Motivasi Kepimpinan Muhammad Al-Fateh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

motivasi-kerja.com/wp-content/uploads/2009/11/muhammad-alfateh.jpg" alt="muhammad-alfateh" width="194" height="266" />Alangkah baiknya jika pemuda-pemuda muslim di dunia ini seperti Muhammad Al-Fateh. Beliau bukan sekadar pemuda. Di usia mudanya beliau merupakan Sultan. Bayangkan di usia 12 tahun Muhammad Al-Fateh dilantik menjadi pemangku khalifah oleh ayahandanya Sultan Murad II. Bahkan beliau

Pembuka Kota Costantinople ini begitu bersemangat peribadinya. Beliau mendapat pendidikan agama yang sangat baik dari Syeikh Shamsuddin Al-Wali yang merupakan keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Tentang ilmu perang pula tidak perlu dipersoalkan lagi kerana sejak dari kecil beliau telah mahir tentang strategi peperangan, memanah dan menunggang kuda. Beliau juga fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Strategi kepimpinan Muhammad Al-Fateh

  • Dua tahun mengkaji pelan Kota Costantinople pada setiap malam bagi mengenal pasti kelemahan lokasinya.
  • Mengarahkan dibina meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300kg sejauh 1 batu.
  • Membina benteng Rumelli Hissari sebagai kawalan untuk kapal-kapal yang keluar masuk melintasi Selat Bosphorus.
  • Membuat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Contantinople.
  • Mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera.
  • Mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan keudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai taktik peperangan yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat.