Pembantu Rumah Dera Anak Majikan

Posted by admin | Posted in Isu Kerjaya | Posted on 01-11-2009

5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

pembantu-rumahDua hari lepas dalam Buletin Utama TV3 mewartakan tentang pembantu rumah yang mendera dua orang anak majikannya sebelum melarikan diri. Kes seumpama ini bukanlah kali pertama berlaku di negara kita. Hati saya ingin sekali menulis tentang masalah ini memandangkan pembantu rumah pada hari ini bukan lagi satu kemewahan, tetapi satu keperluan bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Jika anda search di Google.com sahaja, anda akan lihat begitu banyak kisah-kisah yang menceritakan tentang isu ini.

Mengapa terjadi perkara seumpama ini? Adakah kerana hilang nilai kemanusiaan dalam diri pembantu rumah? Isu ini menjadi sebahagiaan daripada masalah negara pada hari ini. Banyak sebab yang membawa kepada berlakunya kes seumpama ini.

Niat sebenar pembantu rumah

Kita semua tidak dapat membaca niat seseorang. Mungkin bagi sesetengah pembantu rumah beranggapan pembantu rumah kerjanya hanya mengemas, membasuh dan memasak sahaja. Tidak terfikir di minda mereka untuk menjaga anak kecil. Jadi mereka tidak mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran menjaga anak-anak, lantas mengambil mudah apabila panas baran tiba, mereka boleh menghentam anak majikan sesuka hati.

Majikan tidak berhati perut

Ramai orang hanya menyalahkan pembantu rumah apabila berlaku kes-kes begini. Namun perlu diingat, berkemungkinan juga apa yang telah dilakukan oleh majikan juga boleh menyebabkan pembantu rumah untuk bertindak di luar kawalan diri. Bekerja dengan majikan yang tidak tahu menilai manusia juga akan memberikan tekanan kepada pekerja. Akhir sekali kerana tidak tahan asyik dimarahi oleh majikan, maka anak majikan yang akan dijadikan mangsa.

Kurang kemahiran sebagai pembantu rumah

Nak jadi pembantu rumah bukan mudah. Jika seorang isteri bekerja selama 24 jam sehari di rumah, maka itulah juga tugasnya sebagai seorang pembantu rumah. Kerja yang berat sudah tentu memerlukan kemahiran fizikal, mental dan emosi yang tinggi. Kurang kemahiran boleh menyebabkan pembantu rumah hilang disiplin dan etika kerja.

Gaji tidak berbaloi

Mungkin ini adalah sebab yang kecil bagi sebahagian orang. Tetapi jika kerja 24jam sehari dengan gaji antara RM500-RM600 sedikit sebanyak memberikan kesukaran untuk menghadapi taraf hidup hari ini yang semakin meningkat. Desakan kemelesetan ekonomi juga menjadikan tekanan ini semakin berat. Lantas bila gaji rendah, maka hati akan banyak berkira. Padahnya anak majikan juga menjadi mangsa dera ataupun barang-barang rumah yang dikebas dan dibawa lari.

Comments (5)

Assalamualaikum along,

Saya sependapat dengan post kali ini
Memang kebanyakan pembantu rumah, mereka tidak ada kemahiran menjaga anak. Bagi permulaan, mungkin mereka fikir hanya kerja rumah yang perlu di lakukan. Tidak masuk dalam senarai pun tugas menjaga budak kecil!

Saya tidak ada pengalaman dengan pembantu rumah. Tetapi hal ini terjadi pada bapa saudara.

Masalah timbul apabila pembantu rumah yang pada awalnya di sangka mahir dalam melakukan kerja-kerja rumah (sekurang-kurangnya basic melipat kain) bertukar kepada hampa. Masakan tidak, satu kerja pun dia tidak dapat lakukan dan tidak pernah lakukan. Terpaksalah di ajar satu persatu dari A hingga Z.

Gaji sebenarnya agak kurang bagi pendapat saya.
tetapi, jika di fikirkan, semua makan sudah di tanggung oleh pihak majikan. Silap-silap pakai pun! jadi bila di tolak kos kita katakan RM10 untuk makan sehari, sudah RM300. Kalau di kota, RM10 mungkin tidak cukup.

Tetapi kadang kala, ada majikan yang baik, mereka akan memberi lebih. Bergantung kepada kerja pembantu itu sendri.

Assalamualaikum.

Fahdi: Waalaikum salam. Fahdi memang antara peminat setia mengunjungi blog Motivasi Kerja ni. Terima kasih atas sokongan. Saya sendiri pun belum berpengalaman mengambil pembantu rumah memandangkan baru mendirikan rumah tangga. Tapi pernah berlaku pada majikan saya, pembantu rumah melarikan diri pukul 3 pagi. Nasib baik tak bawa lari anak majikan. Itulah pembantu rumah. Memang ada yang berkemahiran. Tapi yang tiada kemahiran lagi ramai. Maklumlah umur mereka muda sebenarnya yang datang ke negara kita ni.

pembantu rumah n pengasuh anak sangat berbeza kerjayanya..cuma di malaysia pembantu rumah juga merangkumi sbg pengasuh..mungkin disbbkan itu perkara ini terjadi..sepatutnya pengasuh anak tugasnya hanya mengasuh..jika di luar ada yg menganggap pengasuh memerlukan kelayan dr segi akademik dalam bidang pendidikan awal kanak2, dan tentunya mengupah mereka sgt tinggi kerana kerjaya mereka boleh dianggap sbg guru..tugas pengasuh profesional bukan setakat menjaga makan minun n pakaian tetapi merangkumi perkembangan fizikal, sosial n emosi kanak2….dan mereka tidak langsung terlibat dgn mengurus kerja2 rumah..gaji dibayar paling kurang pun 1500…berapa ramai yg mampu..? Saya lebih suka menguruskan semua urusan sendiri tanpa pembantu rumah….kerana ingin mengajar anak untuk membantu membuat kerja2 rumah2..bila mana waktu kerja saya lebih suka menghantar anak ke rumah jiran untuk mengasuh sewaktu mereka belum bersekolah..biarlah penat sedikit menguruskan segalanya kerana rumah merupakan tpt privacy saya bersama keluarga…yg penting kita harus tahu menguruskan masa..

Faizah: Memang setiap ibu bapa ingin menjaga anak mereka sendiri. Tapi situasi hari ini menuntut ibu dan ayah bekerja. Sudah tentu berhajat kepada pembantu rumah untuk menjaga anak-anak. Cuma perlu berhati-hati dalam memilih pembantu rumah. Mungkin itulah yang perlu diberikan perhatian.

Assalaamu’alaikum

Alhamdulillah.. no komen.. akak tak ada pembantu rumah, tapi hantar anak ke nursery… penat juga tapi seronok dapat urus sendiri. Walau bagaimana pun, hati- hati dalam memilih pembantu rumah kerana isu-isu semasa tentangnya begitu menghiris hati dan jiwa. Salam mesra selalu long.

Write a comment