Impian Dan Tindakan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“To accomplish great things, we must not only act, but also dream; not only plan, but also believe.”
Untuk mencapai tahap keunggulan, kita jangan hanya bertindak, tetapi juga perlu berimpian,
jangan hanya merancang, tetapi juga perlu percaya – Anatole France
Mengapa perlu berimpian? Kerana impian membuatkan kejayaan lebih luar biasa. Impian akan menjadikan tindakan anda lebih konsisten dalamberusaha. Impian akan menanamkan sifat kepercayaan kepada diri sendiri untuk membina sesuatu di luar kebiasaan. Hanya bermula dari impian akan membuahkan tindakan yang hebat, dari tindakan akan membentuk harapan dan juga nilai kepercayaan pada diri.


As-Salam,
Yup…impian tu sama juga seperti matlamat…tanpa impian, matlamat tkkan tercapai…adanya impian,kita akan lebih bersemangat untuk mencapainya..
Bermula dengan cita-cita kemudian akan lahir impian seterusnya akan lahir kejayaan.
Assalamualaikum.
Betapa pentingnya memasang impian sebagai jalan yang akan dilalui. Impian juga perlu lebih realistik.
Terima kasih.
RasaHatiku: Setuju. Impian biar realistik barulah senang untuk dicapai.