Kerjaya Sebagai Imam Masjid
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sewaktu menulis entri ni saya berada di perkarangan Masjid Hadhari Jerteh, Besut Terengganu. Melihatkan bangunannya yang tersergam indah minda saya teringatkan sewaktu pengalaman menjadi imam terawih di zaman persekolahan dahulu. Lantas jemari mula menaip pengalaman yang masih segar ini. Setiap waktu anda melihat imam yang berpakaian jubah putih mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan lagunya tersendiri bukan semudah yang anda dengar. Suara merdu yang menarik minat anda untuk kusyuk dalam solat bukan hanya sekadar suara.
Menjadi imam, kalau dalam jawatan kerajaan anda mungkin memegang jawatan S17 sebagai pembantu hal elwal agama. Saya juga pernah ditawarkan jawatan ini. Untuk menjadi imam solat anda memerlukan keberanian dan keyakinan diri. Pernah juga dalam siri-siri kursus yang saya kendalikan, ramai peserta yang ketar lutut untuk tampil sebagai imam. Mengapa begitu? Nak gambarkan bukan mudah jadi.
Perkara pokok yang perlu anda tahu ialah selok belok tentang solat sama ada hukum solat berjemaah, bacaan-bacaan dalam solat, wirid, doa dan juga jika anda mampu anda juga perlu tahu menyampaikan tazkirah dan kuliah. Selain dari itu berkenaan hukum-hakam tajwid sudah pasti anda wajib mahir kerana ianya sebahagiaan tuntutan dalam bacaan solat. Pendek kata tanpa ilmu-ilmu asas ini sukar untuk menjadi imam kerana kemahiran ini adalah dinilai dari telinga makmum dan jemaah anda.












Jawatan Imam pada masa sekarang amat mencabar. Namun kita kekurangan pelapis untuk imam-imam muda.