Metodologi Menangani Stres (6)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya terbaca satu cara dalam menangani stres menggunakan kaedah IDEAL. Kuasailah kaedah ini mudah-mudahan stres dan tekanan kerja harian makin dapat diselesaikan dengan bijak.
I (Identify the problem) - Kenal pasti masalah yang sedang anda hadapi. Tidak ramai yang mampu memikirkannya. Sebaliknya bila tertekan terus menunjukkan ekspressi akibat tekanan yang diterima. Jadi sudah pasti masalah tetap juga tidak akan selesai.
D (Describe posibble options) - Masalah sudah dikenal pasti, maka teruskan langkah kedua dengan menyenaraikan segala pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Senaraikan semuanya.
E (Evaluate consequences of each option – the pro’s and con’s) - Setiap pilihan yang disenaraikan tidak semuanya tepat maka anda perlu menganalisis setiap pilihan tersebut sama ada sesuai atau tidak. Fikirkan baik buruknya juga sebelum anda menetapkan keputusan.
A (Act) – Bertindaklah mengikut pilihan terbaik yang anda ada. Analisis yang telah dilakukan akan memberikan tindakan yang tepat kepada masalah anda.
L – (Learn) - Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Belajarlah dari pengalaman anda terhadap sesuatu masalah. Tidak salah juga jika anda menulis masalah tersebut dan menyimpannya sebagai satu cara untuk membantu anda menghilangkan masalah stres.












Pertama kali melayari blog ini, begitu meng’uja’kan saya. Penuh dengan tips yang memberi motivasi kepada diri yang tengah dilanda resah gelisah ini.
Saya menilai penulis sebagai seorang yang murah hati kerana berkongsi bahan yang begitu mahal nilainya secara percuma.
Terima kasih.
RasaHatiku: Terima kasih kerana memberi sokongan. Salam perkenalan dari saya juga. Semoga kita dapat menjali ukhuwah yang baik.
Salam,
Bagus tips ni. Berguna untuk semua org yg hadapi stres. :)
Kaedah “key-word” memang sering digunakan dalam proses menghafal. Kita boleh juga menggunakan kaedah ini dalam mencipta perkataan-perkataan positif dalam mengurangkan “stress” pada nama yang telah diberikan oleh ibu-bapa kita. Sebagai contoh, ana menggunakan nama ana i.e FAZIL sebagai Fikir + Amal + Zikir + Ilmu + Luhur… InsyaAllah sedikit sebanyak kita akan bersyukur dengan nama yang telah dianugerahkan kepada kita…Wallahhu’alam.
Hj. Mohd Fazil: Terima kasih perkongsian ilmu yang baik. Memang benar keyword lebih banyak membantu untuk beri pemahaman. Dalam sesi motivasi yang saya jalankan juga saya lebih prefer beritahu keyword kepada tajuk supaya audien lebih faham.