Mengenali Potensi Diri (5)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Membentuk potensi yang luar biasa
Potensi diri adalah sesuatu yang luar biasa bagi anda. Ramai yang tidak menyedari bahawa bakat dan kelebihan yang dianugerahkan Allah adalah menunjukkan perbezaan dan keunikan anda berbanding orang lain. Sayangnya apabila Allah SWT sudah memberi peluang kepada anda untuk menyerlah tetapi anda pula tidak mengambil peluang itu.
Saya mengambil satu contoh mudah. Cuba anda saksikan klip video ini.
Saya pasti ramai yang dapat menimbang bola. Tetapi tidak ramai yang mampu melakukan sebagaimana aksi dalam klip video ini. Kemahiran menimbang bola ini boleh dilatih, namun apa yang perlu anda pelajari ialah bagaimana anda mula membentuk sesuatu yang luar biasa dari potensi anda. Gaya menimbang bola yang anda lihat ini jika anda sedari telah dibentuk gaya yang luar biasa.
Kemahiran asas hanyalah menimbang bola. Tetapi setelah potensi ini diluarbiasakan (istilah saya sendiri) maka anda lihatlah hasilnya. Saya pasti anda menyebut, “Wow! Memang menakjubkan!”

wow..mmg insane!!
salam jumaat..
benar tu.setiap insan ada potensi untuk majukan diri sendiri.tapi apapun ia terpulangkah pada seseorang individu itu sendiri sama mahu menggilapkannya atau tidak.tapi yang pasi bila kita tahu nilai sebenar akan potensi kita Insyallah sudah pasti kita akan lebih bijak menghargainya..
Assalaamu’alaikum
Alhamdulillah… satu titipan video yang sungguh mengkagumkan Along. Thanks. membuat akak jadi bersemangat untuk mempunyai skill yang luar biasa dari orang lain.
Akak menontonnya banyak kali sambil berfikir bagaimana kemahiran yang luar biasa seperti dalam video, dapat dilakukan dengan mudah, menarik, menakjub dan pasti membanggakan kepada yang melakukannya.
Manusia semuanya telah dianugerahi dengan potensi yang sesuai dengan dirinya. Mahu atau tidak sahaja yang menentukan perubahan itu berlaku dan wujudnya peningkatan dalam kehidupan sseorang. Jika kita sanggup meredah segala halangan, maka kita akan menemui jalan keluar serta kepuasan.
Hendak menjadi seorang juara sangat mudah kalau kita positif ke arah. Sifat seorang juara tidak sama kualitinya dengan manusia biasa. Potensinya lebih terserlah jika diasah, dipupuk dan diyakini bahawa diri boleh melakukannya.
Manusia yang tahu menggunakan potensi dirinya pasti akan kelihatan unik dari cara fikir, gaya tampil, bahasa yang diadun dan komunikasinya dengan manusia lain. Mudahan kita memperolehi manfaat dari apa yang dipersembahkan melalui video ini.
Selalu ada doa untuk kejayaan dan kebahagiaan Along dari akak. Salam mesra dari akak di Sarikei, Sarawak.
Yakin dengan diri sendiri disertai dengan usaha…Perkara yang mustahil mampu dilakukan =)
Sungguh menarik entri ini.
Jika potensi yang kita miliki tidak kita sedari pasti kita tidak mampu menyerlahkannya dan semuanya akan luput dan tenggelam begitu sahaja.
Kak Siti: Terima kasih kerana respon yang baik. Setuju bila akak beritahu bahawa jiwa insan berpotensi amat berbeza dengan orang biasa.
Macam Shaolin Soccer jer aku tgk…
Izo: Aku pun tengok gitu gok. Mungkin Stephen Chow dapat ilham dari budak-budak ni kot.
Kak Long Mawar Merah: Memang gitulah hakikatnya. Ramai di antara kita tidak menggunakan potensi diri. Bahkan yang lebih sedih tidak tahu pun bahawa dirinya berpotensi.