Memiliki Keazaman Yang Kuat

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/11/mentol.jpg" alt="mentol" width="300" height="225" />Seorang saintis Barat dan juga seorang pereka Thomas Alva Edison bukanlah nama yang asing bagi kita. Saya tertarik dengan kata-kata Edison:

“Genius itu 1% inspirasi dan 99% keringat.”

Pendek sahaja kata-kata motivasi ini tetapi sudah memadai untuk kita menggali maksudnya. Keazaman yang kuat amat penting untuk berjaya. Keazaman yang kuat akan mendorong untuk terus berusaha dan berusaha sehingga berjaya. Tetapi perlu diingat juga bahawa azam sahaja tidak akan membawa apa-apa kesan melaiankan ia diikuti dengan usaha yang kuat. Cuma azam menjadi titik mula untuk anda memulakan usaha yang berterusan.

Kata-kata Edison ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya seorang yang tidak kenal erti putus asa. Selepas beliau berjaya mencipta lampu elektrik beliau pernah berkata: “Saya tidak gagal. Saya hanya menemui 10000 cara yang tidak mendatangkan hasil.”