Kerjaya Sebagai Jurutol
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekiranya anda menuju destinasi yang melalui lebuh raya pasti anda akan bertemu dengan tol, bayar tol dan juga juru tol. Tidak kira sama ada di lebuh raya PLUS, LPT dan lebuh raya yang lain. Selalunya yang menjadi rungutan kita juga ialah jumlah tol yang banyak sering menjadi masalah kepada kita semua. Bila tiba di tol, selalunya kita akan mengambil tiket masuk tol dan juga membayarnya ketika keluar. Dan jika anda sering melalui jalan yang sama dan lorong yang sama, saya pasti anda sudah dapat membaca shift yang bertugas sebagai jurutol.
Ramai beranggapan bahawa kerja sebagai jurutol nampak senang. Saya juga beranggapan begitu. Tugas harian hanyalah mengutip bayaran tol. Tetapi sebenarnya pada saya kerja sebagai jurutol memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Tanpa kemahiran-kemahiran ini jika anda seorang jurutol anda hanya melaksanakan tugas sebagai pengutip bayaran tol tanpa menunjukkan imej syarikat di mana anda bekerja.
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/tol.JPG" alt="tol" width="450" height="227" />
Bekerja sebagai jurutol memerlukan anda senyum sentiasa. Tetapi tidak ramai melakukannya. Anda melalui lebuh raya yang panjang dan kemudian mengeluarkan bayaran tol yang tinggi. Seharusnya jika anda bekerja sebagai jurutol, berikanlah penghargaan kepada pemandu-pemandu yang melalui pondok tol dengan sedikit senyuman tanda terima kasih. Tetapi kadang-kadang ada juga yang menunjukkan air muka yang masam dan marah mungkin kerana masalah peribadi dan sebagainya.
Walaupun kerjaya sebagai jurutol hanya memerlukan kelayakan SPM, namun bagi saya kerjaya ini menguji sejauh mana komitmen dan kemahiran diri yang perlu ditunjukkan. Seorang jurutol yang biasa mungkin hanya mengutip tol bayaran tol setiap hari, tetapi jurutol yang cemerlang yang menyenangkan hati setiap pemandu yang lalu, bersedekah dengan senyuman, dan juga mendoakan kesejahteraan pemandu yang lalu.












Apa pendapat anda bekerja sebagai jurutol?
sebenarnya kerja tol memang nampak mudah tetapi pengguna tidak tahu apakah masalah yang akan dihadapi oleh jurutol apabila ada pengguna yang sengaja memberi wang yang tidak cukup,wang kertas koyak,wang palsu,akibatnya apabila tamat bertugas,pengiraan wang dibuat,apabila duit ‘short’,jurutol kena bayar balik pada syarikat dan jika ada lebihan syarikat yang akan kebas,kami tak ada apa.Bukan kita tak hendak senyum kepada pengguna tetapi ada juga pengguna yang sedemikian dan pengguna bayar wang secara tergesa-gesa dan apabila palang lambat dibuka,pengguna akan memaki hamun jurutol dan ada yang menarik tangan jurutol sehingg cedera.Tugas jurutol bukanlah mudah terutama waktu puncak,dari situlah akan timbul berbagai masalah.Kenderaan pil8is,bomba dan sebagainya adalah percuma tetapi jurutol dikehendaki merekod no kereta,jabatan dan waktu untuk dihantar kepada Penyelia.Sekiranya pengguna berhemah,maka perjalanan akan berjalan lancar kerana kerjasama adalah penting.
Zakiah: Puan Zakiah pernah ada pengalaman ke kerja sebagai jurutol? Betul tu. Time nak balik raya lagi la tensen.
