Memahami Emosi (2)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Memahami emosi pemarah
Setiap manusia Allah SWT berikan emosi marah dalam diri mereka. Hatta kepada orang bukan siuman pun mereka tetap mempunyai perasaan marah. Emosi marah bukan emosi yang tidak baik jika digunakan pada keadaan yang tepat. Emosi marah juga sebahagian daripada cara untuk menunjukkan ketegasan. Namun emosi ini menjadi negatif jika anda seorang yang panas baran. Panas baran sering kali membuatkan watak seorang pemarah lebih agresif dari marah yang biasa. Suka saya kongsikan bahawa ada empat kategori pemarah:
Cepat marah cepat sejuk
Jika anda seorang yang begini, anda masih mampu mengawal perasaan marah anda. Cuma ada kalanya anda tidak dapat menahannya lantas memberikan kesan pada orang lain. Bagusnya berkemungkinan anda akan lekas meminta maaf dan memaafkan orang lain, tidak perlu menunggu waktu yang lama.
Cepat marah lambat sejuk
Berhati-hati! Jangan sekali-kali naikkan kemarahan orang sebegini. Sangat bahaya! Kerana kemarahannya akan bertukar menjadi benci dan dendam kesumat. Apabila menjadi dua penyakit ini maka marah tadi akan menjadi barah yang akan sentiasa mengingatkan wajah yang dibenci. Mereka yang begini sukar untuk memaafkan orang lain. Kalau disuruh pergi meminta maaf, jauh langit dari bumi. Jiwa masyarakat Melayu banyak yang seperti ini. Awas!
Lambat marah lambat sejuk
Pada penelitian saya tidak ramai yang termasuk dalam kategori ini. Namun bila difikirkan bahaya juga kerana mereka tetap menyimpan marah yang lama pada anda. Bagusnya jangan sekali-kali untuk memaksanya menjadi pemarah. Mungkin kalau anda nak bergurau dengan mereka seperti ini jangan berlebih-lebihan. Sekali dia marah anda mungkin bermasalah untuk pulihkan hubungan persahabatan dengannya.
Lambat marah cepat sejuk
Wow! Tahniah jika anda adalah kategori ini. Bagi saya anda yang seperti ini adalah seorang yang penyabar dan juga pemaaf. Dua sifat ini akan menjadikan anda mudah didampingi oleh orang lain. Ramai orang suka berkawan dan minta pertolongan dari anda. Sejujurnya saya katakan anda akan mudah disayangi. Bukan senang nak jumpa mereka yang seperti ini dalam dunia sekarang.












Salam,
Manakah kategori saya ek. hehe..
Kalau jenis yang lambat marah, lambat sejuk memang bahaya. Sekali dia marah memang betul2 kow punyalah.hehe..
sara cepat marah & cepat sejuk..hehe
so perlu belajar jadi lambat marah cepat sejuk..kena belajar banyak beSABAR ni..
Kategori nombor 2 & 3 paling berbahaya. Pastinya orang yang cepat marah ni BP tinggi
Salam keindahan dari Indahkasihku.
Alhamdulillah.. mudahan Indah termasuk dalam golongan yang ke empat. Namun begitu, marah juga perlu ada tempatnya. jangan tidak marah langsung.. itu lagi bahaya. Maafkan Indah kalau bertanya, Tuan Motivasi Kerja pula masuk kategori mana ya ? :D
Nozi: Tahu takpe. Saya lebih takut pada kategori 2 berbanding yang ketiga kerana tika masih mampu mengelakkannya menjadi marah.
Sara: Samalah saya pun. Ayuh sama-sama berusaha!
IndahKasihku: Amboi! Mana aci bagi soalan cepumas. Rasanya saya masuk kategori cepat marah cepat sejuk. Tengah didik diri supaya lebih banyak bersabar untuk masuk kategori ketiga. Tapi cepat marah tidak bermakna panas baran tau!
SALAM..
jika suri..marah2 kejap je pastu ok semula..hehe..tak elok mrh2 nnti cpt tua..huhu..muka pun tak manis..
hmmm… aku kategori last kot… haha! Bajet tul! Tapi kalo marah, orang cakap kena pegi amik air semayang..
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar khususnya pada petikan ini,
“Sejujurnya saya katakan anda akan mudah disayangi. Bukan senang nak jumpa mereka yang seperti ini dalam dunia sekarang.”
Maka bertambahlah satu lagi impian…memburu impian untuk “lambat marah dan cepat sejuk”
Salam ceria & inspirasi
“Pray hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Suri: Kalau macam tu maknanya Suri juga kategori cepat marah dan cepat sejuk. Marah-marah bukan cepat tua, tapi cepat mati kena serangan jantung :)
Samanosuke: Wah! Bahaya juga tu..kena berpada-pada bergurau dengan awak. Sebab kalau dah marah, letupannya kuat juga.
Pemburu Impian: Satu pemburuan yang baik tu. Nak capai tahap ketiga maknanya sabar perlu ditingkatkan. Dan paling penting perlu jadi pemaaf barulah boleh jadi cepat sejuk.