Mengalami Stres Di Tempat Kerja
Posted by admin | Posted in Masalah Anda | Posted on 16-02-2010
10
Emel dari Norsuwaidah
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Motivasi Kerja kerana beri peluang untukĀ saya ingin mendapatkan motivasi dan pandangan dari pihak tuan.
Saya mengalami stres di tempat kerja sejak akhir-akhir ini sehingga membawa saya untuk berhenti kerja. Untuk pengetahuan pihak tuan saya adalah seorg balu yg hampir setahun kematian suami. Jadi saya pulang ke kampung dan bekerja di badan berkanun. Di sini kerja terlalu banyak sehingga saya tidak bijak untuk membahagi masa utk membuat kerja saya. Dengan tekanan yang ada ditambah pula stres kerja, saya hampir tidak bersemangat untuk bekerja. Saya menjadi benci dengan kerja-kerja yang saya lakukan. Saya jadi tidak sabar.
Apabila saya ceritakan pada ibu saya, dia bersedia sahaja untuk saya berhenti kerja. Saya bercadang ingin belajar menjahit dn mengambil tempahan di rumah sahaja. Lagipun saya ingin memberi tumpuan kepada anak saya yang masih kecil. Untuk pengetahuan tuan, saya mengalami stres sehingga tidak lalu makan dan sukar untuk tidur. Berat badan saya kian menurun. Saya tidak mampu lagi menanggung semua ini. Saya ada membuat sembahyang istikharah utk diberi petunjuk tapi masih kabur.
Respon saya
Salam sejahtera untuk puan yang sudi menghantarkan emel kepada saya. Daripada masalah yang puan berikan ini jelas sekali puan berada dalam keadaan stres yang tinggi. Memang apabila puan mengalami stres yang tinggi puan akan mendapat tanda-tanda berikut:
- kemurungan
- tidak lena tidur
- tidak dapat mengawal emosi
- sukar menyelesaikan masalah
- prestasi kerja merosot
- selera makan bertambah atau berkurang
- kurang idea
- berubah kelakuan
- tidak fokus
Langkah pertama puan perlu berhadapan dengan masalah ini. Lari dari masalah akan membuatkan puan akan terus tidak dapat menangani tekanan. Perlu difahami bahawa semua kerja mempunyai kesibukan dan kerja yang banyak. Cuma yang penting bagaimana puan mengurus kesibukan itu.
Langkah seterusnya puan perlu membuat analisa yang manakah terbaik untuk puan. Puan menyatakan bahawa puan sudah tidak sanggup untuk meneruskan kerja di situ dan ingin membuka perniagaan jahitan. Puan perlu senaraikan apakah pulangan masa terdekat dan masa panjang sebelum puan memberikan keputusan tersebut. Senaraikan keuntungan dari pelbagai aspek termasuk sara hidup, masa dengan keluarga, masa depan puan dan juga peluang dan risiko yang bakal puan hadapi.
Sekiranya puan sudah mendapat keputusan tersebut:
Jika puan memilih meneruskan kerja, puan sebenarnya boleh mengurus kerja dengan baik. Apa yang dapat saya huraikan berkemungkinan penyusunan keutamaan kerja yang tidak tepat membuatkan puan menghadapi masalah apabila tugasan tersebut diperlukan. Tanyalah pada mereka yang berpengalaman di tempat kerja puan bagaimana untuk menguruskan kerja tersebut. Jangan malu kerana malu akan mengheret puan terus dalam tekanan. Dan jika berpeluang, hadiri kursus-kursus untuk tingkatkan kemahiran diri.
Dan jika puan memilih berhenti kerja, puan perlu fikirkan strategi untuk dapatkan wang sara hidup puan bagi menjaga keluarga. Buat sedikit homework tentang bagaimana puan nak memulakan perniagaan tersebut dan ingin mempelajari kemahiran jahitan. Puan juga perlu membina pelan pemasaran secepat mungkin untuk membantu puan dapat memulakan kehidupan baru dengan jahitan.
Berkenaan dengan solat istikharah, puan tidak boleh sekadar melakukannya sekali atau dua kali kemudian mengharapkan mendapat petunjuk. Teruskan solat tersebut. Kurang fokus juga menjadikan solat puan tidak kusyuk dan sedikit sebanyak mempengaruhi untuk mendapat petunjuk dari Allah. Tenangkan hati dan banyakkan istighfar. Andai ada ruang ambillah masa rehat untuk pulihkan kesihatan fizikal puan. Waallahu a’lam.




salam..
satu nasihat dan kaunseling yang amat baik sekali,semuga Allah s.w.t mengurniakan perubahan diri bagi mereka yang menerimanya dan di anugerah ketenangan jiwa pada semua sahabat..
alqaswa
Salam,
Satu point yang sungguh baik. Saya pun kadang2 rasa tertekan kerana bekerja dan rasa ingin duduk rumah jaga anak2. Tapi, bagaimana dengan saraan hidup? Memang perlu buat sedikit analisa sebelum membuat apa2 keputusan kerana ia boleh mempengaruhi kehidupan kita untuk jangkamasa panjang.
Terima kasih.
Semoga Tuhan permudahkan kehidupan Puan Norsuwaidah..Amin.
Al-Qaswa: Terima kasih atas pandangan. Saya sekadar cuba membantu. Mudah-mudahan Allah membantu mereka yang bertanyakan soalan tersebut.
Nozi: Salam Kak Nozi, bila nak cerita pasal kerja semua tak terlepas dari tekanan kerja. Ada yang dapat mengurus tekanan itu dikira baguslah, tapi tidak semua orang dapat menguruskan tekanan dengan baik. Jadi sedikit panduan dari orang lain amat diperlukan untuk menguatkan diri menghadapi tekanan.
Suri: Amin..sama-sama kita doakan.
Assalamualaikum
Pergantungan kepada Allah perlu ditingkatkan selain usaha dan doa
Banyak ilmu yang boleh didapati dari web ini dan semoga terus mencoretkan pena untuk kebaikan bersama
Haris: Waalaikum salam. Terima kasih Haris. Saya cuba yang terbaik untuk menulis demi kebaikan bersama.
Bersyukurlah kerana dapat menengani tekanan kerja, semua kita tidak lari daripada tekanan kerja, berkat usaha sendiri dan banyak membaca motavasi yang banyak ni dalam internet.
Ana: Alhamdulillah. Itu yang seronok saya baca dari komen ana. Setiap perkara pasti boleh diselesaikan asalkan ana sanggup menghadapinya. Fikirkan cara jangan lari dari masalah.