Kerana Kegawatan Ekonomi, Bekerja Sebagai Penolak Troli
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya kongsikan pengalaman yang saya terima melalui emel.
Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma. Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu.. Peluh memercik, jelas di mukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.
Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh, jawabku ringkas. Sebelum ni? Kerja kilang bang! Di mana? Di Pulau Pinang. Kilang tutup nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah, itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.
Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni ok ke tak ok? Aku menyoal lagi. Dia diam seketika, kemudian bersuara. Kerja kuli bang! Nak kira ok tu ok juga, cukup buat beli susu anak bang! Berapa syarikat ni bagi sebulan? Banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime 12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. Katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas pekerjaan beliau kini sebagai ‘penolak troli’. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang-kurang pun dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang.
Nak salahkan siapa? Anda rasa?

salam,
satu artikel yang bagus untuk renungan bersama (perkara sama di atas juga pernah berlaku kepada kakak saya), bagi pendapat saya keadaan demikian mungkin berlaku atas desakan keadaan (keadaan ekonomi dunia dan sbgnya) di mana bagi yang bekerja makan gaji walaupun nampak selesa tetapi sebenarnya masih berisiko sekiranya syarikat tersebut tutup, VSS dll. untuk kita salahkan 100% pihak lain cthnya kerajaan atau majikan adalah tidak adil dan agak membuang masa kerana adalah lebih bagus kita melakukan persediaan sblm keadaan ini berlaku terhadap kita. Persediaan yang boleh kita lakukan adalah keluar dari zon selesa (sekiranya kita bekerja makan gaji) dan cuba memperbanyakkan cabang-cabang rezeki untuk persediaan menghadapi keadaan seperti di atas.
Firdaus: Salam tahun baru Firdaus. Terima kasih kerana melontarkan idea yang sangat baik di sini. Memang benar, apa yang perlu dilakukan yang utama ialah persediaan diri sendiri dengan situasi yang mungkin akan berlaku. Nak salahkan orang lain pun sekadar berakhir dengan begitu sahaja. Terima apa yang terbaik untuk meneruskan hidup.
Jika sudah mencapai financial freedom apa salahnya dulu bekerja gaji RM1600 kini bekerja gaji RM800..
perit kerja camtu… harap beliau tabah, tu pasal kita sbg blogger ni kene standby la.. law la kita dirundung mcm die.. atleast kita ada kerja blogger untuk begantong harap
Assalaamu’alaikum Along
Indahnya DUNIA hanya sementara.
Indahnya CINTA hanya seketika.
Indahnya MIMPI kadang tak pasti.
Tapi……. Indahnya PERSAHABATAN sesama kita sukar dicari ganti.
Maaf long… kerana lambat berkunjung balas; banyak urusan mengulit diri dan perlu dibereskan. Terima kasih atas ingatan berpanjangan. Mudahan kita semua diredhai Allah swt.
Selamat Tahun Baru 2010. Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.
Azhar Salleh: Tapi dah financial freedom ok. Takut belum freedom lagi..
Zuwairi: Memang perit kerja macam tu. Tetapi kekadang tiada pilihan untuk cari kerja dengan cepat. Ada peluang je kerja dulu, barulah sambil-sambil cari kerja lain.
Kak Siti: Tak mengapa kak. Biasalah kita kerja mesti sibuk dan ada komitmen yang banyak.
tak salah kerja apa pun..yg penting apa yg cuba dilakukan utk masa dpn..kena ada planning..yg kita boleh tolong antaranya ialah bagi Idea utk beliau ke depan, bukan simpati..
Wanwma: Salam sahabat! Lama tak singgah di sini. Dalam kerja mesti ada planning untuk akan datang. Yelah kita tak tahu apa bakal berlaku, kalau takde persediaan langsung bahaya untuk diri.
rupanya ada insan lebih susah dari ku…
Rose: Bersyukurlah atas apa yang dinikmati sekarang. Kerana di luar sana begitu ramai mereka yang menagih keperluan seperti kita.