Dilema Pekerja Asing
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/buruh-asing.jpg" alt="buruh-asing" width="412" height="279" />India, Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, Filifina bukan sekadar negara-negara jiran bagi Malaysia. Bahkan negara-negara ini adalah antara negara yang penduduknya membanjiri setiap pelusuk negara kita. Mencari rezeki di Malaysia.
Cuma apa yang menjadi masalahnya, buat masa ini jumlah pekerja asing di Malaysia sahaja mencecah hampir 3 juta orang. Aduhai..anda semua dapat rasakan bahawa jumlah ini bukanlah sedikit. Jika anda ke tempat kerja pada waktu pagi dengan menaiki komuter anda akan dapat rasakan bahawa suasana dalam komuter tersebut seolah-olah kita sekarang bukan lagi berada di negara kita. Umpama berada di negara-negara jiran. Pekerja asing terlalu ramai sehingga menyesakkan suasana profesion di negara kita?
Apa punca? Adakah rakyat kita terlalu memilih kerja? Atau jumlah pekerja di negara kita benar-benar tidak mencukupi? Isu ini terlalu panjang untuk dibahaskan. Namun apa yang jelas, senario ini memberikan kesan kepada jumlah pengangguran rakyat Malaysia itu sendiri. Sudah tiba masa kita kembali membangunkan sektor-sektor pekerjaan di negara kita. Mengapa terlalu berkira tentang gaji yang tinggi untuk membayar gaji pekerja-pekerja Malaysia, sedangkan mereka adalah anak jati di tanah air sendiri, daripada gaji yang murah diberikan kepada pekerja asing sedangkan suasana jenayah hari ini juga banyak dilakukan oleh mereka.
Ramai orang memikirkan tentang masalah ini, sehingga baru-baru ini isu pembantu rumah warga asing minta dinaikkan gaji, dan kerajaan Malaysia pula menggalakkan agar lebih banyak taman-taman asuhan didirikan. Yang paling penting, bagi pihak berwajib perlu mengurangkan kadar kehadiran warga ini segera sebelum keadaan menjadi lebih parah. Bagi pihak organisasi syarikat pula, janganlah terlalu memikirkan keuntungan. Tidak salah anda memberikan ruang dan peluang kepada anak tempatan mengisi kekosongan yang ada. “Utamakan darah daging terlebih dahulu sebelum mengambil anak angkat.” Mungkin ini adalah perumpamaan yang sesuai untuk saya sebutkan.
Dan bagi anda yang masih belum mempunyai pekerjaan, jangan terlalu memilih kerja. Apa jua pekerjaan pasti akan membawa kepada kejayaan andai ada usaha yang gigih dan tekun. Bersamalah kita membantu mengubah mind setting kita terhadap kerja.












Waalaikum salam Kak Siti. Begitu bersemangat kerana masih menjadi yang pertama. Masalah pekerja asing ini antara sebab utamanya mungkin kerana kos yang murah. Ditambah pula pekerja di negara kita yang memilih kerja pun menjadi tambahan masalah juga. Akhirnya bila pekerja asing dah melata, nasib Melayu tidak terjaga.
Tidak dinafikan ketika negara kita sedang membangun dulu diorg nilah yg bekerja sbg buruh2 binaan utk pembinaan bangunan2 dlm nagara kita ni.
Tp tu mase zaman ekonomi tgh stabil lagi.Boleh terima lagi.Kerja pun tgh byk masa tu.
Masalahnya skarang ni, rakyat kita sendiri pun susah nak cari pekerjaan tetap.Yg kena VSS pun dah ramai.
Bila dilihat dgn jumlah seramai 3 juta pendatang asing tu, rasa sgt tak patut lah.Ianya hanya merugikan kita je.Dah lah tu, masalah jenayah pun semakin menjadi2 setiap hari..
Syukran: Terima kasih sudi datang ke blog saya :)
Isu yang nyata adalah kebanjiran warga asing di malaysia. Mereka bekerja untuk mencari penghidupan yang mebih baik. Namun persoalannya ialah di manakah tenaga buruh rakyat tempatan? Tahun 1984, malaysia ada MOU dgn Indonesia, 1985 dgn Filipina, 1986 dgn Bangladesh dgn tujuan untuk membenarkan rakyat mereka migrasi ke Malaysia. Rakyat Malaysia tak cukup ke? atau tak de kelas? atau gaji kurang? Jika ini tidak dibendung, stu hari nanti, mungkin rakyat malaysia menjadi buruh kepada mereka….. Sepekara lagi, kehadiran mereka yangramai memberi kesan kepada keselamatan negara….
Faizam: Terima kasih kerana sudi melontarkan pandangan baik di blog ini. Sememangnya isu ini sudah lama diperhatikan namun tidak ada keputusan drastik yang kerajaan lakukan. Banyak juga kebaikan namun buruk pun banyak juga. Silapnya orang kita pun terlalu memilih kerja sedangkan warga asing mereka datang ke sini berusaha keras untuk cari rezeki. Jadi orang Malaysia kena bangunkan minda supaya berusaha dulu.
[...] menguatkan sektor awam di negara ini. Saya pernah memberikan respon tentang isu ini dalam posting Dilema Pekerja Asing yang lalu untuk membayangkan bahawa sepatutnya sudah lama kerajaan Malaysia memikirkan penyelesaian [...]