Motivasi Kepimpinan Iskandar Zulkarnain
Siapa Iskandar Zulkarnain? Mungkin anda akan menjawab, Alexander The Great adalah Iskandar Zulkarnain. Tetapi jika anda membaca buku Alexander Bukan Zulkarnain, dua insan ini adalah insan yang sangat berbeza. Alexander bukanlah pemimpin dunia yang mampu menguasai dunia. Alexander bukan muslim. Berbeza dengan Iskandar Zulkarnain sebagaimana yang disebut di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai kerajaan atau empayar yang luas meliputi Timur dan Barat. Hebat bukan?
Kepimpinan Iskandar Zulkarnain menjadi sejarah ulung dalam Islam. Beliau adalah merupakan seorang Raja Persia yang beragama Islam. Beliau adalah merupakan seorang yang berpengaruh di dalam masyarakatnya dan dikurniakan Allah dengan kepintaran akal fikiran serta mahir di dalam ilmu pengetahuan antaranya ilmu peperangan, ilmu kimia, politik dan sebagainya lagi.
Jika diteliti, apakah yang menjadikan kepimpinan Iskandar Zulkarnain hebat hanya kerana beliau menjadikan Allah SWT sebagai matlamat kepimpinannya. Beliau memimpin bukan kerana ingin berkuasa. Tetapi memimpin manusia untuk kembali kepada agama Allah SWT. Apabila kepimpinan yang dilaksanakan tidak kerana tujuan tertentu, bahkan atas tujuan agama Allah, sudah pasti akan beroleh kejayaan. Tidak hairanlah mengapa Iskandar Zulkarnain mempunyai empayar yang besar.
motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/10/iskandar-zulkarnain.jpg" alt="iskandar-zulkarnain" width="346" height="230" />Kisah Iskandar Zulkarnain dari Surah Al-Kahfi (83-98)
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). ”
“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.”
“Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.”
“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.”
“Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.”
“Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
“Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. ”
“Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.
“Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.












Assalamualaikum
Subhanallah.. Benarlah kata-kata ALLAH
terima kasih along kerana berkongsi cerita ini.
Memang tidak dinafikan, agama tidak boleh dipisahkan dari kehidupan.
Bairpun kita adalah seorang pemimpin, atau kita seorang rakyat jelata
kita tidak boleh pisahkan hidup kita daripada mengejar rahmat dari
ALLAH yang ESA.
Kerana itulah ALLAH sentiasa ingatkan kita
bahawa DIA terlalu dekat dengan kita. ALLAH mengatakan dalam satu surah
yang DIA terlalu dekat sehingga lebih dekat dari urat di kepala kita…
Subhanallah.. jika benar apa yang dikataNYA
bagaimana kita mampu merasainya?
Untuk merasainya,
hanya ada satu jalan
Dan jalan itu adalah dengan merasa dengan mata hati yang ALLAH kurniakan
Ya, memang, ALLAH tidak akan memperlihat
dirinya di hadapakan kita kecuali di akhirat kelak
tetapi ALLAH dah ilhamkan kita dengan mata hati
maka lihat lah…
Dan itu menjelaskan kenapa,
ALLAH ayat pertamaNYA,
BACA DENGAN NAMA TUHANMU….
maknanya, kita lihat, kita rasa, dengan hadirNYA ALLAH
di dalam mata hati kita.
Jika lihat sesuatu, kita lihat dengan nama ALLAH, nescaya
kita akan terlihat sesuatu yang kita tidak nampak..
nikmat IMAN..
mungkin Iskandar Zulkarnain
sudah merasai apa itu
“BACA DENGAN NAMA TUHANMU…”
Assalamualaikum!
Salam inspirasi
“Setahun memburu impian”
p/s: Along, saya ada wujudkan satu tab baru di blog
http://fahdighazali.com/gdi
sudi-sudilah jenguk jika ada masa. Kalau boleh saya mahukan feedback dan komen untuk improve cara penyampaian business yang saya sedang usahakan. Mahu lihat pandangan peribadi rakan-rakan seangkatan :)
dalam zaman skrg ni yg manusia semuanya sibuk dgn mengejar kebendaan…apakah ada lagi mereka yg boleh merasai bahawa Allah amat hampir dgn mereka???
Moga2 umat Islam tidak menjadi seperti mereka yg di barat yg kini majoritinya menganggap agama hanya kepercayaan karut dan punca segala masalah (peperangan)!
Allah Maha Besar!
Assalaamu’alaikum
Wah… bestlah kisah Iskandar Zulkarnain ni Long.. Akak dah beli buku tentangnya. Kisah hidup Iskandar Zulkarnain sungguh menakjubkan. Mudahan akan ramai pemimpin Islam negara kita mengikut jejak bersejarah melalui kepimpinan yang ditunjukkan oleh IZ dalam memimpin manusia menuju jalan Tuhan yang sebenar.
Menjadi pemimpin bukanlah satu jawatan yang boleh dibanggakan. Pemimpin memikiul amanah yang berat dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah atas segala yang dipimpinnya. Bukan setakat antara pemimpin dengan rakyat.
Kepimpinan dalam sebuah organisasi dan rumahtangga juga perlukan kekuatan seorang ketua yang sangat mencintai Allah agar terbina sebuah keluarga bahagia, masyarakat harmoni yang akhirnya akan melahirkan negara yang membangun dan aman kerana rakyatnya mempunyai pemimpin di peringkat bawahan yang mentaati Allah swt.
Mudahan roh kepimpinan IZ akan tersebar luas dijiwa anak-anak kita jika mereka dikisahkan dengan kehebatan kepimpinan IZ. Salam mesra Long.
Kan best kalau negara ni diperintah oleh pemimpin yang mencontohi Iskandar Zulkarnain. Yang betul2 mencontohi Iskandar Zulkarnain. Bukan hanya berselindung di sebalik kurta dan serban.
Fahdi: Terima kasih datang jenguk Along. Dah tengok page baru tu. Nanti ada idea saya komen apa yang patut.
Kak Siti: Assalamualaikum. Setiap kali akak komen di posting Along, memang bbuat Along tersengih. Seronok baca maklum balas yang bernas dan praktikal. Along baru je nak beli minggu lepas tapi dah ‘sold out’. Tensen!
Fatin: Assalamualaikum. Sama-samalah kita doakan Fatin. Biar Allah tunjukkan yang benar dan jauhkan yang batil.
Faisal : Biarkan mereka dgn Kesesatan itu… Spt apa yang ditulis dlm Surah Al-kafirun…Apa yang saya baca dlm mjalah Solusi..kini Msyarakat Kafir barat bakal Mengalami Keruntuhan Tamadun sekiranya mereka berterusan Mengamalkan purata sebuah keluarga hanya mempunyai anak diantara 1.0 dan 1.5 shja..
Kerana itu Allah swt suka Jika Islam mempunyai Ummat yang Ramai… Mungkin di barat kini secara perlahan akn dikuasai oleh org Islam…Tanpa perlu kekerasan…dan sangat signifikan dgn kejadian hari kiamat Matahari terbit dari Barat.
wew bagus sekali pagenya
Dear encik,
Thanks for share your artikel.
Best regard,