Layakkah Jadi Pengawal Keselamatan?
Tiga hari lepas saya menuju ke Bank Islam Cawangan Bandar Baru Bangi untuk withdraw sedikit duit. Apabila melangkah masuk ke bahagian ATM saya lihat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas, sambil menunggu dan melihat kelibat pelanggan-pelanggan yang berurusan di situ.
Sambil beratur untuk menunggu giliran saya di ATM, saya terfikirkan pengawal keselamatan yang sedang berdiri tersebut. Dengan keadaannya saya kira sudah pun melepas umur pencen, dengan wajahnya yang redup, badannya yang tidak lagi tegap bagaimana BIMB ini boleh mengambilnya sebagai pengawal keselamatan di situ. Dengan keadaan fizikalnya yang saya kira tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pengawal keselamatan yang cergas, dengan tugasnya yang berat untuk mengawal dan menjaga keselamatan bank tersebut.
Memadai ke risiko yang bakal dialaminya? Andai berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Apalah salahnya seorang pengawal keselamatan diletakkan seorang cergas, dan mempunyai ciri-ciri fizikal yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya kalau ada yang nak melakukan rompakan atau kekacauan, mereka akan fikir dua kali untuk itu. Kalau dilihat keadaan sekarang ini pengawal keselamatan yang berbadan tegap pun boleh mati ditembak perompak, bayangkanlah kalau pengawal keselamatan tersebut dah berumur dan lemah? Anda pun boleh fikir sendiri.
Apa yang menjadi perhatian saya, pengawal keselamatan ini bekerja di bawah syarikat mereka sendiri. Cuma bagi pihak pengurusan syarikat tersebut seharusnya lebih tahu untuk menempatkan pengawal keselamatan mengikut risiko yang bakal diterima. Saya rasa kalau pengawal keselamatan yang sudah berumur tidak hairanlah jika ditugaskan untuk mengawal di sekolah-sekolah atau di kawasan perumahan memandangkan risikonya lebih rendah berbanding di bank-bank.

Sy pulak tak berpendapat ia ada kaitan dengan mana2 short/long term profit oriented. Mungkin lebih kepada belas ikhsan si pengurus bank bagi pekerjaan pada warga emas.
Mungkin warga emas tue perlukan pekerjaan sangat, dan pada usianya yg bgitu, kerja apa sangat la yg boleh dilakukan melainkan sebagai pengawal keselamatan.
Bahaya memang bahaya, tp jgn risau la…bank banyak duit kan kan…
Mungkin juga. Tapi job pengawal keselamatan kat bank sedikit berisiko pada pendapat saya.
Pandangan yang bernas Waka. Tapi senario ni sedikit sebanyak menyebabkan kes-kes rompakan bank lebih banyak berlaku.
Paling muda pun memang tak sesuai, sebab nak jadi guard perlu ada pengalaman dan amat penting perlu ada skill mempertahankan diri. Kalau setakat badan tuff tapi tak pandai apa-apa rasanya tak sesuai juga.
…mungkin pak cik tu berpengalaman..nampak saja begitu, tapi bijak menilai gerak geri. dia boleh kenal orang itu baik atau jahat.
mana ada pengawal bank kena tembak, orang tua. kena ingat, sebelum kita makan garam, dia sudah merasa makan garam. yang mati kena tembak umur antara 30 ke 40. umur 50 jarang kita dengar. jika kes bunuh, ragut adalah. paling kuat dia kena ikat. atau dia tak larat nak melawan.
jika kita pergi memburu rusa di dalam hutan, jika ada satu pak cik tentu kita kena ikut cakap dia. jika tidak kita tidak dapat makan rusa.
..saya tidak memandang rendah pak cik tersebut dan dia tahu menilai risiko. kalu kita ke negeri orang putih, security officer dia berumur. tapi sangat cekap. bandingkan ketajaman meka. budak muda-muda tak boleh baca. dalam 10, satu adalah.
Ada ke sapa sapa tau gaji P. keselamatan. Yang nak kerja pon orang Melayu dan India je. Syarikat P.K. yang besar mungkin ok. Tapi yang biasa biasa je akan ambil yang boleh bergerak. Gaji sekitar RM600. Dunia sekarang boleh ke hidup ke. Potong EPF RM 20. Overtime di kira dalam RM600 itu
Tiada cuti hari hari kerja. Cuba le jadi pengawal keselamatan kalau nak tau.
Pk?Kerjanya memang ringan tp berat sekali.kerja senng tp susah.taniah untk kenaikan gaji pk.
