Umum

Trajedi Oktober – Ambillah Yang Positif!

Assalamualaikum Warahmatullahi Warakatuh

Dalam bulan Oktober ni banyak perkara-perkara aneh yang berlaku. Baik dalam negara kita Malaysia mahupun luar negara.

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/gempa-bumi.jpg" alt="gempa-bumi" width="249" height="163" />Iktibar Al-Quran Gempa Bumi Padang
Bermula dengan gempa bumi Padang yang mengorbankan lebih 1000 nyawa begitu menyayat hati. Tiga gempa bumi yang berlaku dengan 3 waktu yang berbeza memberikan ruang kepada ramai orang membuat penelitian dan kajian tentang bagaimana gempa bumi yang hebat sebegitu boleh berlaku. Sehinggakan ada yang pernah saya baca di satu blog, waktu yang berlaku itu ada kaitannya dengan surah di dalam Al-Quran. Dan apabila saya melihat maksud ayat tersebut saya dapat merasakan ada kebenarannya juga.

Tulisan Al-Quran pada kulit bayimotivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/ali-yakubov.jpg" alt="ali-yakubov" width="220" height="289" />
Di Moscow lain pula yang berlaku. Seorang bayi yang berusia 9 bulan di Wilayah Dagestan tiba-tiba menjadi popular apabila di badannya ada tulisan-tulisan Al-Quran. Ali Yakubov yang pernah menghidap sakit jantung dan penyakit berkaitan otak, akhirnya pulih sepenuhnya sejak Ali menerima ayat-ayat Al-Quran tersebut. Fenomena ini saya ajaib kerana berkemungkinan orang dapat menuliskannya memandangkan tulisan tersebut bertukar pada hari Isnin dan Jumaat. Ali juga mengalami demam panas dan tidak dapat tidur sepanjang malam sebelum keluarnya ayat tersebut. Maka kerana fenomena ajaib ini Majlis Mufti Russia sepakat bahawa fenomena ini adalah amaran dari Allah SWT.
Rujuk IzoBlog.Com untuk berita penuh.

Sejadah berdiri
Peristiwa yang berlaku di beberapa tempat di negara kita sehingga masuk dalam Buletin Utama tentang sejadah berdiri. Banyak kenyataan dan logiknya tersendiri. Kalau perbuatan manusia pun mungkin memandangkan sejadah sebegitu sudah tentu mampu didirikan oleh manusia. Andai perbuatan syaitan untuk menyesatkan manusia pun mungkin. Dan jika itu sebagai satu amaran dari Allah SWT agar kita mendekatkan diri kepadanya pun tidak mustahil.

Lingkaran merah kelilingi matahari
Kejadian yang baru masuk Harian Metro pada 30/10/09 yang berlaku di Ipoh kelmarin juga memberikan gambaran pelik pada kita kerana jarang-jarang berlaku. Fenomena ini juga menimbulkan tanda tanya ramai yang melihat. Lingkaran cahaya merah yang mengelilingi cahaya matahari 1 jam 30 (11.00 pagi – 12.30 tengah hari) sudah tentu bukan perbuatan manusia.

Beberapa trajedi ini saya kumpulkan untuk kita sama-sama fikirkan. Saya tidak mengatakan dengan yakin bahawa ini adalah tanda-tanda tertentu. Namun sebagai umat Islam yang meyakini adanya Allah SWT, adanya kuasa Tuhan, adanya hari akhirat eloklah kita mengambil pandangan positif sebagai bentuk muhasabah diri sendiri. Jika benar Allah nak tunjukkan sesuatu, eloklah kita beramal dan bertaubat sekarang. Andai itu sebagai kejadian alam, ketahuilah Allah mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Mudah-mudahan trajedi Oktober ini menjadi titik tolak untuk kita mendekatkan diri dengan Allah.

9 comments - What do you think?

Pengalaman Temuduga [2]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman temuduga saya untuk kali kedua selepas saya menghadapi temuduga di Terengganu baru-baru ini. Pada hari Khamis yang lepas (22 Okt 2009) saya berpeluang untuk menghadiri temuduga untuk jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S17 di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sedikit perbezaan pengalaman yang saya alami di sesi temuduga kali ini.

