Mengenali Potensi Diri

“Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.” – Charles Cahier

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/12/potensi-diri.jpg" alt="potensi-diri" width="400" height="300" />

Hebatnya mereka yang mempunyai kelebihan. Begitulah momentum seorang yang mempunyai kelebihan dalam diri mereka. Mengetahui potensi diri akan meletakkan anda di laluan yang betul untuk anda mencapai apa yang anda inginkan. Anda tahu bagaimana menggunakan segala kelebihan diri untuk mencapai apa yang anda inginkan. Nampak mudah bukan?

Mudah jika anda tahu bagaimana menggunakan potensi anda. Selalu yang berlaku anda tidak kenal diri anda. Anda gagal menyelami bakat diri anda.

Potensi diri amat penting untuk membantu anda merealisasikan impian anda. Skop potensi diri tidak hanya terikat kepada kemahiran-kemahiran fizikal yang tertentu sahaja. Umumnya segala yang positif tentang diri anda sebenarnya dalah potensi yang Allah anugerahkan kepada anda. Skill luaran semata-mata tidak akan membawa erti jika anda seorang yang tidak konsisten dan bermatlamat. Begitu juga jika anda seorang yang berbakat dalam penulisan  juga belum tentu menyerlahkan siapa diri anda jika anda tidak mempunyai kesabaran. Potensi perlu menggabungkan kesemua sesuatu yang positif dalam diri anda. Itulah nilai potensi diri anda sebenar.