Mengalami Stres Di Tempat Kerja
Emel dari Norsuwaidah
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Motivasi Kerja kerana beri peluang untuk saya ingin mendapatkan motivasi dan pandangan dari pihak tuan.
Saya mengalami stres di tempat kerja sejak akhir-akhir ini sehingga membawa saya untuk berhenti kerja. Untuk pengetahuan pihak tuan saya adalah seorg balu yg hampir setahun kematian suami. Jadi saya pulang ke kampung dan bekerja di badan berkanun. Di sini kerja terlalu banyak sehingga saya tidak bijak untuk membahagi masa utk membuat kerja saya. Dengan tekanan yang ada ditambah pula stres kerja, saya hampir tidak bersemangat untuk bekerja. Saya menjadi benci dengan kerja-kerja yang saya lakukan. Saya jadi tidak sabar.
Apabila saya ceritakan pada ibu saya, dia bersedia sahaja untuk saya berhenti kerja. Saya bercadang ingin belajar menjahit dn mengambil tempahan di rumah sahaja. Lagipun saya ingin memberi tumpuan kepada anak saya yang masih kecil. Untuk pengetahuan tuan, saya mengalami stres sehingga tidak lalu makan dan sukar untuk tidur. Berat badan saya kian menurun. Saya tidak mampu lagi menanggung semua ini. Saya ada membuat sembahyang istikharah utk diberi petunjuk tapi masih kabur.
Respon saya
Salam sejahtera untuk puan yang sudi menghantarkan emel kepada saya. Daripada masalah yang puan berikan ini jelas sekali puan berada dalam keadaan stres yang tinggi. Memang apabila puan mengalami stres yang tinggi puan akan mendapat tanda-tanda berikut:
- kemurungan
- tidak lena tidur
- tidak dapat mengawal emosi
- sukar menyelesaikan masalah
- prestasi kerja merosot
- selera makan bertambah atau berkurang
- kurang idea
- berubah kelakuan
- tidak fokus
Langkah pertama puan perlu berhadapan dengan masalah ini. Lari dari masalah akan membuatkan puan akan terus tidak dapat menangani tekanan. Perlu difahami bahawa semua kerja mempunyai kesibukan dan kerja yang banyak. Cuma yang penting bagaimana puan mengurus kesibukan itu.
Langkah seterusnya puan perlu membuat analisa yang manakah terbaik untuk puan. Puan menyatakan bahawa puan sudah tidak sanggup untuk meneruskan kerja di situ dan ingin membuka perniagaan jahitan. Puan perlu senaraikan apakah pulangan masa terdekat dan masa panjang sebelum puan memberikan keputusan tersebut. Senaraikan keuntungan dari pelbagai aspek termasuk sara hidup, masa dengan keluarga, masa depan puan dan juga peluang dan risiko yang bakal puan hadapi.
Sekiranya puan sudah mendapat keputusan tersebut:
Jika puan memilih meneruskan kerja, puan sebenarnya boleh mengurus kerja dengan baik. Apa yang dapat saya huraikan berkemungkinan penyusunan keutamaan kerja yang tidak tepat membuatkan puan menghadapi masalah apabila tugasan tersebut diperlukan. Tanyalah pada mereka yang berpengalaman di tempat kerja puan bagaimana untuk menguruskan kerja tersebut. Jangan malu kerana malu akan mengheret puan terus dalam tekanan. Dan jika berpeluang, hadiri kursus-kursus untuk tingkatkan kemahiran diri.
Dan jika puan memilih berhenti kerja, puan perlu fikirkan strategi untuk dapatkan wang sara hidup puan bagi menjaga keluarga. Buat sedikit homework tentang bagaimana puan nak memulakan perniagaan tersebut dan ingin mempelajari kemahiran jahitan. Puan juga perlu membina pelan pemasaran secepat mungkin untuk membantu puan dapat memulakan kehidupan baru dengan jahitan.
Berkenaan dengan solat istikharah, puan tidak boleh sekadar melakukannya sekali atau dua kali kemudian mengharapkan mendapat petunjuk. Teruskan solat tersebut. Kurang fokus juga menjadikan solat puan tidak kusyuk dan sedikit sebanyak mempengaruhi untuk mendapat petunjuk dari Allah. Tenangkan hati dan banyakkan istighfar. Andai ada ruang ambillah masa rehat untuk pulihkan kesihatan fizikal puan. Waallahu a’lam.












salam..
satu nasihat dan kaunseling yang amat baik sekali,semuga Allah s.w.t mengurniakan perubahan diri bagi mereka yang menerimanya dan di anugerah ketenangan jiwa pada semua sahabat..
alqaswa
Salam,
Satu point yang sungguh baik. Saya pun kadang2 rasa tertekan kerana bekerja dan rasa ingin duduk rumah jaga anak2. Tapi, bagaimana dengan saraan hidup? Memang perlu buat sedikit analisa sebelum membuat apa2 keputusan kerana ia boleh mempengaruhi kehidupan kita untuk jangkamasa panjang.
Terima kasih.
Semoga Tuhan permudahkan kehidupan Puan Norsuwaidah..Amin.
Al-Qaswa: Terima kasih atas pandangan. Saya sekadar cuba membantu. Mudah-mudahan Allah membantu mereka yang bertanyakan soalan tersebut.
