Kelalaian Adalah Kesilapan Terbesar
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Setiap yang bernama insan pasti akan melakukan kesilapan. Itu adalah lumrah kerana manusia diciptakan Allah mempunyai kelemahan sekalipun diberikan akal yang hebat. Namun kesilapan terbesar yang mungkin sukar dimaafkan adalah kelalaian. Anda tanyalah diri anda. Tidak dinafikan bahawa kesilapan tetap tidak dapat diterima.
Persoalannya bagaimana kita nak mengelakkan kelalaian? Jika kesilapan berpunca dari perkara lain seperti sumber atau sistem itu dikira sebagai sebab-sebab yang mungkin tidak dapat dielakkan. Namun kesilapan yang berpunca dari kelalaian sudah pasti kebanyakkannya tidak dapat menerima alasan tersebut. Antara kelalaian yang sering berlaku ialah lupa. Anda dan saya adalah manusia biasa. Adakalanya datang juga waktu lupa memandangkan kita juga banyak perkara lain yang difikirkan. Namun lupa adalah kelalaian yang besar kita lakukan. Sudah pasti andai kerja tidak sempurna atau ada perkara utama yang tidak disiapkan akan menyebabkan bos kita marah pada kita.
Cara terbaik untuk mengelakkan kelalaian dan kesilapan diri adalah lakukan segera kerja yang telah diberikan. Jika anda dapat siapkan pada hari ini mengapa anda masih mahu menunggu esok untuk siapkannya sedangkan anda pasti bahawa esok anda akan menerima lebih banyak tugasan untuk diselesaikan. Paling penting juga anda perlu tulis apa yang dikehendaki dalam kerja anda. Sediakan buku tulis sewaktu anda masuk ke bilik bos anda dan menerima tugasan berkenaan dengan kerja anda. Di samping itu sediakan juga white board kecil di meja anda untuk anda sentiasa menulis kerja-kerja kecil atau besar supaya anda sentiasa melihatnya dan mengingatinya.












cak!
ya setuju dengan kenyataan along tu.
hurm, kalu kat pejabat pun suri mmg suka buat kerja lebih awal sebab dalam masa terdekat kita boleh lihat kesalahan kita dengan lebih dekat lagi, semakan dengan lebih teliti tepat!. Jika dibandingkan dengan membuat kerja last minit alamatnya mugkin sebarang kesilapan akan banyak ditemui..malahan mungkin keadaan kita pada masa itu akan jadi kelam kabut..huhu..
Assalaamu’alaikum
Alhamdulillah, pagi ini akak berkesempatan untuk BW ke blog Along. Didoakan Along sentiasa sihat dan bahagia. Juga sukses dalam kerjaya.
Sifat manusia adalah lupa. Ini bertepatan dengan dengan makna manusia itu sendiri yang berasal dari kalimah “nasiya” yakni lupa. Ini juga merupakan fitrah yang diciptakan oleh Allah kepada manusia sebagai ujian untuk manusia dapat mengendalikan diri melalui ilmu dan akal yang dikurniakan Allah swt.
Lupa dan lalai tentu sekali bakal mendatangkan mudharat kepada sesiapa sahaja yang tidak memikirkan tanggungjawab dengan berkesan. Kisah bersejarah tentang sifat lupa manusia agung iaitu Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dan lalai dengan nikmah juga hasutan iblis, akhirnya telah mengubah kedudukan manusia seterusnya.
Akak bersetuju dengan kenyataan Along berhubung dengan penangguhan kerja yang nantinya membawa akibat yang lebih berat untuk kita tanggung jika ditangguhkan. Oleh itu, pengurusan diri dan masa amat penting bagi membina sebuah kejayaan dalam kehidupan dan kerjaya.
Salam mesra dari akak di Bintangor, Sarawak.
Kak Siti: Salam Akak. Terima kasih atas lontaran idea yang bernas sekali. Maaf lambat reply komen. Kesibukan sedikit sebanyak membataskan waktu untuk menulis. Tetapi idea-idea bernas dari sahabat tidak akan dibiarkan tanpa balasan. Ada masa insya Allah akan dibalas. Ada kesilapan yang berlaku pada diri sebab itu menulis entri tajuk ini :)