Layakkah Jadi Pengawal Keselamatan?

Posted by Motivasi Kerja | Posted in Isu Kerjaya | Posted on 06-10-2009

17

atm-womanTiga hari lepas saya menuju ke Bank Islam Cawangan Bandar Baru Bangi untuk withdraw sedikit duit. Apabila melangkah masuk ke bahagian ATM saya lihat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas, sambil menunggu dan melihat kelibat pelanggan-pelanggan yang berurusan di situ.

Sambil beratur untuk menunggu giliran saya di ATM, saya terfikirkan pengawal keselamatan yang sedang berdiri tersebut. Dengan keadaannya saya kira sudah pun melepas umur pencen, dengan wajahnya yang redup, badannya yang tidak lagi tegap bagaimana BIMB ini boleh mengambilnya sebagai pengawal keselamatan di situ. Dengan keadaan fizikalnya yang saya kira tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pengawal keselamatan yang cergas, dengan tugasnya yang berat untuk mengawal dan menjaga keselamatan bank tersebut.

Memadai ke risiko yang bakal dialaminya? Andai berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Apalah salahnya seorang pengawal keselamatan diletakkan seorang cergas, dan mempunyai ciri-ciri fizikal yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya kalau ada yang nak melakukan rompakan atau kekacauan, mereka akan fikir dua kali untuk itu. Kalau dilihat keadaan sekarang ini pengawal keselamatan yang berbadan tegap pun boleh mati ditembak perompak, bayangkanlah kalau pengawal keselamatan tersebut dah berumur dan lemah? Anda pun boleh fikir sendiri.

Apa yang menjadi perhatian saya, pengawal keselamatan ini bekerja di bawah syarikat mereka sendiri. Cuma bagi pihak pengurusan syarikat tersebut seharusnya lebih tahu untuk menempatkan pengawal keselamatan mengikut risiko yang bakal diterima. Saya rasa kalau pengawal keselamatan yang sudah berumur tidak hairanlah jika ditugaskan untuk mengawal di sekolah-sekolah atau di kawasan perumahan memandangkan risikonya lebih rendah berbanding di bank-bank.

Comments (17)

Salam Hangat Selalu dari AbulaMedia

Assalamualaikum Tuan Rumah.

Saya berpendapat perkara ini terjadi kerana more to “short term profit oriented” instead of “Long term Business oriented”.

Jika pergi ke KL Convention Center. Pengawal keselamatannya bukan sahaja tegap, hensem/lawa malah peramah!

No wonder syarikat yang mendapat tender itu boleh melebarkan sayap perniagaannya ke peringkat antarabangsa!

Ayuh! kita juga berpeluang membina perniagaan yang bertaraf global.

Kemajuan IT, telah menjadikan impian yang dahulunya terlalu sukar menjadi mudah.

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Sy pulak tak berpendapat ia ada kaitan dengan mana2 short/long term profit oriented. Mungkin lebih kepada belas ikhsan si pengurus bank bagi pekerjaan pada warga emas.

Mungkin warga emas tue perlukan pekerjaan sangat, dan pada usianya yg bgitu, kerja apa sangat la yg boleh dilakukan melainkan sebagai pengawal keselamatan.

Bahaya memang bahaya, tp jgn risau la…bank banyak duit kan kan…

Mungkin juga. Tapi job pengawal keselamatan kat bank sedikit berisiko pada pendapat saya.

if we think positively, we could say “don’t judge the book from the cover”. might be he looked so weak, but we have never know his real abilities right :)

but still, the company supposed to know the right person for the right place, especially for the guardian, cause it’s not an easy job.

have a great days n goodluck!

Senario sedemikian memang sangat biasa kita temui. Aku pon heran kenapa pihak bank sanggup membenarkan golongan warga emas ini menanggung risiko tersebut. Biarpun pihak kompeni keselamatan yang menempatkan staf mereka di situ..pihak bank ada hak untuk meminta ditukarkan kepada golongan yang lebih muda & gagah.

Pada pandangan aku..mereka yang dah agak berumur tu boleh ler ditempatkan di kawasan yang kurang berisiko tinggi berlakunya jenayah. Contohnya di kawasan sekolah, hospital, pejabat kerajaan..dan seumpamanya yang mana kejadian rompakan bersenjata jarang-jarang berlaku kalau nak dibandingkan dengan bank!

