Tiada Kepuasan Dalam Bekerja
Posted by admin | Posted in Masalah Anda | Posted on 04-02-2010
6
Emel dari Balqis Shafey
Saya mempunyai masalah dalam kerjaya saya. Saya baru graduate pada tahun 2008. Saya adalah seorang dietitian yang baru sahaja bekerja tidak sampai setahun di dalam bidang ini. sebelum itu, saya pernah bekerja sebagai Nutritionist di sebuah syarikat swasta di KL.
Sekarang, saya merasakan kerjaya ini seperti tidak sesuai dengan saya. Sebenarnya saya berasa amat bersalah kerana sepanjang bekerja ini, saya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya. Mungkin kerana tiada minat yang luhur di dalam hati saya. Saya telah cuba berusaha bersungguh-sungguh, tetapi saya tidak dapat mencari kepuasan bekerja tersebut.
Bagaimanakah harus saya atasi masalah ini? Harap penulis dapat membantu saya. Saya juga tidak mahu terus-terusan berperasaan begini. Bagaimanakah ingin kita ketahui kerjaya yang paling sesuai dengan kita? Apakah yang patut saya buat dalam keadaan sekarang agar saya bermotivasi untuk memberi sepenuh kesungguhan dan minat?
Terima kasih.
Respon saya
Terima kasih kepada Balqis kerana ingin berkongsi masalah anda di sini. Sesungguhnya saya pasti masih ramai yang mempunyai masalah sebagaimana yang dihadapi Balqis. Saya juga turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi Balqis. Tidak minat bekerja sebenarnya ada beberapa punca. Seeloknya Balqis perlu menyenaraikan apakah yang menyebabkan Balqis kurang bersemangat untuk meneruskan kerja di situ. Saya cuba menyenaraikannya tetapi untuk lebih tetapi mungkin Balqis perlu menyenaraikannya sendiri kerana Balqis lebih memahami situasi yang dialami.
Tidak minat bekerja mempunyai banyak faktor, antaranya:
- Pengalaman dan kemahiran kerja yang kurang
- Berlaku konflik dengan rakan sekerja
- Potensi anda tidak kena pada tempat
- Suasana persekitaran yang tidak merangsang
- Kesukaran untuk pergi dan balik ke tempat kerja
Balqis perlu memahami situasi kerja dengan sebaik mungkin. Di usia baru masuk alam pekerjaan pastinya Balqis akan mengalami situasi-situasi di atas kerana masih belum mempunyai pengalaman yang cukup. Alam pekerjaan perlu ditempuh dengan berani kerana pengalaman kerja amat berguna untuk Balqis terus membina kerjaya di tempat lain. Jika Balqis merasakan sudah tidak sesuai meneruskan kerjaya di tempat sekarang, Balqis boleh berusaha membina kerjaya di tempat lain. Cuma perlu diingatkan bahawa kerja di tempat baru juga belum tentu situasinya sesuai dengan jiwa Balqis. Persediaan diri dari pelbagai aspek amat perlu untuk memahami tempat kerja yang baru.
Kepuasan bekerja hanya akan dapat dikecapi apabila Balqis dapat menggunakan sepenuh potensi yang ada dalam diri. Sentiasa melakukan yang terbaik. Namun di sini masalahnya ialah Balqis kurang bermotivasi. Seeloknya cari ruang waktu untuk rehatkan minda dan membina perancangan baru untuk lebih bersemangat di tempat kerja. Ingat kembali tujuan kenapa Balqis bekerja. Setiap kerja ada tujuan dan perkhidmatan untuk membantu orang lain. Balqis sebenarnya beruntung bekerja sebagai dietitian kerana berapa ramai mereka yang memerlukan nasihat untuk menjadikan kehidupan mereka sihat dan berkualiti.