Joekie: Betul tu. Semoga teruskan kerja dgn gigih
Irba: Saya juga memahami situasi kerja sebagai PK. Kerja penat gaji sedikit. Cuma dalam artikel saya ni saya tidak mempertikaikan soal gaji. Saya hanya berkongsi pengalaman yang saya lihat di hadapan mata saya sahaja :)
sy keja gurd dah 5thn..sy keja kat pejabat umno..sy keja 15jam sehari isnin hgga jumaat..24jam sabtu dan ahad,keja tanpa cuti 7hari sminggu gaji sbulan rm1050..bayangkan lah org muda mana nk keja guard klu gaji mcm ni dan masa byk abiskan kat tempat keja..anda bayangkan betapa teruknya jadi guard,mcm mana klu yg ada anak bini,mesti keluarga tak trurus..sy akan brkahwin tak lama lagi mungkin akan brhenti jadi guard..
Mat: Saya memang bersetuju sekali dengan komentar Mat tu. Sebab itu jika ada ruang kerja di tempat lain carilah kerja lain. Banyak lagi kerja part-time yang leh Mat buat, jadi promoter ke, bisnes kat pasar malam ke lebih berbaloi sebenarnya.
salam 1 malaya.
Bro gaji kecik bro. Nak suruh orang muda kerja. Tegap. Pekasa. Cakap senang la. Nk perhati apa jadi.. Nk perhati gerak geri orang. Nk jg keselamatan diri org lain.. Bila xda pengawal keselamatan. Orang kata x selamat.
Basic rm350. KERJA 12 JAM 31 HARI.. GAJI BERSIH RM1100.. TU XDA PINJAMAN. KALAU ADA MAU TGL RM 800. Bukan kerja 23 HARI. Tapi 30 HARI. bukan kerja 8jam waktu pejabat. TAPI 12jam.
Bila kerajaan kata gaji naik. Basic naik jadi rm700. ORANG RAMAI PERTIKAIKAN. KESATUAN PENDUDUK CAKAP X MAU BAYAR. NAK PULAUKAN. APA JADAH. cuba la COBA kerja pengawal keselamatan. ORANG KATA KERJA ORANG PEMALAS. bila ada pengawal yang MATI KENA TEMBAK tau pulak sebut KESIAN..
Kerja sengkang mata. kena syif MALAM. tanya la mana2 pengawal. ADA YANG GANGGU X?? cuba ganti 1 MALAM. belum tentu bejaya. Orang kita Orang malaysia. TERUTAMA Bangsa Aku. ORANG MELAYU. bila nampak je yang ni dpt sikit KELEBIHAN. mula la Ada P.H.D.. Pandang 1 benda sebelah mata. Cakap ikut SKEMA SENDIRI.. Pikir untuk KEPENTINGAN DIRI..
BILA DATANG MASALAH. Tunding jari. 1 KEARAH pegawal keselamatan. 4 MENUJU KE DIRI SENDIRI.
Kata kerja x ikut prosidur..
bukan KAMI xtau ikut S.0.P tp orang yang lalu depan kami kata LECEH.. haha. Xpayah la encik nk bukak bonet. Xpayah la nk kena suluh2. Sy dh lambat ni. Nk cepat. Kereta sy mahal. Xkan nk pasang stiker. Macam2 lagi. NAK SURUH KAWALAN KETAT.. ATAU NK SURUH KURANGKAN PENGAWALAN.
Jangan pandang orang sebelah mata.. SAYA TAK TAKUT. TAPI SAYA HORMAT. TAK GUNA BERILMU. KALAU TAKDA BUDI BAHASA..
Saja je ni. Maklum la. Kan melayu mudah lupa. Mtk pasang cctv. Tambah pengawal. Tp nk percuma. Hehehehe. Jd pikir2kan la.
Han83: Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman di sini. Memang ini tujuan saya menulis blog ini. Saya bersetuju atas komentar yang diberikan. Ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Saya sendiri melihat bahawa kerjaya ini bukan kerjaya senang kerana ianya melibatkan risiko nyawa yang tinggi. Tetapi dalam masa yang sama tiada peranan golongan berwajib untuk menimbangkan perkara-perkara dari aspek seumpama ini.
Setuju sangat ngan Han83. Pernah sekali tahan pelawat kat sekolah dier cakap sekejap jer tapi dier jumpa pengetua hampir sejam. Tu sebab aku dah malas ikut s.o.p (mamat tu kalo x silap aku dr PPD)