Kejahatan Dibalas Kebaikan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
“Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”- La Roche
Begitulah apabila anda ingin menjadi manusia hebat. Melupakan kejahatan yang pernah dilakukan kepada anda. Berikan kemaafan dan bina hubungan baru dengan terus menerus memberi kebaikan kepada orang lain. Bukan perkara mudah untuk dilaksanakan melainkan hati dan jiwa mereka yang benar-benar dekat dengan Allah SWT. Bayangkanlah dalam masyarakat kita hari ini bukan mudah untuk berjumpa manusia yang mempunyai ciri-ciri seperti ini.
Kerana itulah Rasulullah s.a.w walaupun sudah seribu tahun lebih baginda tetap dikenang sebagai seorang yang hebat dan merupakan pemimpin terulung dunia. Hanya kerana menukarkan racun menjadi madu telah meletakkan baginda di puncak sehingga akhirnya dunia ini.












info/kata2 pemberi semngt utk meneruskan hari2 mendatang wlaupun diri di maki hamun serta dsumpah..
mak pun selalu pesan..biar org buat jahat ng kita jgn kita buat jahat ng org..kita buat baik je dgn org yg buat jahat ng kita..
Sara: Memang apa yang orang tua-tua beritahu tu mengikut apa yang terbaik yang diamalkan oleh Rasulullah. Cuma kita selalu lupa amalkannya.
MasyaAllah… moge kita semua pun mampu Istiqamah dlm membina peribadi yang mulia…. Mohonlah pd Yang Satu..