kerana itu saya terfikir umur adalah sesuatu yang perlu anda fikirkan.
Saya bandingkan usia saya pada 4 tahun yang lepas sehingga hari ini:
2007
Baru tamat pengajian formal
Baru dapat kerja di syarikat perundingan motivasi
Impian nak ada konsultan sendiri
2008
Bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran
Baru mula mengasah bakat sebagai trainer
Masih bujang
2009
Bekerja sebagai Eksekutif Kanan
Sudah mahir untuk bercakap di hadapan orang
Tetapi masih kurang kemahiran-kemahiran lain dalam latihan
Mula mempunyai minat dalam pemasaran
Mendirikan rumah tangga
2010
Merancang untuk merealisasikan impian buka konsultan
Mendapat cahaya mata
Menjadi panelis dalam Tanyalah Ustaz@TV9 Di Hatiku
Merancang untuk menulis beberapa buah buku
Berhenti dari bekerja sebagai Eksekutif Kanan
2011
Menjadi perunding utama syarikat Amanina Venture
Menjadi pengasas kaedah “Faham Al-Quran” melalui Muqaddam Amanina
Membina network dalam bisnes dan pemasaran
Mempelajari lebih mendalam dalam pengurusan perniagaan
Jadi anda bagaimana pula?
Ada Apa Dengan Tahun Baru?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Detik 12 malam ni menjadi rutin tahunan di mana-mana negara untuk menghitung detik berakhirnya tahun 2010 dan bermulanya tahun baru 2011. Pelbagai cara berbentuk hiburan dilakukan untuk menghayati tahun baru ini. Saya terfikir adakah tahun baru disambut hanya untuk perkara hiburan? Ada apa dengan tahun baru?
Mentaliti kita semua apabila masuk tahun baru, berazam untuk melakukan perkara-perkara yang dapat mengubah diri dari sebelumnya kepada lebih baik. Tetapi adakah sekadar berazam? Tidak masuk separuh dari tahun 2011 kita semua kembali kendur dan bosan akhirnya berada di posisi yang lepas tanpa ada peningkatan. Ini kira masih boleh tahan.
Tetapi bagaimana pula jika tahun baru ni tiada azam baru? Adakah bermakna kita semua tiada peningkatan? Bahasa mudahnya saya mengatakan ya kerana azam adalah niat. Jika berniat untuk kebaikan tetapi tidak melakukannya sekurang-kurang individu tersebut telah mendapat pahala di atas niatnya tetapi jika tiada azam selalunya jauh untuk kita melakukannya.
Hitunglah..fikirkanlah setiap tahun umur juga meningkat. Apa kejayaan yang telah anda kecapi? Jika berjaya di dunia adakah akhirat anda akan kecapi? Bila masuk tahun baru banyak sebenarnya yang perlu kita fikirkan. Lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang membesar, taraf hidup yang semakin mendesak pastinya banyak perkara dan perancangan yang perlu diteliti.
Cuti Panjang Aidiladha dan XPDC Ke Kenyir
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Mohon maaf kepada semua pengunjung blog ini memandangkan hampir seminggu saya tidak kemaskini blog ini dengan entri baru. Sebenarnya minggu lepas saya bercuti seminggu di Terengganu sempena Hari Raya Aidiladha dan juga kebetulan melibatkan diri dalam XPDC Kenyir bersama junior dan senior Institut Al-Quran Negeri Terengganu. Baru dua hari berada di Bangi menjalankan aktiviti rutin.
Banyak yang ingin dikongsikan sepanjang percutian kerana banyak idea yang hadir bila minda dapat direhatkan seketika tanpa beban kerja dan lain-lain. Insya Allah ada ruang masa akan dikongsikan bersama anda semua.
Nuffnang – Membership Status
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Baru semalam saya singgah di blog Amirez pada posting Status Glitterati Nuffnang Kena Tarik Balik, tiba-tiba hari ni apabila saya buka akaun Nuffnang masalah yang sama juga terjadi. Mengapa tiba-tiba berubah? Itulah menjadi persoalan saya.
Senarai Semak Sebelum Raya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari raya bakal menjelma ramai yang akan balik raya. Pastikan sebelum balik raya anda periksa senarai berikut:
- Servis kereta sebelum balik
- Pastikan dalam kereta ada peralatan-peralatan baiki kereta
- Pastikan tayar spare diisi angin
- Jangan lebih muatan
- Sediakan lampu picit untuk perjalanan malam
- Pastikan rumah anda dikunci sebaik mungkin
- Tutup semua suis yang perlu
- Rancang perjalanan sebaik mungkin
- Isi penuh tangki minyak anda
- Bagi anda yang balik dengan flight sila pastikan tiket dan kad pengenalan di bawa
- Berhenti di R&R jika mengantuk, jangan berhenti di bahu jalan
- Sediakan wang secukupnya untuk perjalanan
- Pastikan telefon bimbit dalam keadaan ada kredit dan bateri penuh
Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tahun ini dirasakan Aidilfitri disambut dengan kemeriahan. Pertamanya ini adalah tahun kedua Motivasi Kerja dot Com menyambut Aidilfitri bersama anda semua. Pastinya kesetiaan anda bersama MK menjadikan aidilfitri lebih berharga.
Perlu diingat bahawa Ramadhan hanya hadir sebulan dalam setahun. Bulan ini adalah bulan perubahan diri. Allah memberikan latihan fizikal, mental, emosi dan rohani dalam bulan ini untuk membentuk zon pencerahan selepas daripada Ramadhan. Adakah kita benar-benar menghayati kelebihan bulan ini dan mendapat hikmah di sebaliknya.
Umat Nabi Muhammad beruntung kerana Allah SWT memberikan lailatul qadr kepada kita. Tetapi kesedaran umat akhir zaman pula semakin lama semakin jauh dengan status mereka sebagai hamba Allah. Akhirnya Ramadhan dilalui tanpa ada perubahan besar di dalam diri mereka.
Aidilfitri adalah kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati bulan ini. Kemenangan Aidilfitri adalah untuk anda yang telah beribadat sebanyak mungkin kepada Allah. Bukan kemenangan yang dilihat pada persiapan raya semata-mata. Ayuh kita bersama-sama membina perubahan diri yang berterusan bermula dari Syawal ini.
Pesara Dan Kakitangan Awam Dapat Duit Raya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Anda yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan mungkin menarik nafas lega kerana dapat duit raya RM500 pada tahun ini. Pasti sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan raya. Begitu juga dengan pesara diberikan sejumlah yang sama.
Menurut Berita Harian semalam kerajaan berjanji memberikan duit raya sebelum 1 Syawal kepada 590,000 kakitangan awam dan pesara dengan peruntukkan sebanyak RM934.6 juta. Terima kasih kepada kerajaan yang memberi.
Namun hati kecil saya juga masih tertanya alangkah baiknya jika peruntukkan yang seumpama ini besarnya diberikan juga kepada semua golongan fakir miskin seluruh negara. Rasanya mereka lebih memerlukan dari kita semua memandangkan kehidupan mereka jauh tidak sempurna. Kakitangan awam dan pesara alhamdulillah mempunyai wang bulanan yang dapat membantu tetapi mereka belum tentu dapat seumpama kita. Rasanya keutamaan lebih kepada mereka.