ha ah setuju ngan pe yang pn. Zakiah Bt Hj Zainudin ckp kan..penat nak layan user yang macam2 kerenah je.. ikut hati macam nak je suh dorunk dok dalam kotak tue rasa macam mn keje jurutol… br dorunk tahu susah ke sanang…
Wawa: Salam perkenalan Wawa. Terima kasih sudi melontarkan idea di sini. Mungkin Wawa juga ada pengalaman menjadi jurutol. Saya sangat menghargai jika Wawa dapat berkongsi pengalaman sebagai jurutol yang mungkin tak boleh dilupakan. Emelkan kepada motivasikerja@gmail.com
Salam. Saya memang ada pengalaman sebagai jurutol. Walhal saya ada graduan dari IPTA terkemuka. Sebab tak ada kerja, saya setuju jadi jurutol dengan gaji permulaan RM600. Saya setuju bahawa kerja sebagai jurutol memang mudah. Tapi tekanan dari user kadang-kadang menyakitkan hati. Kalau tol mahal, dimarahnya jurutol. Sedangkan bukan jurutol yang tetapkan kadar tol. Kadang-kadang datang user dalam keadaan marah bertanya kenapa tol mahal sangat??? Ikutkan hati nak je jawab, “dah tahu mahal, kenapa lalu sini??? Cari la jalan tak ada tol”. Tapi saya tak boleh jawab macam tu sebab kerjaya sebagai jurutol ibarat cerminan kepada syarikat. Nak tak nak terpaksa senyum atau diam ja… Kerja jurutol mental kena selalu bersedia. Pernah ada user membaling duit… terpaksa kutip macam peminta sedekah… Teringat saya ada user bertanya “hari-hari mintak duit. Tak ada kerja ker???”. Aduhhh… sakitnya hati… Tapi terus terang saya tak setuju kalau ada jurutol menggunakan alasan penat yang menyebabkan untuk tidak memberikan ucapan terima kasih mahupun senyuman. Saya bukanlah seorang bekas jurutol yang baik. Adakala mental saya terusik bila user datang memaki hamun dengan bahasa kesat, membaling duit. Tapi saya masih mampu mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih tanpa henti. Sampai terasa kering tekak. Namun ada juga terlepas ucapan dan senyuman pada 3 atau 4 orang user. Bukannya apa, saya cuma fikir hasil dari duit kutipan tol itu lah yang digunakan untuk bayar gaji jurutol. Jadi paling tidak, bersyukurlah dengan ucapan terima kasih. Tapi itu bukan bermakna user boleh besar kepala bahawa kalau dia orang tak bayar tol maka jurutol tak ada gaji. Sebabnya mereka sudah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak swasta. Pihak swasta sediakan kemudahan, beli barang bukan dengan daun kering tapi dengan duit. So, kalau dah guna tu, pandai la bayar. Masuk tandas pun kena duit. Lagipun kemudahan lebuhraya nie untuk cepat sampai, jimat masa, jimat minyak. Cuma bayar tol je.. Tapi kalau ada tol yang selalu sesak tu, saya no komen la. Mungkin pihak konsesi perlu lakukan sesuatu supaya apa yang user bayar tu berbaloi nilainya..
Kalau nak cerita pasal pengalaman jadi jurutol, sehari semalam pun tak habis. Cuma ini saja yang boleh saya kongsikan. Kini saya tidak lagi bergelar jurutol. Tetapi masih lagi terlibat dalam konsesi lebuhraya di Lembah Klang.
Fatimah: Terima kasih atas perkongsian pengalaman yang sangat baik. Saya jadikan entri untuk esok.
saya berminat untuk bekerja sebagai juru tol
Sue: Bekerja sebagai jurutol pun bagus kalau jujur dalam kerja.
mcm mne nk apply kerja jurutol??
sue & sopi: Berminat dengan kerjaya jurutol?
1) kena jujur
2) tengok duit jangan rambang mata
3) Sanggup berdepan dengan sabar karenah pengguna
4) Tanamkan dalam hati anda ingin memcari rezeki yang halal (ramai jurutol yang melakukan penyelewengan dalam kutipan tol. Contoh lebihan yang pengguna beri masuk dalam kocek sendiri, main kelas, main transaksi kecuali dll)
5) sanggup bekerja lebih masa. Kerap kali calon temuduga merayu-rayu nak kerja sebagai jurutol. Bila ditanya sanggup tak kerja lebih masa, semuanya sanggup. Tapi hampir keseluruhan jurutol bila diminta melakukan kerja lebih masa, cukup liat. berbagai alasan diberi. terutamanya kalau yang perlu berkerja pada hujung minggu.
Kongklusinya, minat saja tidak cukup. Perlu ada kejujuran dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Masih berminat?
Layari mana2 website konsesi lebuhraya di Malaysia atau boleh walk-in terus ke pejabat operasi tol yang berhampiran. Sediakan resume, isi borang, tunggu panggilan temuduga :):):)
Sue & Sopi:Terima kasih atas perkongsian info dalam kerjaya jurutol. Paling sukar ialah memegang amanah berhubung duit..kalau anda yang tak tahan tengok duit elakkan bekerja di tol..:D
salam..sy pnh bekerja di LPT,PT JABOR…alhamdulillah,berkat kesabaran sy smpat menimba ilmu selama hampir 6 bln sblum mlnjutkan pelajarn ke pringkat ijazah sarjana muda pengurusan operasi di uum..bekerja sbagai seorang jurutol mmg memerlukan thp kesabaran yg tinggi.wlau basic salary hnye RM650 ms tu…dh ckup b’baloi..kejenye x penat sgt.namun mmrlukan motivasi & tumpuan yg tinggi sms kerja b’jalan..mungkin org melihat pekerjaan ni dgn pndangan sinis.tapi bg sy,slagi halal..x slh kita nk keja ap pun.sms tmuduga,dia akn suh kita cita tntang diri kita(sbut je ltr blkg pndidikan tu)..dia akan tnye mngenai knape kita nk jd jurutol & mcm2 ag la..last skali ad soalan sal calculation…*pesanan penaja:resume tu stnby skali ek.sbb ad yg p bwk sijil je…mane ckup… hari pertama keje di lorong tunai,sy short dlm RM50…xigt dh mslh ap.may b sal lori kls 2 kowt…huhu.. utk motivasikan diri kami.kami slalu b’tnding jmlah kutipan.walhal kutipan tu bkn kami pnye pn..tapi sj..ilangkan stress.slalu tnye supevisor sal kutipan msg2..bkn ap,kutipan t’byk duk lama la kt lorong masuk…hahahha..seronok tw x…sy ni antu “overtime”..pntang ad tawaran.sy sebat je…alhamdulillah..sy smpat kumpul duit dlm RM4000.duit mkn lps dh..sbb mkn kt umh..yg terharunye dpt msuk U ngn duit sndiri…alhamdulillah Ya Allah..time kasih warga plaza Tol jabor.time kasih alloy tol management,time kasih MTD,time kasih lembaga lebuhraya malaysia..time kasih pngguna LPT & sluruh rakyat malaysia…oh ye..sblom t’lupe.course yg sy ambik(pngurusan operasi) ni merupakan inspirasi dri tmpat keje sy..tgh blur2 nk pilih course t’lntas OM..first choice lak tu…tQ
Sy beminat hanya utk part timie krn ofis hour mmg keje kat opis. Tp nak jugak jana pendapatan smpingan. Boring duduk umah, xbuat ape mlm2. Kdg weekend pun lepak umh tgk hindustan. at least lau bekerja, ada jugak duit.
