Jangan Lupa Zakat Fitrah
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/janganlupazakat.jpg" alt="janganlupazakat" width="500" height="333" />
Tidak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mungkin ketika ini kita semua sibuk dengan dua perkara yang biasa kita akan lakukan ketika hampir raya. Pertama kita semua sibuk untuk balik kampung. Maklumlah ramai di antara kita semua asalnya dari kampung. Jadi pada waktu inilah masanya untuk kita berjumpa sanak saudara di kampung.
Kedua kita akan sibuk dengan persiapan raya. Hari Raya Aidilfitri cuma setahun sekali. Sudah tentu persiapannya pun mesti luar biasa. Dengan langsir, kuih raya, baju raya yang hampir beberapa pasang.
Cuma kalau boleh sebelum kita selesaikan dua perkara penting di atas jangan lupa untuk menunaikan zakat fitrah. Zakat yang wajib untuk semua umat Islam. Jangan kita buat perkara yang harus tetapi terlupa untuk membuat perkara wajib. Nanti bila dah masuk hari raya, konon-kononnya nak ambil waktu afdal tetapi akhirnya terlupa sehingga terlupa bayar langsung.
Sedikit info tentang zakat fitrah:
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Sumber: www.e-zakat.com.my












One Response to “Jangan Lupa Zakat Fitrah”