Emosi Dan Kejayaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/kecerdasan-emosi-300x225.jpg" alt="kecerdasan-emosi" width="300" height="225" />Salam Hijrah untuk semua. Tahniah bagi mereka yang telah berhijrah dari kurang baik kepada lebih baik. Ini menunjukkan anda seorang yang berjaya. Ingin berjaya dalam hidup bukan satu jalan yang mudah. Hanya mereka yang mempunyai kuasa dalaman yang tinggi boleh memastikan kejayaan dalam diri mereka. Dengan erti kata lain, emosi adalah perangsang utama diri anda dalam mencapai kejayaan.

Thomas Edison telah gagal sebanyak 10000 kali sebelum berjaya menciptanya yang pertama. Apakah sebenarnya yang memberikannya kuasa untuk terus berusaha? Tentulah emosinya yang bermotivasi, gigih, berani mencuba membantunya agar terus mencuba dan mencuba.

Dalam tahun 1980-an dahulu kita semua ditanamkan dengan ideologi bahawa mereka yang ingin berjaya memerlukan elemen kecerdasan intelektual sahaja. Mungkin ada kebenarannya namun tidak semua mereka yang cerdas mindanya berjaya. Sehinggalah akhirnya Barat sendiri kembali membuat kajian bahawa kecerdasan inteletual perlu disokong dengan elemen kecerdasan emosi barulah mampu menjadi seorang yang berjaya.

Begitulah pentingnya keseimbangan antara dua elemen ini. Dalam Islam satu rumus yang ringkas. Kita dianugerahkan akal dan nafsu. Akal mewakili kecerdasan intelektual dan nafsu mewakili kecerdasan emosi. Jika dua elemen ini dapat diuruskan dengan baik maka sudah pasti ianya menjadi satu kuasa hebat dalam merangsang jiwa menjadi orang yang berjaya.