So, mmg dorng ada offer utk part timer ke? Ada yg tau tak brapa pihak mgt akan byr? Part time jugak perlu mengikut proses temuduga & resume jugak di perlukan ke? (byk plak soklan kan)
Selain pd tuh, kat mana nak check if tmpt tol nak pakai org? dorng ada iklan kat mana2 ke? huhuuh (mintak maaf sbb soklan betubi2)
hrp sape2 yg sudi & ada pgalaman dpt mmbantu. tQ
Karm: Sesi temuduga mesti ada. Tapi biasanya taklah teruk sangat sekadar nak tahu boleh kerja shif atau tak. Kalau berminat lalu je kawasan tol ada je diorang letak iklan bertampal dekat post tol tu.
Ain: Kemahiran asas boleh kira duit, berbudi bahasa dan sanggup kerja shif insya Allah boleh kerja tol.
Saya Zaitun bte Zainal berminat menjadi jurutol hubungi saya di no 0197242312..
sye beminat nak jd jurutol..rumah dekat ngn tol..seng nak bekerja..hari2 tgok tol so memg minat sgat2..0178466437 if ade jawatan kosong pliss inform tq
Ikin: Kalau nak mudah singgah di mana-mana Pejabat Tol terdekat, selalunya dah ada iklan kat situ.
ada lagi x jawatan kosong sebagai jurutol dekat area selangor?
salam satu maiaysia,saya mina berminat utk berkerja juru tol,mcm nk apply kerja juru tol?kemahiran asas boleh kira duit,berbudi bahasa dan sanggup kerja shif,(mak & ayah dh meninggal dunia sb tu i nk cr kerja dkt juru tol,pls help utk sy tuan @puan adik-beradik 9 orang sy yg taggung utk semua adik -beradik)dpt kerja juru tol di area selangor.pls tolong sy(tidak dpt bantuan apa2)pls heip………
Kepada sesiapa yang berminat nak jadi jurutol boleh terus ke pejabat operasi tol. Kalau kat KL / Selangor kita ada highway DUKE, LATAR, SKVE, LITRAK dan byk lagi… Cuma satu pesanan saya yang berkhidmat dalam konsesi lebuhraya, nak kerja mana2 pun kena betulkan niat dulu. Sekarang tak dapat keje lagi mcm2 cakap. Nak keje betul2 la, sanggup ot la, akan ikut prosedur keje la, tapi bila dah dapat keje suruh ot tak nak, hari2 datang lambat, mc sebulan 2, 3 kali. Itu belum lagi tak hadir bertugas tanpa sebab. Bila suruh ot ada ja alasan nak anta mak ke kampung la, nak pegi bank la, nak buat itu la, nak buat ini la… Yang kelakar ada yang bagi alasan nak buat urusan bank pada hari ahad… Hrmmm… Kepada adik2, klu dah keje tue buat la betul2 sebab keje tue pintu rezeki kita. Keje tol nie kena sabar, kena jujur, kena rajin. Itu je kuncinya:)
Sy btul2 b’minat ingin b’kerja sbgi JURU TOL sngup b’kerja lbih masa,jjur & amanah..,Sy Mnetap di area SEREMBAN & mmiliki kenderaan sendiri..,SAYA BETUL2 BERMINAT…,NI NOM TEL:06-6139019..
salam
saya amat berminat bekerja sebagai Penyelia Toll jika ada kekosongan di mana-mana pejabat operasi toll. saya menetap di kl. ada transport.
background kerja :
ada pengalaman hampir 2 tahun dalam bidang penyeliaan. ada diploma.
jika ada kekosongan sila hubungi saya liana : 0124226264
terima kasih.
salam
saya berminat bekerja sebagai penyelia toll. ada transport. menetap di kl.
ada pengalaman hampir 2 tahun dalam bidang penyeliaan.
jika ada kekosongan dimana2 pejabat operasi toll
hubungi saya liana : 0124226264