Graf Perkembangan Diri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bagaimana pencapaian impian tahun baru anda setakat ini? Pasti sukar untuk melihat perkembangan diri anda pada tahun ini berbanding tahun lepas secara terperinci bukan? Sebenarnya anda perlu analisa diri untuk lihat pencapaian dan perkembangan diri anda sepanjang tahun lepas agar boleh membina pencapaian yang baru tahun ini.

Bagaimana melakukannya?

Senang saja. Anda ambil dua kertas A4. Pada kedua-dua kertas anda bahagikan kepada empat bahagian penting. Terpulanglah bagaimana anda ingin bahagikan empat bahagian tersebut sama ada lipat kepada empat bahagian atau anda buat empat kotak bagi mewakili empat bahagian.

Empat bahagian tersebut anda bahagikan kepada impian diri, keluarga, kerjaya dan ibadah. Maknanya anda mempunyai empat bahagian penting yang anda ingin capai. Dua kertas tersebut anda lakukan pembahagian yang sama. Kemudian anda tulis pada dua kertas tersebut satunya untuk 2009 dan yang satu lagi 2010.

Jadi sekarang senaraikan apa yang telah anda capai untuk empat bahagian tersebut pada tahun lepas. Ambil masa anda untuk menyenaraikannya. Setelah selesai, barulah anda fikirkan apa yang perlu anda capai untuk tahun 2010 ini. Insya Allah akan telah melakukan sesuatu untuk menaikkan graf perkembangan diri anda. Selamat mencuba.