Pakaian Formal Atau Uniform?
Posted by admin | Posted in Info Kerjaya | Posted on 07-10-2009
2
Apabila meneliti dunia kerjaya ini, sesuatu yang memberikan perbezaan ketara dan menjadi identiti bagi satu-satu pekerjaan itu selain dari perkhidmatan dan barangannya ialah pakaian kerjanya. Pakaian kerja melambangkan identiti dengan siapa anda bekerja, pangkat apa, dan juga di tahap mana.
Kebanyakkannya di negara kita ramai yang beruniform seperti polis, tentera, doktor, posmen dan juga pekerjaan dengan pakaian formal seperti guru, kerja bahagian pengurusan dan banyak lagi.
First view terhadap sesuatu pekerjaan itu sebenarnya menunjukkan prestij kepada pekerjaan itu sendiri. Contohnya pekerjaan yang melibatkan pakaian beruniform seperti polis, JPJ, Bomba dan lain-lain. Apa pandangan anda sejujurnya melihat seorang pegawai polis atau Major dalam tentera? Paling tidak pun nampak gah dan prestij diutamakan dalam bidang tugas mereka. Prestij pun penting selain dari gaji dan pengalaman.
Namun pakaian formal juga tidak bermakna tiada prestij. Lihatlah dengan kesesuaian pekerjaan dan tugas. Mungkin bekerja di pejabat dengan menguruskan pentadbiran atau menjadi guru JQAF di sekolah-sekolah tidak sesuai pula untuk berpakaian uniform kerana lebih kepada soft skill dalam aplikasi kerjanya.
Pendapat admin:
Apa yang dapat saya simpulkan kerjaya yang lebih kepada fizikal, prestijnya juga terletak pada pakaiannya. Pakaian beruniform menunjukkan kesatuan hati, disiplin dan memerlukan kesepaduan dalam menjalankan matlamat organisasi. Tetapi bagi kerjaya yang berbentuk mental dan emosi, pakaian formal memberikan ruang fleksibel untuk berfikir dengan menjalankan tugas mereka.
Jadi yang mana menjadi pilihan anda? Yang mana lebih anda suka? Pakaian uniform atau pakaian formal?




Itulah yang ingin saya sampaikan. Ada pekerjaan sesuai dengan beruniform memandangkan tugas dan peranannya. Dan ada juga pekerjaan yang sesuai dengan identiti formal sahaja. Warna-warni dalam kerjaya :)