Servis Atau Sedap?

Posted by admin | Posted in Isu Kerjaya | Posted on 27-09-2009

13

restoranJika anda ingin makan di kedai makan atau restoran, warung dan gerai, yang manakah anda utamakan? Servis pantas atau makanan sedap? Ini adalah persoalan yang selalu bermain di kotak fikiran kita setiap kali kita ingin makan di luar. Menunjukkan kepada kita bahawa dua kriteria penting yang perlu kita ambil perhatian. Susah kita nak jumpa tempat makan yang mempunyai dua kriteria ini. Dan yang selalu berlaku, jika servisnya pantas makanannya pula tak sedap atau jika makanannya ok servisnya pula lambat.

Apa yang ingin saya fokuskan bahawa dalam perniagaan makanan, peniaga-peniaga kita masih banyak tidak mengambil berat dua perkara yang sangat penting ini. Kebanyakan peniaga-peniaga hanya sekadar berniaga makanan untuk mendapat untuk tanpa memberikan hak-hak pengguna yang mengeluarkan sejumlah wang untuk makanan yang mereka bayar.

Jika anda ingin membuka perniagaan makanan sama ada anda ingin menual kuih-muih atau mungkin restoran anda perlu ingat bahawa perniagaan anda tidak akan dapat bertahan lama jika anda tiada dua kriteria penting ini. Kedai anda mungkin hanya bertahan dalam tempoh 3-6 bulan sahaja. Kita lihat mengapa kedai mamak begitu ramai dikunjungi? Sudah pasti jika anda pernah makan di kedai mamak anda dapat lihat bagaimana servis di kedai mereka? Kurang dari 10 minit anda sudah dapat menu yang anda minta. Tak perlu tunggu begitu lama.

Bayangkan pula jika anda sedang lapar dan anda pergi ke sebuah restoran yang perkhidmatannya lembab. Sudahlah lambat kemudian makanan yang anda terima lain dengan apa yang anda pesan. Saya pasti sudah tentu rasa tidak puas hati memuncak dalam diri anda.

Tetapi perkhidmatan sahaja belum cukup, rasa amat penting jika anda seorang peniaga. Jangan pula mee sup rasanya macam tomyam. Sudah pasti kedai makan sebegini tidak akan dikunjungi oleh pelanggan. Anda kena pastikan bahawa anda tahu memasak dengan baik di samping cekap dalam mengambil pesanan dari pelanggan.

Selalu yang berlaku di kedai makan juga, banyak pesanan makanan diambil main ikut ingat sahaja. Tak tulis. Sekalipun anda mungkin seorang yang pro, sebagai prosedur anda perlu tulis setiap pesanan yang diminta barulah kesilapan dapat dikurangkan. Pada pandangan saya kesilapan seumpama ini sememangnya menimbulkan rasa tidak puas hati sebagai pelanggan. Perlu ingat bahawa setiap pelanggan adalah raja dan mereka perlu diberikan yang terbaik dengan wang yang dibelanjakan.

Saya rasa anda semua tidak berkira sangat dengan makanan yang agak mahal jika servisnya bagus dan makanannya sedap atau paling kurang pun ‘boleh tahanlah’. Sebab kepuasan pelanggan ialah dapat menikmati makanan mereka dengan selera dan tenang. Apa yang menarik hati saya untuk menulis tentang perkara ini apabila melihat peniaga-peniaga di bazar Ramadhan yang lepas terlalu mengambil mudah tentang perkara ini. Bila harga makanan yang mahal dengan rasa yang tak seberapa anda sendiri tentu ada jawapannya!

Apa pandangan anda pula?

Comments (13)

Aku suka klu servis yg cepat. Kemudian biarlah rasanya pun sedap dan berbaloilah jika harganya mahal sedikit. Jika terlampau mahal, tidak juga menjadi pilihan.

Terima kasih shahrul atas pendapat ni. Ramai orang akan memilih servis sebagai pilihan pertama. Servis pantas tapi makanan tak seberapa mungkin boleh terima lagi berbanding makanan sedap tapi servis lambat sangat.

Aku selalu jugak makan kat kedai..berikut yang selalu aku jumpa:
Servis cepat tapi makanan kurang sedap = Aku boleh terima.
Servis lambat tapi makanan sedap = Boleh diterima
Servis lambat dan makanan pon tak sedap = Lansung takleh diterima
Servis lambat, makanan pon tak sedap&harga pulak mahal = Nak kena penyepak tokei kedai nie.. :D

Servis laju, makanan sedap, harga murah dan kemudiannya pelayan boleh tahan = marvellous! Tapi susah nak dapatlah.

Apa maksud “pelayan boleh tahan”? :D

Izo: pelayan tu gak waiter lah. Orang kelantan panggil pelayan. Kalau lagi mudah orang yang tukang ambil order :)

Tahu waiter… maksudnya waiter pompuan yang cute2 gitu ker.. :D

semestinya sedap n service laju…

klu sedap tp service lambat…berbunyi2 la perut..

if service laju…tp xsedap pun masalah gak…nmpk sgt masak cincai2 huhuhu

Kalau kita time steady untuk tunggu, mungkin tak kisah sangat. Tapi kalau masa lapar kemudian kita tengok customer tak ramai sangat tapi still lambat.

salam kenal dari baloot,
kalau time lapor giler, mmg servis yang akan aku pentingkan. kalau lembab je, ada yang kena baham nanti. hahah..

waktu keluar minum2 dengan member2, semestinya tempat yang best yang jadi tumpuan aku. :)

Mungkin sebab tulah orang suka singgah kedai mamak. Servis laju bangat!

aku utamakan variati masakan dia, biar ada byk pilihan, baru rambang mata…pastu kebersihan n susun atur mejanya…servis lembap skit takpe, tak sedap sgt kira ok..jgn tak sedap langsung! mcm sup jd air…

Faisalhanim: Betul jugak tu kan. Menu pun penting juga bagi sesebuah kedai makan. Tapi yang selalunya saya kena, menu kat kedai tulis macam-macam. Bila kita order plak semua diorang cakap takde. Adoi!

Write a comment