Majikan Gagal Carum KWSP
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/09/kwsp-300x300.jpg" alt="kwsp" width="300" height="300" />Dalam berita semalam pihak berwajib akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada majikan yang gagal membuat caruman KWSP kepada pekerja. Sesuatu yang perlu dipandang serius tentang perkara ini. Menunjukkan bahawa begitu banyak majikan yang tidak mengambil berat soal pekerja dan masa hadapan pekerja. Bayangkanlah jika pekerja di sektor swasta dan juga syarikat-syarikat kecil yang menghabiskan masa dan hidup mereka untuk bekerja tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa di waktu tua mereka.
Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Apabila anda menyimpan 11 peratus daripada pendapatan anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah 12 peratus lagi. Jumlah 12 peratus yang dibayar oleh majikan anda itu adalah untuk faedah persaraan anda iaitu apabila anda telah tidak berupaya untuk bekerja lagi. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan faedah persaraan yang disediakan oleh majikan anda.
Syarat majikan perlu mencarum untuk pekerja mereka akan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka. Semoga lepas ini pihak majikan lebih peka tenteng hak pekerja-pekerja mereka. Jangan menganggap bahawa usaha mereka habis begitu sahaja. Jika dinilai dengan keikhlasan titik peluh mereka, caruman KWSP pun tak memadai. Tetapi sekurang-kurangnya ini adalah sebahagian penghargaan untuk diri mereka yang bergelar pekerja.
Dan sebagai pekerja caruman KWSP adalah hak anda. Jadi jika majikan anda sekarang masih tidak mengambil endah tentang perkara ini anda boleh melaporkan pada pihak-pihak berwajib agar majikan anda lebih perihatin terhadap anda sebagai pekerja.
Sebagai pekerja, anda juga wajib mencarum dengan KWSP di bawah Undang-Undang KWSP, yang bertujuan melindungi kepentingan anda setelah bersara.
Apabila tiada punca pendapatan atau wang simpanan, simpanan KWSP akan sekurang-kurangnya memberi jaminan kewangan bagi anda setelah tidak lagi bekerja. Dengan simpanan yang mencukupi, anda akan dapat menikmati alam persaraan dengan selesa dan tidak perlu bergantung kepada sesiapa untuk bantuan kewangan.












[...] depan pekerja-pekerja mereka. Kebanyakkannya mengambil kesempatan dengan memberikan gaji rendah tanpa mencarum di KWSP. Mudah-mudahan dengan gaji minimum ini, membantu anda untuk merancang kehidupan yang lebih [...]