Sesi temuduga yang bermula jam 2.30 petang membuatkan saya sedikit kelam kabut memandangkan surat temuduga yang lewat saya terima, dan juga saya terpaksa membuat persediaan untuk ke tempat kursus pada hari tersebut juga. Apabila mendapat surat temuduga saya lihat banyak perkara yang perlu disiapkan.

Dipendekkan cerita, saya menuju ke UPM lebih kurang jam 1.30 petang. Lokasi temuduga taklah jauh sangat jadi insya Allah dalam 15 minit saya boleh sampai. Tiba di lokasi temuduga tepat 2.15 petang. Alhamdulillah masih awal. Kalau tak silap temuduga di bilik mesyuarat di Pejabat Bendahari UPM.

Peserta yang hadir taklah ramai sangat, dalam lebih kurang tujuh orang. Dalam hati saya mungkin jawatannya tak ramai orang yang berkenan. Saya tengok giliran saya no. 4. Dengan jumlah peserta temuduga seramai tujuh orang hati saya berasa positif sedikit. Mungkin ada peluang dapat.

Akhirnya peserta pertama dipanggil masuk. Lebih kurang 20 minit peserta pertama berada di dalam. Bila keluar pula mukanya nampak tertekan. Mungkin soalan susah kot. Tetiba nama saya dipanggil. Alamak kenapa awal sangat. Baru giliran kedua tapi nama saya pula yang dipanggil. Nak tak nak, kaki melangkah juga masuk ke dalam bilik temuduga dengan debaran.

Di dalam bilik temuduga

Saya lihat ada 5 orang semuanya. Seorang pencatat (perempuan) dan bakinya adalah lelaki. Dua orang pakai blazer, seorang berbaju batik dan seorang lagi bersongkok. Seperti temuduga sebelumnya saya diminta perkenalkan diri dengan ringkas. Alhamdulillah saya berjaya mulakan dengan baik.

Selepas sesi perkenalan, untuk soalan pertama saya diminta membaca Surah Al-Fatihah dan juga Surah As-Sajdah. Boleh tahan juga soalannya. Saya baca sebagaimana yang disuruh. Kemudian soalan-soalan lain yang ditanya ialah hukum tajwid dan rukun haji. Jawablah sekadar yang mampu sebab panik juga bila tanya pasal haji, tak ambil berat untuk soalan tu.

Seterusnya saya ditanya soalan-soalan berkaitan dengan pengalaman kerja. Dan seperti yang saya jangkakan mesti saya akan ditanya soalan brainstorming. Panel tanya saya bagaimana nak hidupkan generasi yang seimbang dari sudut celik IT dan celik Al-Quran? :) Biarlah anda yang jawab untuk saya.

6 comments - What do you think?

Pengalaman Temuduga [1]

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/interview.jpg" alt="interview" width="350" height="441" />Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Isnin yang lepas (19 Oktober 2009) saya menghadiri satu temuduga kerja di Institut Al-Quran Negeri Terengganu di Padang Midin, Marang. Temuduga yang saya hadiri ini adalah untuk jawatan Pegawai Pendidikan Siswazah DC41. Ada beberapa perkara yang menarik hati saya untuk menghadiri temuduga.

Pertama: kerana saya ingin menimba pengalaman temuduga. Maklumlah sejak tamat pengajian di Universiti Al-Azhar Mesir dulu, ini adalah temuduga kerja saya yang ketiga.Temuduga pertama di tempat kerja sekarang. Temuduga kedua boleh baca di sini.

Kedua: Kerana Institut Al-Quran Negeri Terengganu ni adalah tempat saya menuntut dahulu. Saja ingin mencuba nasib walaupun tahu peratusan untuk lulus temuduga ni amatlah tipis.

Ketiga: Kerana memenuhi kehendak keluarga. Famili saya tetap nak saya kerja di sektor kerajaan. Apa nak buat.

