Insentif Untuk Guru
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dua hari lepas semua mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik kerana usaha, tanggungjawab dan juga komitmen yang tinggi dalam kerjaya mereka. Sempena Hari Guru juga kerajaan Malaysia mengumumkan ganjaran sebanyak RM900 hingga RM7500 akan diberikan kepada pengetua, guru besar, guru sekolah rendah dan menengah yang mencatat keputusan cemerlang melalui Indeks Petunjuk Prestasi. Imbuhan yang tinggi ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Pada pandangan peribadi saya, imbuhan adalah sebagai satu tekanan kepada warga pendidik untuk bekerja keras dalam memberikan pendidikan bukan sekadar pengajaran dalam kelas semata-mata. Hari ini saya melihat kerjaya guru adalah kerjaya pilihan di Malaysia kerana statistik menunjukkan peratusan pengganggur yang memohon jawatan ini meningkat setiap tahun.
Sebagai warga pendidik ini adalah cabaran, kerana di sebalik imbuhan adakah kecemerlangan prestasi yang dimaksudkan hanya kecemerlangan akademik, peranan pendidik besar sebenarnya. Tetapi kesedaran guru untuk memberikan pendidikan akhlak, spiritual dan akademik akan lebih memantapkan pelajar untuk cabaran globalisasi akan datang. Selamat berjuang untuk GURU!
Gambar: Credit to iluvislam.com












Insentif bukan perkara utama. Tapi sedikit sebanyak ianya merupakan faktor pendorong.
Assalamualaikum.
Insentif yang kerajaan usahakan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan martabat profesion guru.
Guru juga perlu usaha untuk meningkatkan lagi martabat agar profesion ini kembali disanjung seperti zaman tok nenek kita dulu. (arwah bapa saya juga seorang guru).
TQ
RasaHatiku: Saya juga mengharapkan perkara yang sama. Cuma prestasi pelajar biarlah seimbang jangan hanya pentingkan kecemerlangan akademik sahaja.