Jangan Mensia-siakan Teman

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh

“Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yg telah dicari”- Saidina Ali Karramallahu Wajhah


Begitulah hebatnya teman dalam persaudaraan sesama muslim. Sahabat atau teman bukan mudah untuk ditemui hari ini. Kebanyakannya berkawan tanpa wujud rasa kasih sayang antara satu sama. Bahkan paling menyedihkan apabila berkawan mempunyai niat tertentu untuk kepentingan diri sendiri. Alangkah ruginya anda apabila mempergunakan keikhlasan persahabatan pada tujuan yang tidak baik.

Lihat bagaimana persaudaraan Rasulullah dan Abu Bakar. Persahabatan yang mempunyai nilai ukhuwah islamiah yang penuh dengan kasih sayang, pengorbanan serta penghormatan antara satu sama lain. Saidina Abu Bakar rela tangannya dipatuk ular kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah yang tertidur di atas ribanya. Bagaimana persahabatan mereka begitu luhur? Pastinya kerana sahabat juga adalah kunci untuk membaca kita ke syurga.