Kerjaya Sebagai Kaunselor
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kaunselor adalah nama yang selalu kita kaitkan untuk mendapatkan khidmat nasihat apabila menghadapi masalah berkaitan diri, rumah tangga dan juga masalah kerja. Tetapi sebenarnya kaunselor adalah individu yang mendengar masalah anda dalam bentuk dua hala, berinteraksi dengan baik dan memberikan layanan. Hubungan kaunseling tidak melibatkan kaunselor memberikan jawapan secara langsung kepada klien. Hanya sekadar membantu klien mengenali permasalahan diri dan persoalan yang dihadapinya.
Lantaran itu memilih kerjaya sebagai kaunselor bukan sebarang kerjaya. Anda perlu menguasai ilmu psikologi untuk memastikan anda mampu mengendalikan masalah yang dihadapi klien. Anda juga perlu memiliki kercerdasan emosi yang tinggi bagi memastikan peranan anda sebagai kaunselor dilaksanakan dengan rasional.
Jika anda seorang yang caring dan cuba menyelami perasaan orang lain, anda layak menceburi kerjaya ini. Membantu menyelesaikan masalah orang lain mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Bidang pendidikan yang perlu anda pelajari ialah Bimbingan dan Kaunseling. Di sektor kerajaan anda boleh memohon pegawai kaunselor Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
Antara bidang kerja kaunselor di sektor awam:
- Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi empat (4) aspek pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi dan pemulihan.
- Menjalankan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok
- Mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya
- Menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada pihak psikiatri
- Menyimpan semua fail / rekod / sesi kaunseling untuk tujuan
- Membantu menjalankan ujian/inventori psikologi, analisis dan kaji selidik
- Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit
- Mengambil maklumat dan data-data anggota yang bermasalah












Kadang2 pernah terdetik di hati utk menjadi kaunselor.
Salam, bagai mana utk menjadi kaunselor ( part timer atau full timer) ???
Anita: Saya pun sebenarnya tak pasti ada atau tidak jawatan kaunselor part time tu. Tapi kalau full time boleh cuba di jabatan kerajaan atau swasta sebagai Pegawai Psikologi atau Kaunselor.
mcmne kalu nk mnjdi kaunselor tpi stdy lam cos syariah ngn undang2?
Salam…Dikatakan bahawa seorang kaunselor yang berkesan perlu juga menguasai ilmu personaliti. Bagaimanakah ilmu ini dapat membantu dalam proses kaunseling dan motivasi?
ASSALAMUALAIKUM…. sy sedang melanjutkan pelajaran di ipta dn mengambil jurusan kaunseling tapi sy x berapa yakin pd dri sy …. memg sy sering mengimpikan untuk membntu org,, tp sy x yakin.. bagaimana yer????
Shaharil: Kaunselor memerlukan banyak ilmu untuk membantu menyelesaikan konflik manusia. Pelbagai ilmu dunia dan akhirat perlu dipelajar dan ilmu personaliti adalah satu cabang ilmu. Namun ianya tidaklah bergantung kepada ilmu itu semata-mata. Palling penting apabila anda belajar untuk mengenali manusia, pengalaman demi pengalaman yang akan menjadikan andamatang dalam kerjaya ini.
Salam, sy merupakan Penolong Pegawai Psikologi di sebuah jabatan sektor awam dan dgn pelantikan sambilan sahaja, tugas sy memerlukan sy menjaga 1 zon sebagai Kaunselor. Masalahnya, ketua sy lansung tidak faham tugas sy sbg kaunselor, maksudnya disini beliau sering ingin tahu siapa client sy untuk diberi kaunseling, sedangkan perkara sebegini adalah kerahsiaan. bagaimana harus sy jelaskan kepada ketua sy?
Assalamualaikum…saya pelajar sarjana kaunseling d KUIN a.setar. mintak bantuan kalau ada bahan berkaitan kaunseling kerjaya dari asper definasi, kemahiran asas dan kemahiran khusus…wallahua’lam..
Muhd Syahidan: Rasanya kalau saudara search di google tentang kertas kerja kaunseling ada banyak perkara berkaitan.
saya pelajar lepasan spm. saya berminat untuk menceburi bidang kaunselor. bagaiamna untuk saya mula libatkan diri dalam bidang ini?
