Melakukan Kesalahan Yang Sama
Insan pastinya akan melakukan kesilapan. Insan akan terus melakukan kesilapan kerana sifat kerdil dan lemah sememangnya ada pada insan. Melakukan kesilapan juga adalah sebahagian cara untuk kita memperbaiki diri kita sendiri. Namun apabila anda pernah melakukan kesilapan itu sudah pasti dalam hati anda bertekad tidak mahu melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua bukan. Selalunya kita akan merasakan sebegitu.
Tetapi adakalanya anda tidak mengambil pengajaran dari kesilapan anda sehinggakan anda terlupa dan mengakibatkan anda jatuh di dalam gaung kesalahan yang sama. Itu amat menyedihkan! Percayalah apabila anda jatuh di dalam lubang yang sama kesakitan dan kepedihannya jauh bezanya ketika jatuh kali pertama. Mengapa begitu?
Banyak sekali sebabnya. Kesalahan yang pertama anda lakukan kerana anda tidak mempunyai ilmu tentang perkara itu. Maka jika anda melakukannya ia adalah perkara normal kerana kurangnya ilmu terhadap perkara yang anda lakukan. Tetapi apabila anda melakukan kesalahan kali kedua, yang sangat menyedihkan ialah anda langsung tidak menggunakan ilmu dan pengalaman sewaktu anda melakukan kesilapan yang pertama. Sedangkan anda sudah mengetahui bahawa anda boleh mengelakkan diri dari melakukan kesalahan itu tetapi kerana diri yang tidak mahu meneliti kehidupan maka anda jatuh lagi di lubang yang sama di saat anda tahu di situ adalah tempat anda akan jatuh.
Begitulah juga dalam konteks kerja. Banyak kerja yang kita lakukan kesalahan, dan kesalahan kedua juga kita lakukan kerana tiada post mortem dan perancangan baru untuk mengatasinya. Nampak ianya sesuatu yang kecil tetapi impaknya begitu besar. Pepatah Melayu selalu menyebut “sekali terkena dua kali tahu.” Fikirkanlah.

saya setuju… kadangkala kita tak jadikan kesilapan pertama sebagai iktibar untuk tidak melakukan kesilapan kali kedua… pepatah melayu , pisang berbuah 2 kali.. jangan biarkan perkara buruk terjadi semula.. hm.. manusia selalu lupa dan alpa.. akibat kealpaan itulah kita selalu melakukan kesilapan.. tapi ada hikmahnya… bila kesilapan terjadi untuk kali kedua kita pasti akan lebih berhati2 dalam melakukan sesuatu…
Aida: Biasalah sebagai manusia kekadang satu pengajaran belu cukup untuk memberikan ruang perubahan pada diri mereka.
Saya setuju dengan apa yang diperkatakan. Ada kata-kata pujangga menyebut, “Kegagalan sebenar adalah melakukan kesilapan yang sama.” :)