Kerjaya Sebagai Photographer

Posted by admin | Posted in Info Kerjaya | Posted on 12-10-2009

7

photographer-workDahulu sesiapa yang ada kamera, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merakam ‘special moment‘. Kemudian kamera hanya disimpan sehinggalah tiba waktu lain yang ingin dirakamkan. Tapi itu semua masa dahulu. Masa tu penggunaan kamera belum boleh cari makan lagi.

Berbeza sangat dengan sekarang. Jika anda ada kamera yang berkualiti tinggi seperti kamera digital atau yang lebih maju kamera dslr, anda bukan sahaja boleh merakam detik-detik terindah dalam hidup anda. Bahkan anda boleh membina kerjaya. Amatur atau professional, semuanya hanya terpulang pada anda. Tidak sukar untuk membina kerjaya sebagai photographer. Paling utama anda hanya perlu ada kamera sendiri. Harga kamera ikut kemampuan anda.

Hari ini anda tengoklah di luar sana begitu ramai yang jadi juru gambar perkahwinan dengan harga yang sangat berbaloi. Berbekalkan sedikit keyakinan dan kreativiti anda sendiri tidak perlu menunggu lama untuk membina kerjaya ini.

Cuma untuk meningkatkan kemahiran diri anda perlu mempelajari dan mempraktikkan:

Mengenali exposure
Aperture, shutter & iso
Automatic exposure
Sequence, timer, remote
Metering dalam kamera
Kepelbagaian fokus
Depth of field
Format imej, mode warna
Cara penggunaan flash
Teknik potrait, makro, teknik gambar pergerakan

Ini adalah sebahagian kemahiran yang perlu dikuasai sebelum mengorak langkah sebagai kerjaya photographer. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semoga anda boleh menjadi seperti Saifulnang. Apa yang utama, kerjaya sebegini memerlukan latihan demi latihan untuk meningkat kemahiran dan kreativiti anda sebagai juru gambar.

Comments (7)

tahniah kerana berjaya menghasilkan sebuah blog yang amat berguna! Ya..betul2 berguna!

wanwma & areniq : Terima kasih atas kata-kata semangat ini.

Assalamualaikum along.

Memang betul. Saya bersetuju. Bidang Photography memang dan sudah di buktikan boleh menghasilkan sumber kewangan kepada kita.

Walaupun bukan di lakukan secara serius, atau dengan kata laen suka-suka, ia boleh dimanafaatkan.

Sebagai contoh rakan-rakan saya di universiti. Mereka pada awalnya hanya minat dengan gambar, beli camera dslr, praktis dan praktis. Ada saja event, mereka akan jadi salah seorang photographer

Lihat sahaja hari ini. Walaupun masih belum graduate,meraka sudah ada team dan syarikat sendiri dalam bidang photography. Cakap sahaja majlis apa, mereka akan terpacak di sana (dengan bayaran pastinya. hehe)

Jadi, jika apa sahaja impian dan minat, nasihat saya just go for it. Jangan tunggu dan lihat kejayaan orang lain baru kita mahu mula. Mungkin sudah terlambat.

Begitu juga dalam perniagaan. Jika kita lambat mengambil peluang, kita mungkin akan menyesal suatu hari nanti.

Assalaamu’alaikum

Alhamduliilah, satu lagi maklumat yang sangat baik dan menarik buat saya… terima kasih saudara Motivasi kerja. Saya sangat berminat dalam bidang fotografi ini. ini menambah lagi ilmu untuk saya memantapkan kepakaran saya dalam mengambil gambar melalui sudut-sudut yang sesuai. maklumlah masih belajar… baru nak masuk taraf amatur ni.. Di laman saya ada beberapa gambar yang telah saya ambil menggunakan kamera telefon saya.. boleh beri komen kalau ada kesempatan… antaranya :

http://websitifatimah.wordpress.com/2009/09/01/lg-ks20-3g-mewakilkan-aku-padamu/

http://websitifatimah.wordpress.com/2009/09/14/ayam-penyet-membuat-aku-menangis/

Mudahan kita akan dapat berkongsi maklumat berhubung fotografi ini. Saya sudah addkan laman saudara ke ruang Menuju Dunia Sahabat di laman saya agar mudah bersilaturahmi. Salam mesra selalu dari Bangi.

Minat fotografi

bila ada seorang kawan pun minat dalam bidang ni. Masa tu dia pakai Nikon D-40. Fotografi ni satu hobi atau minat yang ada kelas sendiri. Penjagaan kamera pun sangat penting. Sebab ada yang mengatakan fotografi ni satu hobi yang mahal. Tapi asalkan ia kena dengan minat ia satu yang berbaloi.

Jika pandai mengambil peluang bidang photografer dapat dijadikan kerjaya yang lumayan. Lebih sekadar hobi.

Terima kasih Pn. Siti. Insya Allah ukhuwah yang terjalin di laman ini akan memberikan manfaat bersama.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: