Isteri Pendorong Kejayaan Suami
“Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia.” Mesti anda selalu mendengar kata-kata ini. Diibaratkan bahawa seorang wanita sebenarnya mampu untuk melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Itulah yang dapat saya katakan bahawa wanita mempunyai peranannya sendiri. Lebih-lebih lagi seorang wanita di belakang seorang suami. Besar peranan kejayaan suami adalah dari seorang isteri.
Ramai juga suami yang ego tidak bersetuju bahawa wanita menjadi pendorong kepada kejayaan mereka. Tetapi hakikatnya isterilah yang menjadi pendorong utama suami.Seringkali menghadapi tekanan kerja, sudah tentu tempat suami meminta pandangan dan idea adalah dari isteri. Andai tidak puas hati dengan apa yang berlaku di tempat kerja seperti dimarahi bos, task yang tidak sempat disiapkan sudah tentu isterilah yang akan membantu menenangkan suami.
Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi seorang yang hebat, kerana isteri-isteri baginda yang menjadi pendorong dan penguat semangat baginda. Siti Khadijah menjadi pendorong utama ketika baginda menerima wahyu pertama dalam keadaan ketakutan di Gua Hira’. Khadijah membantu Rasulullah s.a.w dalam membelanjakan hartanya di jalan Allah semata-mata untuk memberikan dorongan kepada baginda.
Besarnya peranan isteri sebagai pendorong kejayaan suami. Wahai suami, sedarilah kehidupan anda sukar tanpa kehadiran seorang isteri. Isterilah yang memberikan kemudahan kepada untuk menyelesaikan segala tugasan anda. Tetapi peranan isteri tidak jika tidak diteliti. Tanpa pengurusan rumahtangga yang baik, mana mungkin suami dapat melaksanakan tugas dengan baik. Kalau bukan kerana isteri yang menjaga anak-anak dengan baik, mana mungkin suami dapat menyiapkan kerja dengan cemerlang. Begitulah seorang isteri yang lembut memberikan peranan besar dalam kejayaan suami.

Sangat menarik kisah Rasulullah S.A.W di atas. Ia menunjukkan bahawa wanita salah satu pendorong kejayaan lelaki. Tetapi itu pada zaman dahulu. Apa yang kita lihat di zaman sekarang, kita selalu kedengaran ungakapan berbunyi “di sebalik kejayaan seorang lelaki ada seorang perempuan di belakangnya” bukan? Ungakapan ini sebenarnya dicipta untuk menghargai wanita, mengangkat wanita dan mengukir nama di atas kejayaan seorang lelaki. Bila di tanya siapa orang berada di belakang lelaki, pastinya mereka menjawab “ibu” atau “isteri”. Ungkapan ini dicipta sebenarnya untuk memupuk lelaki tidak melupakan orang yang dikasihi apabila berjaya, itu sahaja. Tetapi yang berusaha untuk berjaya untuk berjaya semestinya lelaki itu sendiri. Tetapi malangnya ia disalah guna oleh wanita-wanita zaman sekarang untuk merendah-rendahkan lelaki dan menumpang nama atas kejayaan lelaki. Mereka ingin dihargai dan disanjung tinggi dengan apa keadaan sekalipun. Kenapa kita tidak mencipta ungkapan “Di sebalik kejayaan seorang wanita ada berjuta lelaki di belakangnya”. Mungkin ia tidak pernah didengari tetapi itulah realiti dan hakikatnya.