Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan

Posted by admin | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 21-12-2009

12

“Semua yang dicapai manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.” – James Allen

KLCC

Tugas utama minda kita setiap hari adalah berfikir dan berfikir tanpa henti. Dari pemikiranlah akan membentuk bagaimana seseorang itu bertindak dan membuat keputusan. Manusia mencapai sesuatu yang hebat dalam hidupnya kerana caranya berfikir. Cara berfikir yang hebat sudah pasti akan membentuk insan yang hebat. Hukum akalnya memang begitu. Berfikiran positif akan memberikan kesan positif pada diri. Begitulah juga sebaliknya.

Setiap perkara yang difikirkan boleh sudah pasti akan akan dapat dilakukan. Sekalipun ada halangan yang mungkin menjadi penghalang kepada apa yang anda fikirkan. Banyak perkara tidak logik tetapi mampu dilakukan dengan cara berfikir yang hebat. Walt Disney tidak pernah pun bermimpi bahawa taman yang dibinanya menjadi sebutan sehingga kini walaupun sudah sampai keturunan cicitnya sekarang. Cucunya berumur 79 tahun baru sahaja meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Tetapi kerana berfikir Walt Disney berjaya melakukannya.

Tun Dr. Mathir Mohamad juga adalah tokoh pemikir. Suatu masa dulu ramai orang tidak menyokong KLIA, Putrajaya, Menara KLCC namun setelah berjaya dibina baru semuanya mempercayainya. Ramai yang mula mengenali Malaysia di waktu beliau memegang Perdana Menteri Malaysia keempat. Semuanya bermula dengan pemikiran.

Comments (12)

Assalamualaikum Tuan Rumah,

Posting yang menarik, terutamanya pada ayat ini,
“Banyak perkara tidak logik tetapi mampu dilakukan dengan cara berfikir yang hebat. ”

Salam ceria & inspirasi

Assalamualaikum

Salam,

Good motivation. Fikir sebelum bertindak. Itu yang perlu dilakukan. :)

Pemburu Impian: Rasa lebih berbangga sekarang bila sifu singgah di blog ini. Saya cuba untuk menjadi seperti Fathuri. Memburu impian dengan penuh perancangan. Saya ingin meniru sesuatu yang baik dari orang yang hebat.

Nozi: Good Motivation? Itu semua mengikut apa yang Nozi fikirkan. Mungkin ramai juga orang lain yang membaca tetapi bagi mereka biasa sahaja sebab mereka yang berfikir begitu. Semoga Nozi sentiasa hebat dan cemerlang.

baru semalam baca buku berkaitan tajuk di atas! huhu…kita memang apa yang kita fikirkan! Thanks, ini adalah ilmu pembentukan minda yang bagus!

wanwma: Baguslah..apa yang saya tulis hari ini membantu pemahaman wan lebih baik lagi.

Berfikir ke arah memotivasikan minda dapat membantu meningkatkan daya kreativiti kita.

Percaya dengan apa yang kita fikirkan adalah buah pemikiran.

Kreativiti dan buah pemikiran akan menghasilkan keputusan yang memberansangkan.

Hanya sekadar pendapat…

Hadinur Ms: Salam perkenalan saudara. WAh pada pagi ini saya dapat satu idea hebat dari HadiNur. Apa yang anda fikirkan itulah sebenarnya idea. Apa yang anda katakan di sini pasti mencetuskan idea juga untuk orang lain terus berfikir. Terima kasih.

bila baca artikel ini, terigt kenangan kecik2x…

kalau demam, ayah saya pesan jgn layankan sngat demam tu, sebb sumenye bergntung kepda bagaimana ktia berfikir…

p/s: agaknye sbb tu la ayah saya yg bekerja sebgi peneroka pn mampu sara 4 orang anknya + emak saya…

terima kasih atas artikel ini along… ;)

Nashrique: Memang benar Nash. Masa kecik-kecik mak ayah kita selalu suruh pergi main kalau rasa nak demam. Supaya kita tak layan sangat rasa sakit. Rupa-rupanya mak dan ayah kita dah terror psikologi :)

Salam. Saya terjumpa blog Along ni sewaktu mencari artikel untuk menyiapkan tugasan berkaitan degan motivasi. Sekali pandang terus tertarik… TAHNIAH atas usaha Along ini…

Saya bertemu blog ini disaat saya benar2 memerlukannya…

Thanks.

Enis: Wah sahabat baru di blog saya. Terima kasih banyak kata-kata yang sangat menghargai saya. Insya Allah saya akan terus berkongsi sesuatu yang baik.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: