Memahami Emosi Diri (3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pada entri saya yang lalu saya membicarakan tentang kategori emosi marah dalam diri manusia. Anda sendiri pasti sudah tahu di mana kategori anda. Marah jika terus dibiarkan akan memberikan buruk pada diri terutama pada tindakan. Tindak balas agresif pastinya akan mencetuskan suasana yang lebih tegang jika tiada usaha untuk meredakan kemarahan tersebut.

Marah boleh diumpamakan sebagai api yang sedang marak. Jangan sekali-kali anda cuba mencurahkan minyak kerana pastinya kemarahan akan menyebabkan konflik yang lebih teruk dan sukar dikawal. Oleh kerana itulah ketika mana sahabat Rasulullah datang meminta nasihat daripada baginda, Rasulullah berpesan “Jangan kamu marah! Jangan kamu marah! Jangan kamu marah! Tiga kali baginda mengulangi nasihat yang sama kepada sahabat. Menunjukkan bahawa kemarahan yang melampaui batas juga bahayanya sangat besar.

Berkemungkinan boleh tergelincir akidah jika marah dalam hal berkaitan agama. Kemungkinan juga boleh putus silaturahim, kadang-kadang penceraian perkahwinan juga boleh berlaku hanya disebabkan hati yang marah. Insya Allah akan datang akan menyusul bagaimana terapi merawat kemarahan.