Bagaimana pula kerja yang langsung tak berkaitan dengan pengajian yang dipelajari di pusat pengajian tinggi..mempengaruhi jugakah dalam erti kepuasan kerja?
salam along..
betul juga kata sesetengah orang.pokok pangkalnya hati mau ada baru ada fiil utk meneruskan kerja seharian. Kalu kerja yang sedia ada tidak sesuai pun maka kita kenalah cuba membiasakan diri pada keadaan tersebut. Insyallah rasa suka, cinta pada kerja akan wujud nanti..hehee..
salam, saya tertarik ayat ini
“Alam pekerjaan perlu ditempuh dengan berani kerana pengalaman kerja amat berguna untuk Balqis terus membina kerjaya di tempat lain. Jika Balqis merasakan sudah tidak sesuai meneruskan kerjaya di tempat sekarang, Balqis boleh berusaha membina kerjaya di tempat lain. Cuma perlu diingatkan bahawa kerja di tempat baru juga belum tentu situasinya sesuai dengan jiwa Balqis. Persediaan diri dari pelbagai aspek amat perlu untuk memahami tempat kerja yang baru.”
kerana saya juga pernah menghadapi masalah tersebut, bayangkan saya graduated pada tahun 2005, sehingga 2010 saya telah bertukar tmpt kerja sbyk 4 kali (tetapi yang ke-4 ini saya telah bekerja 2 tahun ++, insyallah mgkn akan bertahan lama). ada banyak sebab kenapa seseorang / saya sendiri yang berani bertukar2 tmpt keja. antara sebab saya:
1) First keja as Research Asisstant(1 thn 1/2)- pada asalnya nk samb master tetapi sangkut di pertengahan jalan krn masalah kewangan.
2) Motorola (as Test Engineer- 8 Bulan) – walaupun bertaraf MNC saya bertukar kerja jugak kerana tidak kena dgn minat (lebih suka pada programming sebab saya background comp science).
3) kerja ngan satu consultant -company kecil(1tahun)- ini mmg salah satu kerja gila yang saya berani buat , kerana masa tuh saya memerlukan pengalaman kerja as programmer .
4) kerja ngan salah sebuah GLC as Abaper (sudah 2 tahun), setakat ini kerja ini mencapai target saya bg mendapatkan kerja yang stabil, kena dgn minat.
kesimpulannya, hendak mencari kerjaya impian mmg berisiko tinggi, mujurlah sblm umur 30an , saya dapat bekerja dgn sebuah company yg stabil dan kena dgn minat. dah setakat ini alhamdulilah environment sgt menyenangkan.
Firdaus: Terima kasih banyak Firdaus. Komentar yang diberikan sangat positif. Sebenarnya saya sentiasa mengikuti perkembangan Firdaus di blog saya. Sebenarnya ramai orang yang inginkan kerja yang sesuai dengan minat. Memang itulah yang dicari untuk dapatkan kepuasan dalam bekerja. Tetapi seperti pengalaman Firdaus sendiri, berisiko untuk pindah kerja. Tetapi andai anda telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan maka tidak ada sebab untuk berhijrah dan mencari kerjaya yang lebih baik. Saya seronok kalau Firdaus dapat berkongsi pengalaman itu secara terperinci.
Suri: Kerja sepenuh hati akan memberikan hasil yang sangat baik. Untuk dapat kepuasan dalam kerja tidak dapat tidak perlu kombinasi antara minat dan kerja. Tanpa minat kerja tidak akan dilakukan dengan sepenuh skill. Setuju dengan Suri.
Enkha: Sebenarnya ramai di antara kita yang bekerja di luar bidang pengajian. Mengapa begitu? Banyak faktornya. Antaranya mungkin atas kehendak keluarga nak kita belajar bidang tertentu namun hakikatnya kita tidak minat langsung. Keduanya apa yang dipelajari tidak semestinya itu adalah gambaran masa depan kita. Ramai orang yang kreatif belajar hanya untuk menuntut ilmu sedangkan untuk kerjaya mereka sudah mampu membina landasan kerjaya sendiri. Harap dapat berikan Enkha sedikit info. Terima kasih atas pertanyaan