Anda Sanggup Bertangguh?

Posted by admin | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 08-11-2009

9

“Tangguhkan sesuatu perkara yang patut dilakukan hari ini kepada hari esok sekiranya anda sanggup untuk meninggalkan dunia ini dengan membiarkan ia tidak diselesaikan.” – Pablo Picasso

timeKata-kata motivasi yang sungguh tajam pada saya. Anda sanggup? Kata-kata sinis yang memberikan kesedaran pada kita perlunya menyelesaikan kerja atau amanah secepat yang mungkin. Ramai di antara kita suka bertangguh kerja bukan? Kerja hari ini ditangguh sehingga esok, kerja esok ditangguh lagi sehingga lusa, kerja minggu ini ditangguh minggu depan.

Alamatnya kerja menimbun banyaknya. Tekanan kerja mula terasa. Hanya kerana kita yang tidak menyelesaikannya ketika sedikit. Sekalipun kata-kata ini dari Picasso tetapi Islam terlebih dahulu mengajarkan kita tentang konsep seumpama ini. Fiqh al-awlawiyat adalah cara di mana kita mengutamakan apa yang penting dan Surah Al-Asr sebagai pengajaran kepada masa yang digunakan dengan betul.

Hayatilah masa dengan sebaik mungkin:

Surah Al-Asr

By Al-’Asr (the time).Verily! Man is in loss,Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma’rûf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allâh has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allâh’s Cause during preaching His religion of Islâmic Monotheism or Jihad)

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Comments (9)

Agak kene juga pada saya kadang2.. huhu.. rase insaf :D

anyway sudah saye share di facebook.. artikel yang menarik seharusnye dikongsikan ;)

Adney: Terima kasih kerana follow saya di FB.

kerja bertangguh menunjukkan tiada disiplin diri atau kita gagal mengatur masa…

Assalamualaikum along,

Memang benar,
sifat suka bertangguh ini satu amalan yang payah untuk kita elakkan.
Saya sendiri akui.

Ada dua sebab sahaja terjadi perkara ini
satu, syaitan, kedua nafsu.
Dua belenggu ini sebenarnya yang memujuk dan menyuruh kita
supaya bertangguh dalam setiap pekerjaan.

Urgh!
Kadang2 kita sedar, dua “benda” ini
yang selalu mengacau
Tetapi kita asyik follow mereka sahaja.
Sudah tahu buruk, di ikutkan lagi!
Benar kata ahli motivasi,
buat jahat dan sifat syaitan ini best!
Sifat-sifat ALLAH dan malaikat sangat payah untuk diamalkan.
Setuju along?

Namun,
Jangan pula kita tidak mencuba.
Kita kene kuatkan diri
Jangan mudah kalah

p/s: saya pun dah x boleh bertangguh
Final exm lagi seminggu. Perlu berusaha.
doakan saya along. InsyaALLAH :)

Perkongsian yang amat menarik dan ada tempiasnya juga pada diri ini.

Namun, kita sebagai manusia manusia tidak akan terlepas daripada perbuatan bertangguh ini.

Rasa seronok baca artikel di blog ini. Penyampaiannya lebih bersahaja. :)

Fahdi: Pertamanya Selamat Menghadapi Peperiksaan. Jangan bertangguh lagi untuk belajar dan belajar. Teringat masa saya kat oversea dulu. Dua bulan sebelum exam dah mula baca kitab. Maklumlah exam dalam Arabic. Nak kena abis baca baru leh jawab.

Aqif: Terima kasih atas pujian tu. Banyak lagi yang perlu dipertingkatkan tentang penulisan saya. Blog Aqif pun tidak kurang hebatnya. :)

Assalaamu’alaikum Along,

Kehidupan ini adalah anugerah Allah bagi setiap insan. Ia hendaklah dihargai dengan sepenuhnya agar tidak sia-sia. Mana kala masa (al-Asr) merupakan detik waktu yang mengikut perjalanan hidup tersebut. Hidup dan masa adalah dua hal yang berbeza tetapi mempunyai hubungan positif yang tinggi dan signifikan bagi manusia dalam menghadapi kehidupan masa depan.

Justeru, cara yang paling baik menghadapi masa depan adalah dengan seluruh tenaga, semangat, kecekapan, berani, yakin dan melaksanakan pekerjaan yang dihadapi sekarang dengan sesempurnanya. Menangguh sesuatu kerja akan menjadikan masa kita semakin sempit dan pendek.

Namun demikian, tidak salah menangguh pekerjaan tersebut asalkan kita sudah mempunyai satu rencana khas untuk “mengqadha”nya semula dengan cara yang bijak. Ini memerlukan komitmen yang tinggi sebagai satu kesedaran bahawa apa yang dilakukan ada sebab musababnya dan pastikan tidak akan berulang.

Ingatlah, bahawa masa yang Allah swt anugerahkan kepada kita di bumi ini terlalu singkat untuk kita memikirkan masa hadapan yang belum sampai waktunya. Namun dalam masa yang singkat itulah tergantungnya segala masa hadapan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Jika tidak, apa yang dicita-citakan tidak akan kesampaian.

Maaf Long, baru ada masa ni… seharian sibuk dengan bab5 yang memerlukan perhatian. Alhamdulillah, malam ada masa rehat sedikit untuk menjenguk Along. Harap Along sihat dan ceria. Salam mesra selalu.

Write a comment