Jangan Terlalu Berani Jika Anda Benar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Jika anda sedang benar, jangan terlalu berani dan bila anda sedang takut, jangan terlalu takut. Kerana keseimbangan sikap adalah penentu ketepatan perjalanan kejayaan anda. – Mario Teguh

Satu peringatan yang baik dari seorang motivator terkenal di Indonesia. Dalam semua perkara tidak boleh melampaui batas kerana mungkin akan berlaku sesuatu di luar kemampuan kita sebagai manusia. Jangan ‘overconfident’ dalam setiap keputusan yang anda lakukan kerana terlalu yakin menghilang tawakal anda kepada Allah SWT.

Sebaliknya juga jangan terlalu diselubungi oleh rasa ketakutan yang membelenggu anda kerana pastinya itu semua akan menghalang anda untuk bertindak pada perkara yang betul. Ketakutan akan menghalang anda bertindak rasional. Ketakutan perlu dihadapi dengan melawannya.  Dua sifat ini adalah keseimbangan yang perlu ada dalam diri anda.