Kebaikan Dan Keburukan Kerjaya Pramugari
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sejak akhir-akhir ini ramai pengunjung blog MK ini memberikan komentar pada posting Kerjaya Sebagai Pramugari, rata-ratanya adik-adik yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM baru-baru ini dan juga sebahagianya pula adalah dari kalangan siswa IPT.
Saya mula rasa seronok dengan komentar anda semua tentang posting tersebut. Sekurang-kurangnya anda mula memasang impian untuk masa depan yang lebih baik. Namun hati saya juga terasa ingin memberikan panduan supaya adik-adik tidak memilih kerjaya hanya kerana satu faktor yang menonjol sedangkan faktor-faktor yang lain anda terlupa untuk fikirkannya.
Kebaikan
- Berpeluang melancong ke negara-negara luar
- Dapat menguasai bahasa asing
- Kerja yang glamour dan dikenali
- Elaun outing yang tinggi
- Pakaian seragam yang mengagumkan
- Hubungan komunikasi anda akan makin mantap
- Anda mempunyai kecergasan emosi yang tinggi
Keburukan
- Pramugari hanya perlukan anda yang muda. Kerjaya anda tidak akan bertahan lama kerana ia memerlukan kecantikan tubuh badan dan rupa.
- Pakaian yang mendedahkan aurat dan aib anda. Setakat informasi yang saya tahu tidak ada syarikat penerbangan yang pakaian pramugarinya menutup aurat.
- Waktu solat yang tidak terjaga
- Anda melayan pelbagai penumpang dari serata dunia. Jika mereka memesan arak maka anda pun mesti menyempurnakannya. Sedang Rasulullah telah bersabda bahawa orang yang memberikan arak dosanya sama dengan orang yang minum. Fikirkanlah!
- Berdepan dengan gosip liar.
- Kerjaya bukan hanya fikirkan soal glamour dan berjaya tetapi juga perlu fikirkan tentang berkat.
- Waktu kerja yang tidak tentu masa menyebabkan anda perlu sentiasa fleksibel dan bersedia.
Semoga apa yang saya nyatakan di sini memberikan panduan bagi anda yang berminat terhadap kerjaya ini. Saya tidak menghalang dan tidak pula menyuruh. Apa yang perlu anda faham juga rezeki yang halal dan berkat adalah dari cara kerja yang baik dan mengikut syariat


Salam,
Bagus info ini utk mereka yang masih muda dan baru nak kenal kerjaya mana yg sesuai. :)
untuk memberi penekanan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut demi kebaikan,dan masa depan mereka sendiri….
lar x boleh jadi pramugara lah gini jawabnyer
Evam: Berminat jadi pramugara? Saya ada ruang kursus untuk Evam..jika berminat boleh beritahu saya.
saya bercita-cita menjadi seorang pramugari tetapi ibu kurang memberi support kerana segi pakaian yang terlalu mengaibkan dan tiada ciri-ciri sebagai orang Malaysia tetapi my sister ada mengatakan ada pramugari yang memakai tudung.Betul ke?
saya betul-betul berminat akan kerjaya ini walaupun saya tidak secantik mana..
saya suka utk m’jadi pramugari……..sejak sy berumur 16 thn…….setahu sy byk yg m’beri sokongan utk m’jadi pramugari apatah lagi guru2 di sekolah sy pun…. sy sangat suka dlm bidang ini w’laupun ade keburukan…………. kata2 kawan sekelas saya pramugari amat menyesuai utk diri saya……….. tetapi masalah saya ialah tak tahu apa nak buat…..
sy minat jdi pramugari .. tp … mcm mana nak trus kan ne ?? saya harap peluang ada stu ari nnt .. asalkn buat sy puas atie !! yeye ..
takutlah kepada yang mencitakan kamu.sesungguhnya hidup kita tidak kekal untuk selama-lamanya…jangan terlalu fikirkan keseronokan..itu hanya perasaan kita semata-mata
sya mmg trigin nk jdi pramugari , tpi nk yg pkai tdung , ade x???
[...] Francis Fernandes jangan marah ye,nanti kena jual Bagi anda yang BENAR² ingin menjadi pramugari,artikel ini mungkin bagus untuk bacaan anda.. ShareTweet Random [...]
x sanggup nk jd pramugari even keje die mcm best. kuikui
sesah sangat nk memohon kerjaya cabin crew nie.dah lah temuduga tebuka gak pernah buat di kelantan…emmmm
saie bwu brumur 15 tahun . tapi saie mmng minat mnjadi pramugari . keluarga bnyk yg support tmbh2 kluarga blah abh trmsok atok saie . hehe . saie hrp 1 hri nnty saie dpat jd pramugari di MAS
umo saie bwu 15 thn . tp saie mmng mint nk jd pramugari . saie hrp 1 hri nnty trcpai . thanks tu fmly krne mmbri skongn .
cita2 sy mang nk jd pramugari.i like its but npk cam risiko tgi jer so ykut r plak.. :
masa umo 15 tahun dulu pn i minat gila nk jd cabin crew. nasib baik tk truskn. mmg btul kata artikel ini.kte sama2 lah beringat. jadi u all kne fikir2kn ok. think wisely as A MUSLIM…
MMG I NK JD PRAMUGARI PN….. dh minat I dari usia 9 taun lg…. nk sngat jd pramugari…… seronok…. skrng ..umur I 16 dh..taun dpan SPM… I akn buat yg terbaik untk mancapai cita2 I itu….!!
sya nie mmg minat giler nk jd pramugari..ttapi,kburukan itu mmbuat sya brasa ragu2..tp,itu kan mmg dh jd tgugjawab..btw,mseh diaggap brd0sa..ade ke pramugari yg x hidang arak utk pnmpg klau di0rg nak ??
macam mana nak apply jadi pramugari…???…
hye , saya baru sahaja berumur 16 tahun tetapi saya mempunyai impain yang sangat tinggi . saya sangat minat dalam bidang ini .sejak kecil lagi saya sudah minat untuk menjadi pramugari .jilakau saya sudah abis SPM 2012 macam mane nak apply jadi pramugari ?
saya berminat sangat untuk menjadi pramugari,,minat saya sejak dari kecil hingga meningkat umur remaja sekarang tidak pernah lutur…tp saya memepunyai masalah dalam pertuturan bahasa inggeris..s0,masih layakkah saya ingin menjadi seorang pramugari?
saya mempunyai cita2 jadi seorang pramugari tetapi tidak tahu benar sama ader cita2 saya ini menjadi atau tidak..