Menghilangkan Rasa Segan Dan Malu
Pernah perkara-perkara begini berlaku pada anda apabila kali pertama berhadapan dengan orang lain: badan berpeluh, anda tidak tahu apa yang sedang anda cakapkan, lidah kelu bila ingin memulakan bicara dan anda juga mungkin nampak kemerah-merahan di pipi kerana segan.
Rasa segan dan malu ketika kali pertama bertemu sememangnya adalah sifat biasa bagi sesiapa pun. Malu ini jugalah menjadi sebahagian iman dalam jiwa muslim. Tetapi malu juga perlu kena pada tempatnya.
Jika anda bekerja sebagai seorang promoter, pegawai pemasaran, pramugari atau pegawai perhubungan awam atau apa jua kerja anda yang melibatkan anda perlu berkomunikasi dengan orang lain sudah pasti sikap malu dan penyegan ini akan menghalang anda untuk membina hubungan yang baik dengan klien.
Beberapa langkah yang boleh anda praktikkan:
Berhenti memikirkan tentang diri sendiri tetapi fikirkan tentang orang lain
Sampai bila kalau anda asyik menilik kekurangan yang ada pada diri anda! Sedangkan anda setiap hari akan bertemu dengan orang lain, maka jika rasa segan dan malu terus menyelubungi diri anda bagaimana anda akan memulakan kerja anda. Apabila anda ingin bertemu dengan orang lain anda perlu fokus, dengan siapa anda bertemu? apa statusnya? apa jawatannya? apa yang dia suka untuk berbual dengan anda? Jangan hanya memikirkan keadaan diri anda ketika itu kerana itu semua akan membekukan anda untuk memulakan bicara. Perlu berikan perhatian atas apa yang diperkatakan.
Sedikit kesukaran untuk mengubah pemikiran menjadi positif apabila anda dalam situasi malu. Tetapi sebenarnya apa yang perlu anda lakukan ialah bayangkan situasi yang baik ketika anda akan bertemu dengan klien anda. Buangkan segala kata-kata atau minda yang cuba menyebut bahawa “saya lemah” atau “saya sebenarnya malu” kerana ini semua akan membunuh keyakinan yang cuba anda bina.
Terima kekurangan dan kritikan
Tidak semua orang akan menyukai anda pada pertemuan petama anda bersama mereka. Itu adalah fakta kehidupan yang perlu anda terima. Jadi andai ada kekurangan dan kritikan dari orang lain anda seharusnya mengambil kritikan itu untuk meningkatkan penampilan dan dan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Perbanyakkan aktiviti sosial
Dengan erti kata anda kena perbanyakkan berjumpa kawan-kawan, cuba menyertai aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan atau terlibat dengan NGO atau persatuan kebajikan bagi melatih diri anda untuk terus membiasakan diri bersama orang lain yang baru anda kenali.













Posting nie ada kena mengena ngan saya juga..
Sy akan jadi berpeluh, tak tahu apa yang hendak sy cakapkan, lidah kelu dll apabila berhadapan dengan audien perempuan. Sy malu sket ngan orang ppuan.
Admin ada tips tak? :D
Izo: Anda mungkin perlukan topik untuk berbicara. Banyak topik yang boleh anda mulakan untuk berbicara seperti berkaitan dengan sesuatu yang anda tahu banyak info untuk bercakap mengenainya seperti komputer, IT, blog atau apa saja.
mas saya 1 mingu ini selalu merasa malu apa bila aku mengingat besok pada hari senen karena besok hari senin itu aku di suru menjadi pemimpin upacara pengibaran bendera merah puti di sekolah…….
saya takut apabila saya salah mengucapkan kata2nya dan langka2nya……..
saya malu apabila di ketawain sama teman2…….apalagi ini adalah hal pertama kali Q menjadi pemimpin upacara………….
bagaimana ya mas cara untuk menghilangkan rasa malu ini,karena hal tersebut liburan Q menjadi kacau karena ku selalu mengingat2 hari tersebut tiba……,rasa malu itu menghantui ku…….dan membuat hari dimana pelaksanaannya menjadi sangat cepat….tp Q selalu merasa hatiku ini belom siap….
kadang2 q berfikir untuk tidak masuk sekolah pada hari itu tp ku takut pabilah Q gak masuk…..bagaimana nasip ku besoknya apabila Q masuk sekolah……pasti temn2 pada mengejek ku habis2 san…………….
mas bagaimana yg harus aku lakukan ini………aku bingung…..
mas tolong berikan motifasi buat aku biar rasa malu ini hilang
Zumroni: Makasih atas komentar yang amat saya nanti-nantikan. Memang kali pertama berada di hadapan orang ramai akan merasa malu dan segan. Lebih-lebih lagi untuk berucap dan berkata-kata. Percayalah anda pasti bisa melakukannya kerana itu anda dipilih untuk menjadi pemimpin. Langkah pertama buat teks supaya pengucapan lebih lancar..selalu ulangkannya dan latih di hadapan cermin..semasa hari upacara anda perlu lihat semua pelajar di hadapan anda untuk menghilangkan rasa gugup dan malu..percayalah mereka juga sebenarnya gugup dan malu apabila anda melihat mereka satu persatu..pastikan berdiri tegak..kerana berdiri tegak nampak keyakinan diri anda..berucap dengan suara lantap..jangan fikirkan perkara yang negatif..sebaliknya fikirkan untuk melakukan yang terbaik..percayalah selepas 5 minit anda di hadapan gugup akan hilang serta merta..
assalamualaikum..saya tertarik dgn artikel ni kerana ia ada berkaitan dgn dri saya..actually,saya xtau kenapa dgn dri saya..saya sgt malu dan segan dgn org lain..sebagai contoh saya telah masuk kelab silat,semasa latihan, pengajar mesti akan melihat cara kita mempelajari silat tu kan..tapi saya rase sgt malu sehingga menyebabkan saya hilang fokus dan menjadi gelabah..saya juga seorg yg aktif bersukan..saya ingin sgt bermain bola jaring dan menjadi wakil untuk pertandingn,tapi disebabkan masalah saya yg malu untuk memghadiri pemilihan pemain menyebabkan saya x dapat pergi bertanding..disebabkan persaan malu ni saya menjadi tertekan dan sedih..saya x tahu cara macam mana nak kurangkan perasan malu ni..saya teringin sangat nak menglibatkan dri dalam pelbagai aktiviti universiti secara aktif tapi saya malu untuk memulakan langkah awal…saya sekarang ini masih belajar di universiti,saya takut sifat malu yg berlebihan ni akan mendatangkan keburukan pada kerjaya saya selepas tamat pengajian nanti..saya harap admin boleh memberi pendapat..
saya tak tahu nak cakap apa bila dia depan khalayak ramai……
sy bru je ingin menceburi bidang kulinari ni…arap impian sy yg selama ini bermain di fikiran boleh menjadi kenyataan…kerjaya sebagai chef ni amat sy minati…doakan lh sy supya dpt mencpai impian tersebut….TUNGGU SAYA AKAN GEGARKAN DUNIA…..