Amalan Perubahan Diri (17)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Cari sahabat yang dapat membantu untuk berubah

Antara momentum yang membolehkan anda berada dalam border perubahan diri, anda perlu bersahabat dengan orang-orang dapat mengubah anda, dengan erti kata orang-orang yang baik. Perubahan memerlukan istiqamah dan disiplin. Sebagai manusia pastinya memerlukan pendorong untuk memastikan seseorang untuk terus memberikan motivasi dan rangsangan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)

6 comments - What do you think?

Susah Itu Mudah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Koleksi baru yang memenuhi almari buku saya, Susah Itu Mudah hasil karangan Ustaz Yusuf Mansur yang memberikan satu pandangan baik tentang motivasi spiritual. Manusia pastinya diberikan ujian oleh Allah SWT untuk mengharungi hidup ini. Jika diberikan nikmat pada awalnya pastinya Allah juga akan berikan ujian di akhirnya. Terpulang pada kehendakNya.

Tanpa keimanan yang kukuh ujian Allah pastinya dianggap beban dalam menjalani hidup. Seringkali ramai manusia yang menyatakan bahawa Allah tidak adil memberikan ujian padanya tetapi memberikan kesenangan pada orang lain. Dan paling penting tidak semua kesusahan itu adalah ujian pada manusia, bahkan ia adalah kebaikan melalui hikmah dan juga berupa azab bagi mereka yang tidak sedar tentang konsep ujian. Semuanya dapat anda baca dalam buku ini.

Menariknya buku ini dalam Bahasa Indonesia yang diolah secara ringan dan senang difahami. Koleksi ilmu untuk anda mudah-mudahan ada minat untuk membaca juga.

Isi Kandungan

Ujian atau Azab: Refleksi shalawat dan rahmah

Semudah mencabut toge

Sejatinya Allah akan senantiasa melindungi

Ketika masalah terhidang: Kemampuan mengelola masalah

Pelajaran dari ketersudutan

Manajemen kerugian

Cahaya seribu lilin yang tak pernah berguna

Keluar dari kemelut hidup

Semua hal butuh kesabaran

Timbul tenggelam karena fasik

Allah ada di balik semua keadaan

Jamu: Pahit dan manis

Ibadah dan syukur: Nasihat Mu’allim Syafi’i Hadzami

Susah senang itu biasa, asal ada iman

Tajuk: Susah Itu Mudah – Bebaskan Hidupmu Dengan Cahaya
Pengarang: Ustadz Yusuf Mansur
Penerbit: Wisata Hati
Mukasurat:135 halaman
Harga: RM35.00 / Rp70.000

6 comments - What do you think?

Nuffnang – Membership Status

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Baru semalam saya singgah di blog Amirez pada posting Status Glitterati Nuffnang Kena Tarik Balik, tiba-tiba hari ni apabila saya buka akaun Nuffnang masalah yang sama juga terjadi. Mengapa tiba-tiba berubah? Itulah menjadi persoalan saya.

7 comments - What do you think?

Panduan Menulis Resume

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sudah masuk penghujung tahun 2010, anda pasti sibuk menghadiri temuduga dan juga menghantar resume untuk memohon jawatan yang berkelayakan. Saya berikan anda sedikit panduan dalam menulis resume efektif. Resume yang baik adalah sebagaimana berikut:

  • Memenuhi keperluan majikan
    Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Jadi resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang paling layak. Tulis segalanya tentang diri anda untuk memberikan gambaran kepada syarikat bahawa anda benar-benar mampu memenuhi kekosongan jawatan yang diminta.
  • Pamirkan anda sebagai aset
    Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat. Buktikan pengalaman anda jika anda pernah bekerja atau bertugas di mana-mana organisasi. Pengalaman dalam bidang yang dipohon akan menguatkan profil diri anda.
  • Data yang terang yang jelas
    Ingat! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume – resume tersebut, purata masa yang diambil untuk untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi, pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca. Jangan guna tulisan yang cantik tetapi sukar untuk membacanya. Jangan sesekali menghiasi resume anda dengan pelbagai corak. Biarkan resume dalam keadaan yang bersih. Guna font Times New Roman dengan saiz 12.
  • Menyiapkan anda untuk proses temuduga
    Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan – soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga.

5 comments - What do you think?

Empat Kategori Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Orang-orang yang sependapat denganku dalam empat kategori tetapi perbuatan mereka berlawanan:

  1. Mereka mengaku sebagai hamba Allah tetapi berbuat seperti orang yang bebas.
  2. Mereka mengaku Allah menjamin rezekinya tetapi hati mereka tidak tenang bila tidak ada kekayaan di tangannya.
  3. Mereka mengaku bahawa akhirat lebih baik dari dunia tetapi mereka hanya mengumpulkan harta untuk dunia semata-mata.
  4. Mereka mengaku bahawa mereka pasti mati tetapi mereka berbuat seperti orang yang tidak akan mati selamanya.

(Syaqiq bin Ibrahim)

Be the first to comment - What do you think?

Penjawat Awam Tiada Bonus Akhir Tahun

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bajet 2011 adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak apabila Perdana Menteri baru menjadi nakhoda negara. Ada yang berpendapat bahawa bajet ini adalah bajet mesra rakyat, bajet tranformasi dan sebagainya. Pada saya setiap bajet yang dibentangkan tidak boleh dilihat pada pembentangan tersurat sahaja. Perlu dilihat secara terperinci dan menyeluruh.

Berakhir tahun 2010 tanpa bonus ada pro dan kontranya memandangkan beberapa aspek yang perlu dilihat. PM menegaskan 3.1 bilion akan dibelanjakan untuk memberikan bonus pada penjawat awam setiap tahun. Aspek penting yang perlu dilihat inilah masanya rakyat Malaysia tidak boleh bergantung pada ihsan semata-mata. Perlu berusaha majukan diri dari aspek yang lain. Jangan dimanjakan dengan bonus sahaja sebaliknya berikan kemudahan-kemudahan yang lain yang lebih menguntungkan.

Apa pun bantuan khas sedikit sebanyak dapat meringankan penjawat awam yang bergred rendah. Cuma respon saya apabila PM memberikan alasan bahawa memberikan bonus pada tahun ini bermakna kerajaan berbelanja besar. Rasa macam tidak logik adakah tahun-tahun sebelum kerajaan berbelanja kecil?

Be the first to comment - What do you think?

Kredibiliti Akhlak Dalam Kepimpinan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

“Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati.” – Imam Al-Ghazali

Antara kredibiliti utama seorang pemimpin selain dari ilmunya ialah akhlak dan kemuliaan hati. Akhlak yang baik dengan sendirinya menjadi cermin kepada orang lain sejauh mana ketinggian dan karismanya dalam memimpin. Lihatlah pemimpin berpengaruh dunia, Muhammad adalah qudwah sebagai pemimpin berakhlak dan berhati mulia.

Hari ini pelbagai teori kepimpinan yang anda boleh baca baik dalam buku versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Semuanya membincangkan panjang lebar hanya berpaksikan kepada akhlak dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh individu.

Hamka memberikan pendapat bahawa orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. Lantas itulah yang perlu difikirkan oleh anda yang bergelar pemimpin.

Bahasa Melayu

1 comment - What do you think?

« Previous PageNext Page »

Content Protected Using Blog Protector By: PcDrome.
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline