Tawhid & Tamadun

Posted by admin | Posted in Kata-Kata Motivasi | Posted on 15-10-2009

2

“Tawhidlah yang memberikan acuan, jati diri dan ciri tersendiri kepada tamadun Islam. Ia menyatukan seluruh komponen, lalu menjadikannya suatu kesatuan organik yang bersepadu, harmonis dan saling memperkuat. Itulah yang dinamakan tamadun.” - Ismail Raji al-Faruqi (Its Implication for Thought and Life)

=========

religious
Kekuatan dan ketamadunan sesuatu bangsa bukan hanya dinilai dari infrastruktur bangunan yang indah, bukan juga dinilai hanya dari kecanggihan seni pakaian tetapi tamadun sesuatu bangsa dinilai dari jati diri, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Tetapi pada nilaian moden manusia, tamadun dan kemajuan bangsa dilihat pada ketinggian bangunannya, kesesakan lalu lintasnya, tinggi nilai mata wangnya. Memang ini adalah sebahagian ketamadunan. Namun tamadun Islam berpunca dari ketinggian nilai spiritual terhadap Allah SWT, kemuliaan akhlak dalam membimbing masyarakat seluruhnya ke arah misi duniawi dan visi ukhrawi.

Comments (2)

Assalaamu’alaikum

Indah jadi pertama ni… berbicara tentang tamadun, kita tidak dapat lari dari budaya, peradaban dan kemajuan. Dalam Islam yang mengisi ketamadunan manusia adalah ilmu pengetahuan. yang dengan ilmu itu meliputi ciri-ciri tamadun seperti kesenian, pembangunan material, sains dan teknologi, ekonomi dan banyak hal lagi.

Kini, kita melihat secara globalnya, mengapa kemunduran umat Islam sering dibincangkan dalam mana-mana acara pemikiran Islam. Apakah penyelesaian yang dikemukakan oleh parapemikir-pemikir Islam ternyata tidak memberi kesan untuk membangkitkan semangat dalam diri umat Islam agar bangun menentang apa jua agenda-agenda barat yang cuba meroboh dan meruntuhkan jati diri umat islam sebagai satu bangsa yang pernah mendominasikan dunia ini.
Salam mesra selalu.

Waalaikum salam Kak Siti. Tahniah jadi yang pertama lagi dalam posting ini. Saya bersetuju dengan lontaran respon yang akak berikan. Tamadun meliputi segala cabang kehidupan yang berada di sekeliling. Namun yang menjadi akar kepada sesebuah tamadun adalah ilmu, iman dan pemikiran. Andai tiga akar ini tidak beada di atas ‘alignment; yang betul maka tamadun akan menjadi songsang. Terima kasih Kak Siti kerana berkongsi idea di sini.

Write a comment

:angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :whistle: :tongue: :w00t: :wub: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :unsure: :wassat: :wink: :alien:
Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.