Cara Pemikiran Anda

Posted by admin | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 06-11-2009

4

“Pemikiran itu seperti perut. Apa yang penting adalah apa yang dicernakan bukannya berapa banyak yang dimasukkan.” – A.J Nock.

questionWah! Anda juga mungkin seperti saya. Kali pertama saya membaca perumpamaan seperti ini. Pemikiran rupa-rupanya seperti perut. Mungkin agak pelik tapi ada logiknya. Cara berfikir berdasarkan input-input yang melekat pada otak kita. Kita melihat banyak peristiwa di sekeliling kita, kita mendengar banyak tutur kata dan nasihat orang lain terhadap kita tetapi adakah itu semua membantu corak pemikiran kita? Jawapnya ya jika anda mengambil input-input ini dan letakkannya dalam hati anda. Jika input-input ini anda hadamnya sebaik mungkin insya Allah akan membantu anda dalam berfikir dan membuat keputusan.

Tetapi jika hanya melihat dan mendengar tanpa ada penghayatan maka itu semua tidak akan membantu anda sedikit pun dalam corak anda berfikir. Umpama “mencurahkan air ke daun keladi” atau “masuk telinga kanan keluar telinga kiri.”

Comments (4)

Assalamualaikum along!
Salam ceria tuan!

Jika along kali pertama mendengar perumpamaan ini, begiru juga saya.
Mahu tergelak pun ada.
Baru saya tahu, fikiran seperto perut :)

Kebanyakan dari kita along,
mereka ini memang ada semangat ingin berjaya dan berubah.
Maka tidak hairan, ada sahaja bengkel motivasi, ceramah mengubah diri
sentiasa penuh dengan permintaan yang tidak putus-putus.

bayangkan, di televisyen sahaja
banyak rancangan motivasi
tidak kira motivasi secara konvensional atau melalui
nasihat dan cerita-cerita dalam islam

Tetapi yang menjadi persoalan adalah
kenapa masih belum berubah! Ya, mereka pergi ke ceramah
mereka joint kem2 motivasi, tetapi
apabila sudah beberapa lama, akan kembali ke keadaan biasa

Kenapa?
Jawapannya ada di atas,
penyataan dari A.J Nock tepat sekali!

“Pemikiran itu seperti perut. Apa yang penting adalah apa yang dicernakan bukannya berapa banyak yang dimasukkan.

ilmu tidak di cerna dengan elok
dengan kata lain, terima (makan)
dan dibuangan begitu sahaja.

Semoga kita yang tahu ini boleh mengelakkan diri
dan “mencerna” setiap ilmu dengan baik.
InsyaALLAH

Assalamualaikum :)

Assalaamu’alaikum Tuan Rumah

Apa khabar Along? Ungkapan yang sangat bagus untuk diambil iktibar dan pencerahannya. Otak sebagai wadah pemikiran adalah kilang proses yang membangunkan segala upaya bagi kemenjadian idea-idea yang disumbangkan sama ada berbentuk baik atau sebaliknya.

Bagi saya, apa sahaja masukan yang menuju ke perut minda harus melalui tapisan bagi menghasilkan suatu pemikiran atau idea yang kritis dan kreatif. Ya.. yang penting adalah cernaannya sebagaimana kita disarankan oleh Rasulullah saw ketika makan, harus mengunyah sebanyak 40 kali atau lebih agar makanan yang dikunyah itu halus teksturnya, dapat dihadam dan dapat dicernakan dengan sempurna yang akhirnya menghasilkan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Oleh itu, berusahalah berfikir untuk kebaikan minda agar menjadi cerdas dan kebaikan tubuh agar menjadi cergas. Mereka yang jiwanya dipenuhi dengan fikiran-fikiran hebat tidak akan pernah merasa kesepian dan kesunyian. Kerana ke mana sahaja dia pergi.. fikiran hebatnya itu sentiasa di sisi menjadi teman berbicara dan berkarya. Salam manis selalu buat Along dan penuhilah duniamu dengan kehebatan berfikir yang unggul.

Fahdi: Bengkel-bengkel motivasi jika hanya disertai dengan pandangan mata sahaja, rasanya tidak ada apa yang diisi de dalam diri melainkan rasa gembira sahaja. Tetapi jika dihayati dengan baik dan dihadam sebaik mungkin pastinya akan akan dapat diapply untuk diri sendiri, keluarga, majikan dan masyarakat seluruhnya.

Kak Siti: Apa yang akak tulis menggambarkan cara pemikiran akak. Akak seorang yang suka berfikir untuk kebaikan orang lain dan ingin mendapat kebaikan bersama.

Write a comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: