Menghadapi Bos Yang ‘Bossy’

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/11/im_not_bossy.jpg" alt="im_not_bossy" width="225" height="225" />Jika anda bekerja sebagai orang bawahan sudah pasti anda akan selalu berhadapan dengan orang atasan anda ataupun anda panggil bos. Seringkali kita rasa takut untuk berdepan dengan bos yang mempunyai pelbagai ragam yang memeningkan kepala. Lebih-lebih lagi bos yang ‘bossy’. Anda faham maksud ‘bossy’? Bos yang terlalu menunjukkan sifat-sifat dirinya sebagai bos. Bos seperti ini banyak sekali memberikan arahan kepada anda sehinggakan anda mula pening untuk melakukan kerja-kerja yang dimintanya.

Sifat bos sebegini selalunya ditambah lagi dengan satu lagi sifat inginkan kesempurnaan iaitu ‘perfectionist’. Memang amat sukar menghadapi bos yang sebegini. Seringkali anda dilanda tekanan untuk bertemu dengannya. Mulutnya sahaja tidak akan berhenti memberikan arahan itu dan ini dan dalam masa yang sama anda akan mendengar kritikan demi kritikan atas apa yang anda lakukan sama ada kerja anda lakukan itu baik atau tidak baik.

Bagaimana hendak menghadapi bos seumpama ini? Daripada anda terus rasa pening dengan perangainya, lebih baik anda mengkaji bagaimana cara untuk anda membina hubungan baik dengan bos anda. Sebenarnya bos sebegini banyak kelemahan pada dirinya. Cuma yang susahnya dia tidak nampak di mana kelemahan tersebut. Dan kalau nampak pun kelemahan itu bos anda akan menudingkan kesalahan itu pada orang lain. Orang lain akan menanggung kesilapan itu.

Anda boleh cuba cara ini:

  • Ikut iupan angin (mood)
    Bunyinya seakan pelik bukan? Seorang bos yang ‘bossy’ sudah tentu ada anginnya sendiri. Setiap katanya jangan dibantah. Membantah bermakna anda menyekat angin bos anda. Bila angin tersekat sahaja alamatnya melentinglah dia. Apa anda perlu lakukan biarkan sahaja bos anda begitu. Andai bos anda memberi cadangan iyakan sahaja. Biar dirinya terus melambung. Bos anda akan baik dengan anda kerana anda sentiasa mengiyakan kata-katanya.
  • Selalu sebut kebaikan bos anda di hadapan orang lain
    Percayalah cakap saya jika anda mampu melakukan seumpama ini anda memang mampu menundukkan bos anda yang ego. Seeloknya anda satu pejabat berpakat untuk buat sebegini. Barulah bos anda sentiasa dalam mood yang baik. Bila moodnya baik anda mudah memberikan cadangan. Hilang terus sifat bossynya.
  • Cari apa kesukaan bos anda
    Setiap orang pasti mempunyai minat. Minat ini akan lebih hebat bila diransang. Jadi apa salahnya anda melihat apa kesukaan bos anda. Baik dari sudut makanan,warna, wangian,susun atur pejabat dan perkara-perkara yang lain. Anda belikan apa yang bos anda sukai. Hadiahkan apa yang disukainya. Kalau boleh semua di pejabat lakukan perkara yang sama. Barulah anda tidak dilabelkan pembodek. Jangan sekali-kali lupa hari jadinya. Insya Allah lama-lama bos anda akan berubah.
  • Selalu gunakan ayat “Saya buat apa yang bos suruh”
    Kalau boleh amalkan ayat ini biar sebati dengan jiwa anda. Anggap macam wirid di pejabat pun takpe. Kenapa perlu cakap begini? Percayalah bos anda juga manusia. Adakalanya dia terlupa juga. Andai masa itu berlaku masalah dan bos anda mula memarahi anda, jangan bertangguh gunakan ayat ini. Apa bos anda rasa? Sudah pasti bos anda akan terasa seperti pulang paku buah keras. Maknanya kesalahan tu dari dirinya. Kalau selalu berlaku begini lama kelamaan proses ini akan membuatkan bos anda mula berfikir 2 kali dalam tiap-tiap yang dilakukan.