Metodologi Menangani Stres (5)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Terapi Al-Quran
Kajian Barat untuk menghilangkan rasa stres anda perlu pergi ke tempat yang tinggi kemudian bertempik sekuat hati dan luahkan apa yang terbuku di hati. Cara ini dikaji berkesan oleh Barat. Namun saya melihat kaedah seumpama ini tidak membawa ketenangan dan kekuatan dalam diri melainkan hanya merasa lega untuk tempoh tertentu sahaja.
Dalam agama kita, stres adalah satu bentuk ujian ketahanan diri dari Allah SWT. Maka logiknya sudah tentu ujian ketahanan ini memerlukan kita semua kembali membina hubungan erat dengan Allah SWT. Antara cara yang boleh anda lakukan, terapi diri anda dengan Al-Quran. Ada sedikit perbezaan baca Al-Quran dan terapi Al-Quran. Terapi menjadikan Al-Quran sebagai ubat penenang kepada diri anda.
Tidak dapat tidak anda perlu sentiasa berdampingan dengan Al-Quran. Bacanya dengan terjemahan dan tafsirnya sekali. Allah SWT menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat maka jangan tanya pada saya apa kaitannya baca Al-Quran dan menangani stres? Al-Quran banyak menceritakan tentang ujian hidup yang boleh menjadikan diri anda kuat dan dekat dengan Allah SWT.

Tepat dan jitu. Ketenangan itu adalah berada di sisi Allah swt. Membaca al-Quran sebagai salah satu alternatif yang banyak dalam Islam selain solat, zikir dan melakukan amal baik yang berlandaskan syariat. Terapi al-Quran punya daya kekuatan untuk memandu hati dan jiwa yang resah.
Namun kini, berapa ramai umat Islam yang membaca al-Quran sebagai penawar hatinya ? Rata-ratanya suka menjadikan hiburan sebagai mencari ketenangan jiwanya.
Wahai jiwa yang resah, kembalilah kepada Tuhanmu yang sentiasa ada di sisimu untuk kau luahkan segala pengaduanmu padaNya. Mudahan Indah dan semua kita yang sedar termasuk dalam golongan yang dikurniakan kebaikan dalam mencari ketenangan diri.
Salam keindahan dari IndahKasihku.
semenjak 2 ni selalu baca blog ni. boleh tak banyakkan kongsi tips dan motivasi membahagi masa dengan baik bagi seorang pekerja di siang hari & usahawan internet di malam hari, terima kasih. subscribed!
Bagi saya, tengok tc sudah memadai untuk menangani stress =)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua…
Permasalahan serta penyelesaian stres adalah bergantung kepada setiap individu itu sendiri.
Stres terbahagi kepada 3 iaitu stress pemikiran, stres fizikal dan juga stres emosi (rohani).
Setiap seseorang yang mempunyai stres seharusnya mengetahui punca kenapa berlkunya stres dan sememangnya perlu merujuk seseorang yang benar-benar berkepakaran untuk menentukan punca serta memberikan panduan bagaimana untuk menyelesaikannya.
Contohnya, untuk permasalahan En Naz. Masalah tuan mungkin bekaitan dengan ketiga-tiga stres yang saya maklumkan tadi.
Membuat kerja sehingga lewat malam menyebabkan ketiga-tiga punca nya iatu fizikal, pemikiran serta juga emosi terganggu. Bila kerja lebih masa badan tuan akan merasa amat penat dan setiap anggota yang terlibat akan menjadi lesu kurang bertenaga. Tuan akan banyak menggunakan pemikiran dalam membuat kerja-kerja tersebut menyebabkan otak juga menjadi lesu dan seterusnya sebagai manusia biasa kedua-dua kelesuan tersebut ditambah mungkin masih tidak mencukupi apa yang ingin dicapai menyebabkan faktor emosi pula yang akan terganggu.
Maka sebagai manusia biasa tetapi berkehendak, tuan seharusnya membuat perancangan kehidupan dan pencapaian setakat mana atau banyak mana dan selama mana tuan ingin memperolehi kejayaan tersebut.
Hasil dari menyeimbangkan kembali kehidupan tuan setelah sesuatu itu dicapai, maka penyesuaian badan, otak serta emosi membolehkan tuan bekerja mengikut apa yang telah dirancang dan dicapai.
Jika kita sebagai orang Islam, kelebihannya adalah bersyukur dengan rezki yang kita perolehi di atas usaha yang telah kita cuba sedaya upaya tersebut. Tetapi jika kita faham akan konsep tauhid, maka kita akan berasa tenang kerana segala-galanya adalah kehendak Allah.
Yang penting adalah kita harus merancang dahulu, kemudian laksanakan apa yang kita rancang, seterusnya berdoa supaya Allah melimpahkan rezkinya, bertawakal sahaja dan seterusnya bersyukur dengan pemberianNya. Seterusnya lagi janganlah kita terus berputus asa kerana orang yang berputus asa adalah seorang yang boleh kita anggap telah mati.
Walaupun kita tidak mencapai apa yang dikehendaki dari segi material di dunia ini, kita tetap bersyukur kerana yang penting bukannya di dunia tetapi adalah kehidupan di akhirat kelak, yang kekal selama-lamanya.
Jika kita memahami konsep tauhid dalam Islam ini maka, InsyaAllah kita tidak akan stres selama-lamanya.
Terima kasih. Wassalam.
Al-Quran memang terapi terbaik menangani stress. Kajian menunjukkan stress haiwan juga boleh ditangani dengan Al-Quran. Inikan pula manusia.
[...] teman-teman blogger menerima KEDUA-DUA AWARD di atas. 1. AZZAHRA 2. SURI HATIKU 3. MOTIVASI KERJA 4. WANWMA 5. ALQASWA 6. SUNARNOSAHLAN 7. MUHAMMAD ZAKARIAH 8. USUP SUPRIYADI 9. PESONA MUSLIM 10. [...]
Salam penuh indah dari Indahkasihku.
Mohon dipersilakan saudara Motivasi Kerja menerima award dari Indah sebagai tanda menghargai persahabatan dan sudi hadir ke taman Indahkasihku selama ini. Indah menanti dengan gembiranya.
IndahKasihku: Metodologi melalui terapi Al-Quran memang antara terapi stres yang terbaik, tetapi masih ramai tetap beralasan dan tidak mahu menggunakan kaedah seperti. Akhirnya mereka tetap ingin mencuba kaedah yang dianjurkan Barat. Masalah tetap tidak selesai bahkan hubungan dengan Tuhan semakin jauh.
Naz: Terima kasih banyak Naz. Cadangan yang baik tu. Nanti saya tuliskan. Insya Allah.
Blinkky: Maaf Blinkky kalau tak keberatan boleh tak saya fahami istilah TC tu? Hehe. Kurang tahu!
Afandi: Terima kasih kerana telah menjawab persoalan Naz bagi pihak saya. Seronok bila ramai yang melontarkan idea dan pandangan untuk perkongsian bersama.