Pengalaman temuduga kali ni memang mencabar. Maklumlah surat tak sampai. Nasib baik saya telefon ke pejabat IQT sendiri dan minta faks ke pejabat Fitrah Power. Nak prepare lagi. Bukan mudah tu.

Pendekkan cerita, temuduga ni terbahagi kepada tiga bahagian utama. Ada ujian Bahasa Arab, kemudian ujian lisan Al-Quran dan akhir sekali bahagian pengetahuan am. Dalam hati ni berkata, insya Allah boleh tempuh ni. Cuma persaingan sengit memandangkan ramai peserta temuduga yang lain juga adalah mantan pelajar yang pernah menuntut di sini juga. Ada juga dua tiga orang peserta yang sudah ada Sarjana. Tapi persaingan positif lebih memberikan semangat.

Temuduga bermula pada jam 9.00 pagi. Berkat pengalaman temuduga yang ada saya sampai di lokasi temuduga pada pukul 8.40 pagi. Ingatkan dah lewat. Rupanya peserta pertama! Seronok sangat. Daftar nama, kemudian diberikan kertas ujian bertulis Bahasa Arab. Diberikan masa setengah jam untuk siapkan.

Siap ujian bertulis, saya tengok giliran saya yang ke-7. Aduhai ingatkan siapa cepat dia kena dulu. Rupanya dah ada giliran yang ditulis. Jadi kenalah tunggu sampai giliran saya.

Akhirnya sampai juga giliran temuduga. Tengok jam pukul 12.30 tengah hari. Fuh! Ni memang panel temuduga pun dah kurang excited nak tanya.

Di dalam bilik temuduga

“Assalamualaikum. Enta Asrulnizam?” Haa..kena cakap Arab tu. Panel minta saya perkenalkan diri dalam Bahasa Arab. Dah lama tak cakap Arab. Tergagap-gagaplah walaupun boleh bercakap. Lepas perkenalkan diri, saya ditanya beberapa soalan berkenaan Bahasa Arab. Alhamdulillah boleh jawab dengan baik.

Selesai sesi pertama, sesi kedua ujian lisan Al-Quran pulak. Saya diminta baca awal Surah Yunus dan Surah Luqman. Alhamdulillah boleh jawab dengan baik. Kemudian panel minta saya berikan konsep pendidikan dari Surah Luqman. Alhamdulillah Allah masih buka minda saya untuk jawab dengan baik.

Cuma apabila panel ketiga (Pengarah IQT) tanya saya berapakah jumlah wasiat Luqman Al-Hakim? Apa lagi peluh keluarlah. Dengan selambanya saya jawab ada tujuh (konfiden tapi tak betul). Bila tengok keadaan saya dah mula berpeluh panel ketiga minta saya berikan tafsir Surah Al-Asr. Saya jawab tapi tak tepat. Kebetulan panel ketiga ni memang bidang tafsir. Bila tengok jawapan saya tak tepat panel teruslah perbetulkan. Sempatlah jugak kena brainstorming.

Akhir sekali sebelum keluar panel tanya, apa janji jika diterima mengajar di sini. Saya jawap ” Insya Allah dengan ilmu dan pengalaman yang sedikit saya akan melakukan kerja dengan sebaik mungkin dan berkualiti.”

Keluar bilik temuduga tengok jam dah 1.00 petang. Setengah jam yang mendebarkan dah berakhir rupanya.

13 comments - What do you think?

Peluang Pekerjaan Untuk Anda

Sekadar ingin membuat sedikit pengumuman kepada anda. Jika sedang atau masih mencari kerja-kerja kosong anda boleh klik sini untuk subscrice emel kerja-kerja kosong terkini untuk 2009 dari sektor kerajaan dan sektor swasta. Dan sekiranya anda adalah pengunjung utama blog ini sejak dari awal anda akan mendapat sedikit sebanyak info untuk memilih pekerjaan yang sesuai untuk anda.

Saya amat menggalakkan kepada anda di luar sana yang berstatus ‘fresh graduate’, atau yang masih ingin mencari pekerjaan yang lebih menjamin untuk mendapatkan info-info kerjaya di sini. Sekadar membantu yang terdaya untuk anda.

Be the first to comment - What do you think?

