Panduan Memilih Kerjaya

Posted by admin | Posted in Info Kerjaya | Posted on 03-09-2009

0

Apabila tamat pengajian sesuatu yang masih menjadi dilema kepada
kita ialah apakah kerja yang sesuai untuk kita. Maklumlah dalam dunia hari ini bukan senang untuk bekerja mengikut bidang yang kita ambil sewaktu di pengajian dahulu. Saya sendiri mengambil bidang pengajian yang lain tetapi kini membina kerjaya yang jauh dari bidang pengajian saya. Bukan mudah nak membuat pilihan dalam kerja. Selalu akan bertanya pada diri apakah kerja yang sesuai untuk diri? Sekalipun pengajian mungkin bertaraf ijazah atau master belum tentu mudah untuk dapat kerja yang sesuai.

Apa minat anda?

Kerja berkait rapat dengan minat kita. Hasil kerja akan lebih baik jika kita dapat bekerja di tempat yang kita suka. Jadi cari kerja yang anda minat terlebih dahulu. Dalam berpuluh-puluh ribu kerja di atas muka bumi sudah tentu akan ada peluang untuk anda mendapat kerja tersebut.

Lihat kemampuan diri

Jika kerja yang anda minat sukar mendapat kekosongan, anda boleh tanya pada diri apa yang mampu anda lakukan apabila bekerja. Maksudnya paling rendah apa kemampuan yang dapat anda lakukan. Contoh jika anda meminati sebagai designer tetapi jawatan tersebut sukar mendapat kekosongan maka pekerjaan altenatif sementara anda mungkin boleh lakukan pembantu tadbir atau setiausaha.

Jangan utamakan gaji

Jangan terus melihat kepada gaji. Bukan senang nak dapat gaji tinggi. Kalau pemilihan kerja dilihat hanya kepada gaji semata-mata pun susah juga. Yelah anda mungkin terlalu demand memandangkan anda belajar tinggi. Gaji memanglah penting tetapi pengalaman kerja lebih penting. Mungkin bermula dengan kerja yang tak tinggi gajinya. Namun dalam masa itu anda juga mengintai peluang pekerjaan yang lain.

Jangan memilih tempat kerja

Nak kerja dekat-dekat rumah je? Bukan mudah. Mengharapkan kerja yang gaji mahal, kerja pula senang dan dekat nak pergi kerja. Jika inilah yang dicita-citakan anda akan terus tidak bekerja kerana anda sendiri sebenarnya tahu bukan mudah untuk dapat pilihan sebegitu. Melainkan anda buka perniagaan sendiri berhampiran rumah anda.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.