Mengapa Bekerja Perlu Berpakaian Kemas?
Posted by admin | Posted in Info Kerjaya, Isu Kerjaya | Posted on 22-12-2009
8
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Satu soalan mudah saya tanya pada anda? Tetapi saya tujukan soalan ini bagi mereka yang bekerja memerlukan penampilan yang kemas sahaja. Tidak adik pula jika soalan ini ditujukan pada semua kan? Saya sengaja tanyakan soalan ini memandangkan sebahagian daripada kita mungkin agak tidak mengambil berat dengan perkara seumpama ini.
Pakaian kemas menunjukkan perbezaan profesion anda
Perasan atau tidak bukan semua kerja memerlukan anda berpakaian kemas. Contohnya jika anda seorang buruh kasar, nelayan atau pesawah sudah pasti tidak memerlukan pakaian kemas seumpama ini. Jadi jelas sekali pakaian kemas menjadi satu perbezaan anda dengan pekerjaan lain. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas. Sakit juga mata anda memandang jika seorang pengarah atau pegawai tidak menjaga penampilannya bukan?
Pakaian kemas menunjukkan kredibiliti
Wah! Bagaimana kredibiliti dilihat dari penampilan? Apa pandangan anda apabila anda melihat dua orang yang anda tidak kenali tetapi mereka mempunyai penampilan yang berbeza. Seorang lelaki berstatus bos tetapi berpakaian selekeh dengan baju berkedut dan seorang lagi hanyalah kerani biasa tetapi berpakaian kemas dan bertali leher. Siapakah yang anda lihat lebih hebat? Sejujurnya dari penampilan mungkin anda akan meletakkan seorang kerani tadi adalah bos bukan? Itulah yang saya maksudkan sebagai kredibiliti.
Pakaian menunjukkan prestij di mana anda bekerja
Prestij berbeza dengan kredibiliti. Apa pandangan anda melihat satu kelompok tentera yang sedang berjalan dengan pakaian seragam berkawad kaki dengan teratur di hadapan anda? Pastinya anda akan rasa kagum melihat mereka. Jika dilihat pada gaji seorang tentera mungkin tidaklah sehebat golongan profesional sekalipun pengorbanan tentera dalam keamanan negara lebih besar. Namun mengapa ada orang suka kerjaya sebagai tentera? Sebahagiannya kerana pakaian tentera itu sendiri menunjukkan prestij yang tersendiri. Prestij boleh menjadikan kerjaya tersebut popular di mata orang lain.




Nabi ajar kita…pakaian kita adalah cermin peribadi kita. Kalau kemas pakaian kita…begitulah juga jiwa kita. Bersih hati kita.
Tapi org skrg dah terbalik kot…mcm mat2 rock…kononnya, biar pakai rock (selekeh, compang camping ) janji hati bersih! Ada ke patut?
Di sekolah pun kadang-kala pelajar tidak mahu berpakaian mengikut peraturan sedangkan peraturan tersebut dibuat untuk melatih mereka menjadi orang yang berketerampilan. Kadang-kala mereka ubahsuai pakaian tersebut yang sebenarnya lebih indah dan sesuai menjadi pelik.
Para guru sendiri pun ada etika berpakaian yang perlu dipatuhi dan pastinya ada peranan dalam membuatkan para pelajar menyenangi guru tersebut kerana sedap mata memandang, jadi, kena juga jaga imej sebagai guru.
Salam,
Betul tu. Menjaga penampilan diri amatlah penting dan menjadi perkara utama untuk membina imej diri. Sebagai contoh, mereka yang ingin berhadapan dengan pelanggan, tetapi tidak berpakaian kemas, pasti membuatkan pelanggan tersebut tidak yakin dengan barang yang dipromosikan. Dengan itu, jagalah penampilan anda dan pastikan ia sentiasa kemas, kerana penilaian mereka yang pertama adalah penampilan anda.
Faisal Hanim: Betul Faisal. Pakaian mencerminkan siapa kita di hadapan pandangan orang lain. Tetapi trend muda mudi hari ini suka pakai baju yang sebegitu. Lebih-lebih lagi andai tidak keberatan mereka memakai baju kepunyaan adik mereka (baju kecil dari badan). Memang dunia sudah terbalik.
Kak Long Mawar Merah: Kak Long, nila kak long sebut pasal guru saya suka pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.” Nak gambarkan bahawa penampilan guru yang kemas memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk berdepan dengan guru mereka. Nampak imej seorang pendidik mungkin pada pandangan pertama adalah dari pakaian kemas. Kalau guru pun sama selekeh dengna murid, rasa hormat murid pada guru juga mungkin akan berkurangan.
Nozi: Ringkasnya Nozi pakaian melambangkan pestij, pakaian mencerminkan peribadi, pakaian menunjukkan profesional terhadap kerja dan akhir sekali pakaian membezakan kita muslim dan bukan muslim. Jadi berpakaian buka sekadar berpakaian tetapi kita menggabungkan banyak elemen dalam pakaian kita. Jadi mengapa tidak mahu berpakaian kemas di hadapan orang lain kan?
book is judged by it’s cover in terms of the first impression…
Nurya: Girls always right about the first impression :)