Memahami Emosi (1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Adakah anda mengenali emosi diri anda sekarang? Apa emosi yang ada dalam diri anda? Sikar sebenarnya untuk memahami perasaan dan emosi diri dan orang lain. Jadi tidak hairanlah mereka yang berjaya adalah mereka yang mempunyai emosi positif dan kuat. Rasulullah s.a.w sendiri adalah contoh individu yang mempunyai ketahanan emosi yang tinggi. Menghadapi kehidupan penuh dengan cabaran.

Emosi sebagai anak

Selalunya emosi anak ingin disayangi dan dibelai. Jika mereka dikasihi sebaik mungkin mereka akan menjadi anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapa. Emosi anak-anak perlu diisi sepenuhnya. Anak-anak akan memberontak jika emosi mereka tidak stabil. Gejala anak-anak liar hari ini sedikit sebanyak berpunca dari emosi mereka yang tidak stabil.

Emosi sebagai ibu dan bapa

Ada sedikit perbezaan pada emosi orang dewasa berbanding anak-anak. LEbih-lebih lagi apabila memegang status sebagai ayah dan ibu. Semakin meningkat umur, mereka lebih sensitif terhadap banyak perkara. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan perlakuan anak-anak terhadap mereka. Mereka mudah merajuk dan minta belaian dari anak-anak. Sebab itu sebagai anak, perlu fahami keadaan ini agar mereka memahami apa yang didambakan oleh ayah dan ibu.