Nozi: Salam Kak Nozi, bila nak cerita pasal kerja semua tak terlepas dari tekanan kerja. Ada yang dapat mengurus tekanan itu dikira baguslah, tapi tidak semua orang dapat menguruskan tekanan dengan baik. Jadi sedikit panduan dari orang lain amat diperlukan untuk menguatkan diri menghadapi tekanan.
Suri: Amin..sama-sama kita doakan.
Assalamualaikum
Pergantungan kepada Allah perlu ditingkatkan selain usaha dan doa
Banyak ilmu yang boleh didapati dari web ini dan semoga terus mencoretkan pena untuk kebaikan bersama
Haris: Waalaikum salam. Terima kasih Haris. Saya cuba yang terbaik untuk menulis demi kebaikan bersama.
Bersyukurlah kerana dapat menengani tekanan kerja, semua kita tidak lari daripada tekanan kerja, berkat usaha sendiri dan banyak membaca motavasi yang banyak ni dalam internet.
Ana: Alhamdulillah. Itu yang seronok saya baca dari komen ana. Setiap perkara pasti boleh diselesaikan asalkan ana sanggup menghadapinya. Fikirkan cara jangan lari dari masalah.
salam, sy pun mengalami mslh yg sm.. Skarang ni asyik nak marah,nangis semua ada. Nak kuar rumah pun masi igt keja.. Jalan say pun sm, bisnes.. Tp sblm sy kuar dr bidang ini sy mantapkan perniagaan sy,dan kemudian pd thn ni bhenti keja dan fokus dlm bidang perniagaan. Doakan sy bjaya di dunia dan akhirat. Amin
assalamualaikum…
saya teringin untuk share masalah saya di tempat kerja. disebabkan saya tiada tempat untuk mengadu, dan saya pilih ruang ini untuk melepaskan beban tekanan yang saya hadapi.
saya bekerja dengan syarikat swasta baru 4 bulan. di opis ada seorang perempuan, kawan sekelas masa study tp tidak la serapat mana coz dia diberhentikan. saya tak pasti mau salahkan siapa dalam kes saya ni tapi hati saya mengatakan perempuan itulah penyebab saya dimarahi bos.
saya tidak pastilah kenapa dia tak puas hati, sedangkan kami bersebelahan duduk tapi langsung tidak bertegur sapa.
tersangat tekanan dan kadang tesangat ingin berhenti kerja tapi disebabkan ada tanggungjawab di bahu kiri dan kanan saya, saya terpaksa memilih untuk bertahan sehingga saya mendapat peluang kerja yang lain. kami tinggal serumah tapi berlainan bilik. mungkin disebabkan saya jarang bergaul. tapi saya ada alasan yang kukuh kenapa saya tidak bergaul mesra dengan housemate saya.
saya minta sangat-sangat agar saya tidak la kekal untuk berkhidmat di syarikat ini dan berharap siapa dalang yang menyebabkan saya jadi mangsa kepada bos akan menerima balasan dari Allah S.W.T.. kerana saya tahu, Allah S.W.T itu adil dan tau siapa yang salah, siapa yang betul. Amin InsyaAllah…
Ct: Waalaikum salam. Jelas sekali masalah CT bermula kerana tiada komunikasi berlaku antara CT dan rakan serumah. apabila tiada komunikasi berlaku dalam hubungan sama ada sebagai kawan atau rakan sekerja maka masalah dan salah sangka akan muda berlaku. Jika CT merasakan ada sebab untuk tidak berkawan dengan dia..maka teman serumah itu juga mempunyai alasan yang sama untuk tidak bertegur sapa dengan CT. Dalam situasi ini adalah lebih baik untuk cuba menyelesaikan punca kepada masalah iaitu tiada komunikasi antara teman serumah dan teman sekerja. Walaupun agak sukar untuk memulakannya..namun tidak mustahil untuk melakukannya kerana masalah seumpama ini bukan CT sahaja yang mengalaminya. Dan nasihat yang sama juga saya tuliskan untuk mereka. Selamat mencuba.
wujudkan komunikasi antara anda dan housemate…mgkin dia juga berperasaan spt anda…jgn buat dosa dan menanggung masalah yang tak tau puncanya…komunikasi dan perbincangan adalah jalan terbaik..semoga sucsess
assalamualaikum….
saya mempunyai masalh ditempat keje…baru2 ini sy baru bertukar keje…masuk ditempat baru ari ke 2 sy dimarahi oleh rakan sekerja kerana apa yg beliau ajar tidak boleh saya fahami,carany suka mara2 dah buat sy takot untuk membuat kj …takot apa yg sy buat salah…sy x keyakinan diri..rasa lemah dah ingin berhenti tudak mahu terus kn keje skrg ni…
salam…
sy bharap puan perjalanan hidup puan dipermudahkan oleh Nya.Sy berminat dalam mengkaji stress dan kesannya dikalangan pegawai kerajaan, pegawai swasta serta orang awam. Memandangkan sy masih dlm peringkat kajian masalah puan ini telah mdorong diri sy bjumpa orang spt puan. Kajian sy lebih menjurus kpd kesannya apabila stress. Sy amat bharap kajian ini akan menjadi nyata sebab kajian ini merupakan tajuk thesis sy utk tahun akhir sy di UIAM Gombak. Cuma nasihat dr sy agar puan tidak mnjauhi diri dgn org skeliling,bykkan aktiviti riadah dan selalu bdoa pdNya.Semoga berjaya..Amin