Hmm, itu pendapat seposen aku ler. Oh, ya..terima kasih bro sudi singgah di blog aku hari tu. Sorry lambat lak aku singgah di sini :) apa-apa pun aku telah masukkan link blog ini ke dalam blogroll aku. Harap kita akan bertukar link..

Salam persahabatan & suksess selalu!

Assalamualaikum

senario pengawal-pengawal tua yang dah pencen berleluasa.

mungkin ini sebabnya.orang tua ada lesen senjata dan masih mahu dan perlu bekerja, maka pekerjaan yang mudah tapi berisiko menjadi pengawal keselamatan.

dengan adanya situasi ini, pihak-pihak yang berkenaan melihat ia sebagai peluang yang tidak harus dilepaskan, walau gaji tidak sebesar mana tetapi ada orang yang memerlukan pekerjaan untuk menyara hidup.

satu bahagian dapat duit, satu bahagian berpeluang cari untung dengan gaji yang murah.

kalau gaji yang lumayan mungkin teringin nak cuba hehe

Pandangan yang bernas Waka. Tapi senario ni sedikit sebanyak menyebabkan kes-kes rompakan bank lebih banyak berlaku.

saya pun gurd gak…mmg dah lumrah kalau dah tempat cam 2..sy lg kecik badan jaga kat rumah menteri(damansara) lagi tau..spe nak muda2 jd jage org x pandang…cos ambik la yg tua pengalamn lebih…terpulangla kepada individu 2 nak rompak..just amanah kerja,,,,,,,

Paling muda pun memang tak sesuai, sebab nak jadi guard perlu ada pengalaman dan amat penting perlu ada skill mempertahankan diri. Kalau setakat badan tuff tapi tak pandai apa-apa rasanya tak sesuai juga.

…mungkin pak cik tu berpengalaman..nampak saja begitu, tapi bijak menilai gerak geri. dia boleh kenal orang itu baik atau jahat.

mana ada pengawal bank kena tembak, orang tua. kena ingat, sebelum kita makan garam, dia sudah merasa makan garam. yang mati kena tembak umur antara 30 ke 40. umur 50 jarang kita dengar. jika kes bunuh, ragut adalah. paling kuat dia kena ikat. atau dia tak larat nak melawan.

jika kita pergi memburu rusa di dalam hutan, jika ada satu pak cik tentu kita kena ikut cakap dia. jika tidak kita tidak dapat makan rusa.

..saya tidak memandang rendah pak cik tersebut dan dia tahu menilai risiko. kalu kita ke negeri orang putih, security officer dia berumur. tapi sangat cekap. bandingkan ketajaman meka. budak muda-muda tak boleh baca. dalam 10, satu adalah.

Ada ke sapa sapa tau gaji P. keselamatan. Yang nak kerja pon orang Melayu dan India je. Syarikat P.K. yang besar mungkin ok. Tapi yang biasa biasa je akan ambil yang boleh bergerak. Gaji sekitar RM600. Dunia sekarang boleh ke hidup ke. Potong EPF RM 20. Overtime di kira dalam RM600 itu
Tiada cuti hari hari kerja. Cuba le jadi pengawal keselamatan kalau nak tau.

Pk?Kerjanya memang ringan tp berat sekali.kerja senng tp susah.taniah untk kenaikan gaji pk.

Joekie: Betul tu. Semoga teruskan kerja dgn gigih

Irba: Saya juga memahami situasi kerja sebagai PK. Kerja penat gaji sedikit. Cuma dalam artikel saya ni saya tidak mempertikaikan soal gaji. Saya hanya berkongsi pengalaman yang saya lihat di hadapan mata saya sahaja :)

sy keja gurd dah 5thn..sy keja kat pejabat umno..sy keja 15jam sehari isnin hgga jumaat..24jam sabtu dan ahad,keja tanpa cuti 7hari sminggu gaji sbulan rm1050..bayangkan lah org muda mana nk keja guard klu gaji mcm ni dan masa byk abiskan kat tempat keja..anda bayangkan betapa teruknya jadi guard,mcm mana klu yg ada anak bini,mesti keluarga tak trurus..sy akan brkahwin tak lama lagi mungkin akan brhenti jadi guard..

Mat: Saya memang bersetuju sekali dengan komentar Mat tu. Sebab itu jika ada ruang kerja di tempat lain carilah kerja lain. Banyak lagi kerja part-time yang leh Mat buat, jadi promoter ke, bisnes kat pasar malam ke lebih berbaloi sebenarnya.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.