Assalamualaikum..
saya pelajar lepasan SPM.
saya ingin melanjutkan pelajaran di Darul Quran dalam bidang dakwah selama 3 tahun..
selepas itu saya ingin mengambil kos kaunseling…adakah bidang ini berkaitan dan universiti manakah pada pandangan cikgu menyediakan pengajaran terbaik..terima kasih cikgu.:)
Saya suka memerhatikan gelagat dan tingkahlaku manusia yang bermacam-macam ragam, ada yang belum mengenali saya tapi dah mengata macam-macam, lebih dahsyat lagi yang dulu pernah mengenali saya tiba-tiba terpengaruh dan tidak mahu bercakap, lemparan senyuman saya tidak menjadi apa kepadanya, malahan manusia ini menilai orang sebelum mengenali dan bersahabat dahulu. Dunia ini pelik, manusia lebih suka berkawan dengan sesuatu yang pelik…
Syuhadah: adik blh masuk mane2 institusi yg menawarkan diploma dlm bdg ni. kemudian smbg kebahagian ijazah…Klw nk cepat, blh ambil STPM, kemudian mohon ijazah bidang kaunseling (USIM,Unimas,UPM,UM,UKm antara U yg tawarkan kursus ni)
Hurmm..memilih kerjaya kaunselor ni xlah semudah yg di sangka.Mereka yg x memahami akan merasakan tugas kaunselor adalah mudah. sehinggakan mereka meletakkan target/harapan g tinggi. Hurmm kaunselor pon manusia biase jgk, Kadang2 rase smgt sgt nk membantu & seronok bila sukses.tp kdg2 rase down sgt bile sesi tu xberjalan dgn baik malah d kritik dgn hebat :(
…harap sy terus bersemangat & terus berfikiran +ve,..huhuuuuu
Kdg2 ambil mase utk fikir +ve semula. Kerja ni menarik, namun dugaannye pun boleh tahan
walau pape pun sy sayang kerjaya saya nie
Gambate!!!
Alina;
Perkongsian yang baik berdasarkan pengalaman awak. Bagus.
Setiap kerja pasti ada CABARAN. Selagi faham bidang kerja yang anda lakukan,
anda akan tetap di jalan tersebut.
Rasa Rindu Cendana Putih;
Manusia menggunakan kuasa 80% negatif dalam diri mereka.
salam…
saya pelajar tingktn 4. Sy dh lama meminati bidang ini.
saya ingin tahu apakah subjek yg perlu sy fokus untuk mencapai cita2 sy ini.
Di sekolah sy ambl aliran ikhtisas 1 yg mempunyai subjek tambahan iaitu syariah islamiah dan quran sunnah.
salam. saya nak tanya..saya lepasan spm. bercita2 nk jadi kaunselor. apa yg perlu saya buat? adakah saya perlu ambil diploma psikologi? kalau masuk form 6, nak pilih kos ape??? help me :’(
Aiman; Bolej ambil bahagian kaunseling.
Salam..saya nak tanya, kalau saye masuk diploma kaunseling islam, kat kolej swasta, peluang pekerjaan tu mcm mane ye?
saya amat minat dalam bidang ini..alhamdulillah..setakat ni ramai kenalan yang mencari saya untuk selesaikan kes2 yang meraka hadapi seperti masalah rumah tangga, mentua, kecurangan suami, keganana rumahtangga dll..alhamdulillah dengan izinNYA saya dapat membantu mereka. Saya sedang apply melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling..doakan kejayaan saya
saya nak tanya la..adakah bidang psikologi dan psikiatri bidang yang sama? saya bercita-cita nak jadi doktor psikiatri.jadi,bagi lepasan spm,saya patut ambil bidang apa ya?adakah perlu ambil bahagian perubatan dulu?
sy lepasan ijazah dlm psikologi.. sy nk tau blh ke sy jd kounselor. sbb sy diberitahu bidang psikologi tak blh jd kaunselor. btul ke?
salam,saya perlukan sedikit maklumat..saya lepasan spm dan ingin mengambil form 6 dan ingin mengambil ijazah psikologi,tetapi saya mendapat jurusan kemanusiaan.sekiranya saya mengambil jurusan bekenaan adakah saya boleh mengambil ijazah dalam bidang psikologi?atau patutkah saya mengambil diploma psikologi di IPTS sahaja?