Salam Eid Untuk Semua Umat Islam

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/salameid.jpg" alt="salameid" width="598" height="296" />

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini kita menyambut sebahagian kemenangan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w bagi mereka yang melaksanakan puasa. Hari kemenangan kita menyambut Aidilfitri yang mulia.

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada anda semua andai ada sebahagian idea penulisan ini ada yang mengguris hati sesiapa. Sebagai manusia sudah pasti akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan. Atas sebab itu saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf. Maaf zahir batin.

Selamat hari raya buat anda semua. Bergembiralah pada hari ini. Bertakbirlah. Bersedekahlah. Kerana pada hari ini adalah ruang untuk kita memperbanyakkan takbir, tahmid dan bersedekah untuk mereka yang tidak senasib dengan kita.

Salam Eid dari saya,
Asrulnizam Abas

2 comments - What do you think?

Jom Balik Kampung

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/balik-kampung.jpg" alt="balik-kampung" width="348" height="274" />Kepada para pengunjung blog ini, bermula dari semalam sehinggalah Sabtu (esok) sudah tentu semuanya berkejar-kejar untuk pulang ke kampung masing-masing. Saya sendiri pun akan beraya pulang ke Pahang dan Terengganu. Sudah pasti semuanya bersemangat untuk pulang beraya di kampung. Seronok berada di kampung bersama mereka yang disayang dan tersayang. SELAMAT MEMANDU DENGAN SELAMAT! SELAMAT BALIK KAMPUNG!

Apa pun perasaannya, jangan lupa perkara-perkara berikut untuk pastikan anda selamat pulang ke destinasi masing-masing:

  • Jangan lupa servis kereta
  • Jangan lupa bawa peralatan baiki kereta (takut-takut kereta rosak sewaktu perjalanan)
  • Jangan lupa lampu picit (jika merancang memandu di waktu malam)
  • Jangan pandu melebihi had laju
  • Jangan memotong di tempat tidak boleh memotong
  • Jangan bawa barang melebihi muatan kenderaan anda
  • Jangan memandu terlalu dekat dengan kereta hadapan
  • Jangan lupa tukar tayar kalau sudah haus (tayar botak)
  • Jangan lupa bawa first aid kit (penting dalam perjalanan)
  • Jangan lupa bawa bekal (prepare untuk berbuka, takut-takut sangkut dalam jem)
  • Jangan memandu ketika penat dan mengantuk
  • Jangan berSMS ketika memandu (bahaya woi!)
  • Jangan lupa pakai tali pinggang keledar (pemandu+penumpang kena pakai)
  • Jangan khayal masa memandu (ingat nak pergi rumah awek, berangan pakai baju raya)
  • Jangan lupas solat jamak qasar kalau perjalanan anda melebihi 2 marhalah (rukhsah ni rugi tak ambil)
  • Jangan lupa pesanan ini

Be the first to comment - What do you think?

Jangan Lupa Zakat Fitrah

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/janganlupazakat.jpg" alt="janganlupazakat" width="500" height="333" />
Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ketika ini kita semua sibuk dengan dua perkara yang biasa kita akan lakukan ketika hampir raya. Pertama kita semua sibuk untuk balik kampung. Maklumlah ramai di antara kita semua asalnya dari kampung. Jadi pada waktu inilah masanya untuk kita berjumpa sanak saudara di kampung.

Kedua kita akan sibuk dengan persiapan raya. Hari Raya Aidilfitri cuma setahun sekali. Sudah tentu persiapannya pun mesti luar biasa. Dengan langsir, kuih raya, baju raya yang hampir beberapa pasang.

Cuma kalau boleh sebelum kita selesaikan dua perkara penting di atas jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah. Zakat yang wajib untuk semua umat Islam. Jangan kita buat perkara yang harus tetapi terlupa untuk membuat perkara wajib. Nanti bila dah masuk hari raya, konon-kononnya nak ambil waktu afdal tetapi akhirnya terlupa sehingga terlupa bayar langsung.

Sedikit info tentang zakat fitrah:

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Sumber: www.e-zakat.com.my

1 comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline