Cuti Rehatkan Minda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/11/vacation.jpg" alt="vacation" width="350" height="183" />Cuti sekolah dah bermula untuk satu sesi yang panjang. Bila teringatkan cuti sekolah saya pun terfikir juga. Kerja juga perlukan cuti. Sudah berapa kali anda bercuti pada tahun ini? Selalunya kita panggil cuti rehat. Bagi kakitangan sektor kerajaan selalunya ada sedikit perbezaan cuti bagi pegawai, kakitangan sokongan dan kumpulan pengurusan tertinggi. Mengapa begitu?

Manusia umpama mesin yang bekerja. Jika selalu bekerja tanpa penyelenggaraan diri yang sempurna maka manusia akan mengalami masalah. Tiada bezanya dengan mesin atau jentera sebenar. Tenaga fizikal jika digunakan berterusan sudah pasti kuasanya akan berkurangan. Dalam konteks kerja pula bekerja berterusan seperti workaholic juga akan menyebabkan tahap kualiti menurun. Kualiti menurun bukan kerana sesuatu yang negatif. Sebaliknya kerana anda perlu memahami keupayaan kita sebagai makhluk ada tahap-tahap tertentu mengikut keupayaan diri masing-masing.

Jadi ada masanya anda perlukan rehat untuk cas kembali tenaga-tenaga ini. Andai sudah lama tidak bercuti, tidak salah anda berbuat demikian sekarang. Cuti akan memberikan kesegaran kepada anda untuk mendapatkan input-input luar yang baru dan ‘fresh’. Cuti akan mengurangkan sedikit tekanan kerja yang berlegar dalam fikiran anda. Lupakan sejenak tentang kerja. Manjakan diri anda dengan bercuti bersama keluarga, atau mungkin memadai berehat di rumah sahaja. Itu semua terpulang pada pilihan hati anda. Apa yang mustahak anda juga perlu fikir soal cuti di saat kualiti kerja anda mula menurun, produktiviti menurun, kecekapan anda menurun dan kerja anda mula tidak dapat disiapkan mengikut perancangan.

Ingat! bercuti memang bagus. Tapi sebelum bercuti pastikan anda selesaikan tugasan anda sebaik mungkin supaya di waktu cuti anda tidak ada masalah dan juga gangguan berlaku pada anda. Maka anda dapat bercuti dengan tenang dan menghayati percutian anda sebaik mungkin.