Memiliki Kualiti Diri (2)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Nilai diri anda akan menjadi lebih mahal apabila anda menyedari pentingnya diri mempunyai kualiti dalam setiap aspek kehidupan. Hanya kerana itu dalam apa cara sekalipun anda perlu meningkatkan dan cuba untuk membina kualiti diri.
Selain dari aspek kualiti iman yang menjadi tunjang kepada kualiti seorang hamba Allah, ilmu adalah menjadi unsur kedua paling penting dalam meletakkan seseorang itu berkualiti atau tidak. Lihat saja dunia menilai manusia dengan sekeping sijil atau segulung ijazah hanya kerana ingin meletakkan seseorang itu mempunyai tanda aras dalam ilmu. Inilah yang menjadi prinsip pertama yang Allah SWT ajarkan kepada baginda Rasulullah.
Iqra’ menjadi teras utama dalam memastikan proses ilmu berlaku. Iqra’ akan membebaskan kejahilan yang bersarang dalam minda dan arus pemikiran yang tidak baik. Lebih-lebih dalam arus globalisasi seperti sekarang, kehidupan yang memerlukan informasi pastinya anda akan tidak mampu mengejar zaman jika anda masih tenggelam dalam budaya tidak mahu membaca.
Kualiti ilmu bukan hanya dilihat dari sudut sejauh mana input yang anda dapat untuk diri, sebaliknya perlu diukur berdasarkan sedauh mana yang dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar. Jika anda seorang pekerja pastikan ilmu-ilmu yang diperolehi dikongsikan kepada orang lain dan juga diamalkan setiap masa.













Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar khususnya pada petikan ini,
“Kualiti ilmu bukan hanya dilihat dari sudut sejauh mana input yang anda dapat untuk diri, sebaliknya perlu diukur berdasarkan sedauh mana yang dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar. ”
Benar, hanya tindakan yang membuahkan hasil…”
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Memang benar kualiti diri terletak pada diri sendiri. Terpulang bagaimana seseorang itu menjadikan dirinya berkualiti. Bukan terhad di rumah sahaja tetapi diaplikasikan di tempat kerja dan juga di mana jua seseorang itu berada. Apa keadaan pun kualiti diri diukur sejauh mana diaplikasikan dalam dunia sebenar.
Sesungguhnya kualiti diri tidak perlu diarah atau dipaksa. Ia akan terserlah dan arahan sesiapapun sekiranya seseorang itu faham apa itu kualiti kehidupan dan diri.
Salam ceria